hurry up
>>31MEI2011-6JUN2011
saya nak tag akak-akak manis ni:
ok, DONE!!


Cinta itu bagus. tetapi cinta kerana hanya kerana satu sebab iaitu mahu memiliki perempuan cantik, itu bukan sesuatu yang bijak. ia umpama sebatang lidi dan mudah dipatahkan. tetapi bayangkan sekiranya niat mahu bercinta itu ada banyak. ia umpama seberkas lidi dan pastinya tidak mudah dipatahkan. itulah cinta. pastikan cinta itu mahu dimiliki dengan niat yang banyak. niat mahu mengikut sunnah, niat mahu membahagiakan ibu bapa, niat mahu membahagiakan pasangan, dan paling utama kerana Tuhan. Insya-Allah ia menjadi seberkas niat yang tidak mampu patah dan dipesongkan oleh syaitan.
-dipetik dari novel-
WHAT?? apasal? korang tak percaya plak? kalo orang berhati busuk memang macam tu. cemburu tak habis-habis atas segala kelebihan, kesenangan dan kebahagiaan orang lain. cuba lah bergembira atas kebahagiaan orang lain. itu adalah yang terbaik. berkurang satu titik hitam kat hati tu.









Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
siapa berani?