Thursday, September 30, 2010

SAMA @ TAK???


OK!sebelum ni aku penah sentuh gak isu tentang cara pemakaian tudung.dolu pasal bonggol unta.kali ini nak habaq pasal tudung cam tercekik je gayernyer.camne??tudung yang di pin ke belakang sehingga menampakkan susuk leher. oleh itu,ingin ku sentuh sekali lagi dari perspektif agama dengan agama yang lain.tahukah anda adab berpakaian atau lebih tepat lagi menutup aurat dalam Islam bagaimana?sebenarnya, berdosa seseorang itu berpakaian seperti agama lain.tak percaya?ianya dinyatakan dalam hadis nabi:

"barang siapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka,"
[riwayat Abu Daud]

tidak dinyatakan secara straight to the point berdosa.tapi cuba fikir secara rasional.kalo kita sudah pakai lagu tu dikatakan kita sebahagian dari mereka si kafir laknatullah dan si kafir tu sememangnya musuh kita, nak jugak ke ikut???masyallah!!!
masih ramai yang belum mengetahuinya.sampai-sampaikanlah dan sebar-sebarkanlah.agenda kafir laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam sememangnya amat dahsyat.memang kita nampak benda nampak macam satu kebetulan je.tapi ketahuilah agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga tanpa kita sedar turut terikut.jauhilah dari cara pemakaian tudung seperti ini.fesyen tetap fesyen tapi batas hukum Islam jangan sesekali dilanggar.tiada siapa yang rugi tapi diri sendiri yang mendapat untung.

p/s: kalo korang perasan,terlalu banyak perkara yang telah dipesongkan.
tak percaye, cube google.
sangat sedih apabila Islam itu diperkotak-katikkan.

Apo2 Yolah Next Top Icon


cimOt
20 years old
student
Teluk Intan
"pape jela"


moh kite serbu atok Mohd Suhaimi Ahmad ni sampai semput.hahaha.sesape rase nak terase berase ala-ala pelajar Akademi Fantasia boleh la join dis contest.rasekan debaran demi debaran, penyingkiran demi penyingkiran bakal disaksikan sehingga tinggal bape ketol jer finalist.aku tak reti nyanyi even nak panggil hujan aku soh katak jugak.so, dis contest makes me just get the FEELING.feeling ala-ala fofular glemer ngetop kebabom.tak susah pon.berminat nak join pi terjah kat sini.tarikh tamat 15.10.2010.cepat sebelum terlambat.

3 artis fofular kena tag.kita lihat sapa yang kena....

p/s: so, AFUNDI CIMOT 131313
har har har

Tuesday, September 28, 2010

KURE-KURE DALAM BOT BETOL!!


"excuse me, do you speak English?"
*****
*****
*****
"no, i don't. sorry babe,"
*****
*****
*****
"erk....?"



p/s: sekali aku lesing kang~~
bukan aku cakap.
haji bakhil yang cakap.


Monday, September 27, 2010

BONGGOL UNTA

sekarang ni kita boleh lihat macam2 jenis tudung dijual kat kedai.pilih saja yang mana satu menjadi pilihan, warna kegemaran dan memenuhi keselesaan.ada yang bermanik, berbatu berkilauan, bersulam bunga, plain saje dan sebagainya. simply said, macam-macam ada.

TUDUNG ARIANI - TUDUNG SYRIA - TUDUNG LYCRA - ETC

pertama sekali aku memohon maaf sangat2 kerana entry kali ini agak sensitif.aku hanya ingin berkongsi dan mengingatkan diri ini yang sering kali alpa.baiklah,tanpa kita sedari ada golongan yang telah menyalahkan cara pemakaian tudung sehingga bertentangan dengan syariat Islam.tidak salah sebenarnya dalam menggayakan pemakaian tudung yang pelbagai selagi tidak bertentangan dengan hukum.itulah yang dikatakan dunia akhir zaman, "yang salah dibetulkan, yang betul disalahkan". and sometimes, manusia bila nak cantik, selalu lupa pada hukum walaupun sudah belajar pada suatu ketika dahulu.bukan sekadar omong kosong.tetapi hukum bertudung ni ada dinyatakan dalam al-quran dan hadith Rasullullah s.a.w.:

"hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka" [surah an-Nur(24):31]




kepada sesiapa yang menonton drama Tudung Ekspres mesti familiar cara tudung mereka.tapi inilah salah satu contoh pemakaian tudung yang salah.BEBONGGOL TINGGI DAN MENAMPAKKAN SUSUK LEHER.salah tu.harap maaf kepada peminat Lisa Surihani(Naz) =)


aku bukan nak kutuk artis feveret korang Datuk Siti Nurhaliza nih.tapi cara beliau bertudung serupa macam tak pakai tudung laaa.ustaz aku siap panggil tudung cendawan.tak percaya?cuba bayangkan cendawan dipakaikan tudung.


cuba pakai lagu Wardina ni.manis semanis senyumannya.



sekiranya peringatan Allah yang satu itu pon susah mahu ikot.ko pakai la lagu ni nanti kat dalam kubur.cantek tak??


INGAT! PEMAKAIAN TUDUNG ADALAH TUNTUTAN ILLAHI DAN BUKANNYA PILIHAN PERIBADI KERANA AKHIRAT KELAK KITA WAHAI MUSLIMAH BUKAN DIBERI PILIHAN UNTUK MASUK KE SYURGA ATAU KE NERAKA SESUKA HATI!

terserah pada diri masing-masing.minta maaf banyak2 sekali lagi sekiranya ada yang tersinggung.


p/s: aku akui memang susah untuk berubah.
aku sendiri pon bukanlah sempurna dalam pemakaian tudung.
tapi aku tetap cuba step by step.


Sunday, September 26, 2010

I LOVE U CONTEST


mari join mengejoinkan diri.mari cebur menceburkan diri.sekadar memenuhi cik puan Mazlan yang telah tag mengtagkan orang.hahahaha.not so susah to join this contest. jom terjah kat sini untuk maklumat yang lebih terperinci.thanx yo cik ash_asrah.


HERE MY LOVE!!!

kami kembar tapi tak serupa.sebab spek kami x serupa.kalo serupe nanti kofius abah saye.huhuhu.I LOVE MY MUM SO MUCH NO MATTER WHAT.she's the only one and always my number one.abah, i love u too.
oleh hal yang demikian, kerana saya sayangkan anda, saya dengan ini mengisytiharkan encik2 sekalian menjadi pilihan beta.
anda ditagggggg.



p/s: sayangilah orang yang tersayang selagi dia masih ada.
jangan menyesal di kemudian hari tiada gunanya.
saya sayang anda semua.
anda bagaimana??

Saturday, September 25, 2010

PAD BERASID..


SUBJEK: tuala wanita or sanitary pad
SAIZ: regular,wing,etc

hanya mahu berkongsi satu info yang aku baru je dapat.tiada had pembacaan hanya untuk perempuan.lelaki juga boleh dan sangat perlu tahu ye.tak perlu malu or shy-shy cat.mak, kakak, adek perempuan dan isteri anda juge adalah seorang manusia dari kalangan perempuan juga kan.btw,mungkin sudah ramai yang tahu.kepada yang sudah tahu sila sebarkan.kepada yang belum tahu ni cek nak habaq mai.

sebulan sekali pasti perang.bendera jepun sudah berlabuh membawa angin sepoi2 language yang mampu membuat seorang wanita rase nak terajang or pelempang sesape saje yang bikin gua hottt.so, hey girls u all must have ur own feveret pad right?which one makes u comfort everyday right?
KOTEX,INTIMATE,WHISPER,SOFY
tapi tahukah anda ianya diperbuat daripada apa?bagaimana ia diperbuat?aku pon baru tahu.rupenyer almost intisari ia diperbuat dari serbuk kayu dan sejenis daun.tahu macam mana rupe menatang2 tu?asalnye berkaler coklat pekat macam batang pokok tu.tapi bile kita gune iye putih suci ja kan.jeng!!jeng!!jeng!!iye boleh bertukar kaler!!simply said,bukan senang nak dapat macam anak cina putih melepak kalo parent kap lam ya nga.macam mana?rupenyer lagi skali, menatang2 tu diclorox abes-abesan sampai seputih-putih gigi polar bear fresh&white.berapa banyak bahan kimia tu.then, bila gurl yang ehem ehem ni pakai ia akan menghasil satu reaction yang menyebabkan wap berasid dari pad tu masuk ke dalam rahim.what???sekarang mungkin tiada apa-apa.but it does give u long term effect.very2 serious effect.cervix cancer, infertile and even death.

oleh itu aku telah diperkenalkan dengan satu produk.ianya natural dan lebih selamat dan baik untuk kesihatan.walopon ianya mahal sedikit,tapi apa yang lebih penting?duit boleh dicari lagi.tapi kalo badan tak sihat,duit banyak membukit pon takkan dapat bikin lu olang happy wooo.ok.pad ni dikategorikan sebagai pad herba.namanya Fc Bio Sanitary Pad keluaran Avail Beauty Sdn Bhd.mane nak dapat?aku tak sure kat GIANT or TESCO ade ke tak.tapi aku beli kat member yang jadi ejen.cube tanya member2 korang.
apakah keistimewaannya?yang paling utama, ianya semula jadi.dan sudah ramai yang menggunakannya sangat berpuas hati.cube korang temuramah ngan saudari2 cun ni.apa kata survey?


you allready know now.which one do you prefer?
da power is in ur hand.ur life, u choose.

p/s: jangan ada pasni saudara plak yg pakai.
hehehehe

Wednesday, September 22, 2010

SERABUT!! HONEYMOON SAT!!


how does that elephant looks like?me too.can't think rationally.
i need realization to make a wise decision.

p/s: should or not?
yes or not?
don't wanna choose either one..



Monday, September 20, 2010

KO NAK TAK?


kawan aku tanya,"ko nak jadi kaya tak?"
aku jawab,"nak, tapi tak nak sangat.takut kena bunuh,"

MACAM MANA NAK JADI KAYA??
  • carik la orang kaya dan kawen ngan iye..
  • makan roti seri kaya banyak2.kurangkan makan yang inti kacang merah or kelapa or segala bagai tu..
  • bile dapat anak lbubuh nama Muhammad Kaya bagi lelaki dan Nur Kaya@Kayalah bagi perempuan..mudah-mudahan dapat tempiasnye..
  • kalo dah xdak harapan, buat2 gaya kaya sudalah..macam mana?tu tak bley habaq la..



p/s: aq nak kaye sikit-sikit jadi rumah..
sikit-sikit jadi kereta..
xmao la sikit-sikit jadi bukit..



Sunday, September 19, 2010

siri STOKIN and babies #1:MISS MY KOKOBU

suda dekat 2 bulan si kokobu ni xbalik.ntah mane la dye pegi.cian kat abang dye(labu) da xdak kawan nak gomol2.huhuhu.his mum(stokin), pon rindu kat dye gakz.




feveret hobby dua beradik ni..


p/s: if u are still alive plis contact me a.s.a.p.
hahahaha

Saturday, September 18, 2010

HATI


JATUH HATI-MAKAN HATI-JAUH HATI-SAKIT HATI-BERHATI-HATILAH.
hati perempuan ni moist sangatlah.
mudah jer tersentuh.
ia juga umpama kerak nasi; sekeras-keras hatinya akhirnya lembut jua.
TETAPI..
ada satu perkara yang tidak boleh dipandang enteng tentang hati mereka ni..



"KECEWA"
once broken,considered no more chances.

p/s: sakitkan hati aku bole lagi..
tapi jangan mak aku punye hati!!
aku lempang laju2 pipi ko !

Friday, September 17, 2010

A WORLD WITHOUT BOOKS

can you imagine if this situation happen?what it'll be?to imagine a world without books is just like to imagine a world without thought, feeling, compassion, history or voice.reading is our deepest connection to what makes us human and part of society.though reading also the last truly private act in a world that's become too public.furthermore, there are the pleasures that books alone offer:
-the sharing of a volume by lending it to a friend.sharing is caring right?
-the adventure of leaving a book to be found by a stranger.then, the beginning of returning it back.so sweet meeting a new friend.
i love books so much especially fiction books.for me, books can make me travel all over the world, be someone else, feel all sort of feelings through imagination and detail descriptions.if you all agree, sometimes reading books much interesting than watching adaption movie.movie does not as detail as book.you can try if you don't believe it!!

The worth of a book is to be measured by what you can carry away from it. ~James Bryce~


p/s: can't say wasting time by reading!!!every word give you a meaning even 'a'!!!



Thursday, September 16, 2010

Raya Sakan Contest by Insan Tinggi


jom!mari mari!jempot!mai ramai2 memeriahkan cik z@ck nyew contest.ketahui lebih lanjut klik sini.senang jer.xyah pikir menang or kalah yang penting raya sememangnya meriah sakan.




tahu ja sok raya budak kecik nih pe lagi TERexcited lew dye.sampai berapi-api rumah.ishk7.

RAYA SAKAN??PE YANG SAKAN SANGAT TU?
mmmm.kalo dah hantoooo berGAMBAR pe lagi yang harus dibuat?makan dikemudiankan dolu pon tarapapa la kerna ada mission yg lebih fenting perlu diaccomplishedkan.
......
......
BERGAMBAR SAKAN LEW TEMAN
tapi tak maen la gambar skematik tapi isometrik lengkap dengan kiraan angle,displacement,magnitude tu semua ok.lagi satu, yang paling fenting ialah darjah feeling memfeeling.harus dihayati setiap scene shooting.pastu kena la bersesuain ngan tema.ok,tema teman kali ini ialah rindu di aidilfitri.siap dengan lagu dendang perantau berkumandang skali.

di hari raya.terkenang daku kepada si dia.
kampungku indah nun jauh di sana.ayah serta bondaku.


tip1: pandangan mata harus dikawal ye.cewahhhh
tip2: make sure lubang hidung sudah dibuat housekeeping ye..
tip3: buat la pape je ye.
paling xboleh blah aq berposing bagai nih kat umah orang lain.bajet jadi model baju kurung tuk butik.ngeh3.memang SAKAN laaaa.

tengok maateh dye la an~~mana tumpah kuah kalo x ke nasi.anak buah teman pon ape kurang hebatnye.pantang nampak lensa kemera,kalo boleh nak melekap penyek kat situ.deme pon kalo dah beraya memang seronok SAKAN tak hengat walopon xpose.cessss.


see! mereka sangat pandai posing ala-ala SAKAN.model cilik.

perbendaharaan baru from buku conteng aku edisi2010
*SAKAN:amek gambo

hihihi..suka suki jer..


p/s: jom kita beramai-ramai start puasa 6 plak.

Tuesday, September 14, 2010

AYOR @ AYER @ AYAQ


kat rumah orang tuh kasi ayor merah.kat rumah sebelah ayor kuning.kat rumah depan ayor itam.kat rumah tepi kasi ayor ferfel.macam2 kaler ayor ader time raye ni.mesra alam la kirenyer.tapi jenuh jugak pundi kencing ni menampung kuantiti ayor yang sememangnya tiada pasang surut.fuhhhhhh.tapi tengah sedap aku gogok ayor tu tetibe teringat kat satu dialog dalam novel nih membuat aku tergelak terseyum kambeng sorang2.hihihihi.

"Awak tak minum ke?" si A bertanya.

"Tadi saya buat air 1 jag besar. Yang saya hidang cuma 2 gelas, lebihnya saya minum sendiri," si B memberitahu.

"Tentu air kencing awak banyak nanti kan?hihihihi," si A berkata dengan selambanya sambil tergelak terbahak-bahak.

"......." si B terpinga-pinga.

"Mengapa? Saya salah cakap ye?" si A bertanya pelik.


hahahahaha.
mule2 aku baca cam sengal jer lawak bodoh dia pi umah orang dok cakap lagu tu.tapi bile pikir balik memang ada logiknya.



p/s: huishhhh..memang sedap..
tapi semua tu air potong kaki
..

Friday, September 10, 2010

PESANAN SEORANG ABAH DI MALAM RAYA

keberkatan itu adalah segala-galanya.sama2lah kita memperbaiki diri.tingkatkan amalan jauhi segala larangan kuatkan pedoman.dosa kita terlalu banyak untuk kita bawa dan terlalu sikit pahala kita untuk kita cover dosa.jadi apa yang kita ada?cubalah jauhi segala perkara yang haram kerna kita akan disoal di sana kelak.jadi apa yang akan kita jawab?sanggupkah melalui segala seksa neraka kelak?nauzubillah!!hidup ini sementara yang tidak diketahui penghujungnya.mati itu pasti dan tidak mengenal senioriti.secara logiknya yang tua akan kembali dan tidak mustahil yang muda pula segera dijemput Illahi.jangan dikhuatiri kekuasaan Yang Maha Esa.yakin hanya padaNya.sekiranya berbuat salah segeralah bertaubat kerna pintu taubat itu sentiasa terbuka dan selalu bermohon padaNya agar dibuka hijab hidayah itu seluas-luasnya.

hari raya merupakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa.sama2lah kita raikan hari kemenangan itu dengan melaungkan takbir.Allahuakbar!

abah sayang isteri, anak2, menantu2 dan cucu2 abah.sudah menjadi tanggungjawab abah untuk mengingatkan semua menuju ke arah keredhaan Allah agar kita bersama2 di sana kelak.



p/s: i love you..
selamat hari raya mak and abah..
mintak maaf atas segala kekhilafan diri ini..



Thursday, September 9, 2010

LAGU RAYA PILIHAN TAHUN INI


Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda
Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi
Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban
Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu
Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti Di Aidilfitri,Di Aidilfitri
by, HUJAN




dengan ini saye ingin mengucapkan
SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

p/s:sape xpose penoh xbley raye..
cne ni?

Wednesday, September 8, 2010

AI AI KAPTEN!!

"mak, arini kite nak berbuka puasa ape?"kata aku.

"hmmmm..ikan ade,ayam pon ade,sayur ko tengok dlm fridge tu ade mcm2 pilih je,"kata mak aku plak.

"iyelah.tapi nak masak ape?"kata aku lagi.

"mak nak makan terhidang je.pandai2 ko la,"mak aku cakap dengan serius.

"huh?biar betik!!xdk idea la mak,"aku protes.

"mak lagi da xdk idea tiap2 ari masak,"mak aku smash.

then,bermula pada saat itu dan ketika itu tugas aku sejak balik ari tu ialah menjadi perancang pemakanan dan tukang masak sesedap rasa tak bertauliah.serabut aku nak pikir.lauk ape ea?sayur ape ea?air plak nak wat air ape ea?tu baru pikir,masak satu hal lagi di bulan pose ni xbley nak rase.so, hantam saja la labu.ntahapantah rasenye.huhuhu.then, skarang baru aku taw bagaimana bukan senang tugas seorang ibu menguruskan rumah tangga walau xdk tangga pon rumah aku ni.


p/s: practice makes perfect..
so,suda bley kawen la en..
weyhhh..gatal siotttt..

Monday, September 6, 2010

BAJET PERANTAU


HAHAHAHAHAHAHA
memang tak bley blah kan aku ngan member aku nih.tapi aku ucap thanx a lot my dear kerana merealisasikan impian aku.even it is not reality, fantasy pon jadilah.ni semua gara2 aku terINGIN bangat mau feeling2 dok study oversea gitu.so, this is the result.




pastu, siap letak kat FB lagi.HAMEKKK KAU!!!memang kena kutuk tahap tak hengat ok!HAHAHAHA.padan muke ko!!sape suroh!!bajet lagi!!

terimalah kutukan demi kutukan..


panahan kata2 yang menusuk kalbu..hihihihi..


btw, aku dah merasa tempiasnya serba sedikit.korang ader??
kepada sesape yg nak merasa bley la cube.


p/s: tapi tak salahkan kalau berangan mat jenin..
sekali-sekala 2kali-2kala..
mana taw 1hari nanti ia menjadi kenyataan..


Sunday, September 5, 2010

KAMPUNG VS BANDAR


tersenyum kelegaan, kegirangan dan kebanggaan.bukan kerana melabur di bursa saham, dan saham aku meletop naek! tapi aku sekarang sudah selamat menjejakkan kaki di bumi
Malaysia.opppsssss.terPERASAN di situ.aku sememangnya di Malaysia tapi tersangatlah hepi sebab dapat balik my rumah manis rumah.AHAAAAA.sonok sesangat bangat.so, jangan jeles ea!walo pada hakikatnya aku yang jeles kat korang sumer ok coz member2 aku awal2 lagi sudah berambus seawal hari Khamis lepas.cesssss.and I believe almost all of you already at ur home.



OK! aku balik naek bas kali ni.terKEZUT tak?PERCAYA tak?tapi inilah buktinya.



member2 aku sumew taw aku ni species adek akak@anak mak.kenapa?well, boleh kira dengan jari berapa kali aku balik kampung naek bas dan berapa kali aku tak balik umah during weekend.memang susah la nak nampak batang hidung aku kat campus uni tuh.so, kalo ade pape diorang kena buat appointment or booking aku awal2 kalo nak kewujudan aku kat hostel or uni.macam artis fofuler plak kan.HOT lew sangat kan.perghhh.perasan!



OK! STOP! citer sebenarnya ialah RAYA DI KAMPUNG ATAU DI BANDAR?which one do you prefer?raye katne tahun ni?tepuk dada,rasa sakit ke tak?ini adalah sambungan entry lepas.semua orang gumbira dapat beraya di desa terchenta.begitu juga aku dapat beraya di rumah sendiri.TAPI SATU TRANSFORMASI BERLAKU. tahun ni kitorang akan beraya di bandar.ulang sekali lagi:beraya di bandar!!menentang arus gayanya.huhuhuhu.apa telah berlaku?ini semua gara2 opah aku telah mengisytiharkan raya pada tahun ini jatuh pada 1 Syawal yang pasti tapi di rumah mak cik aku.tiada talian hayat.lalalalala.so, plan raya kali ni lain dari yang lain.after forgiving each other kat rumah teros bertolak pi umah my aunty and we all gathering there.no more sawah padi or woody houses.hmmmmm.tak dapt nak kate ape.then, let's rock da town this time yeahhhh.



p/s: biler plak akan beraya di penang?
opssss..lambat lagi ok!


Saturday, September 4, 2010

I GOT THE FEELING..



oooooooooooooooooooooo
oooooooooooooooo
oooooooooo

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti



p/s: just get ready..
tp sesuatu yg buat aku rse laen..
ehem ehem..
next entry ok..


Friday, September 3, 2010

::SANGGUP TAPI BUKAN PAK SANGGUP::


AKAN AKU JAGA
BANGUN DAN TIDURMU
kalau aku sakit, sape yang jaga aku?member bilik aku sebab dorang la yang paling dekat.tapi ikhlas kah mereka?tapi member aku semua baek2 belaka.aku tak lalu bangun,mereka tolong belikan makanan.aku tak lalu pegi kelas,mereka hulurkan notes.thanx member.nanti korang saket aku tolong plak.bukan bermaksud aku mendoakan korang jatuh saket.btw, the best ever is my mother!!!dari aku kercik sampei ke besaw, kalo aku demam tak kire suam2 kuku, demam kura-kura berpura, demam panas kena oven, demam campak tak nampak atau demam pelentong tong tong, mak aku la yang paling best.dye sangat memahami. sori abah,bukan cakap abah tak best tapi ensem sangat okeyh. biasa la seorang lelaki, kasih sayang yang tidak terluah tapi hakikatnya TERAMAT LAH SAYANG.itu pasal la bile saket or demam dekat ostel, rase nak balik umah because there is the best treat.ya!seorang ibu SANGGUP melakukan apa sahaja demi anak2 nya.


"seekor nyamuk pon tak dapat sentuh kulit gebu2 ko mase kecik"


AKAN AKU JAGA
KERNA BAGIKU KAU KEHORMATANKU
masih wujudkah spesis lelaki yang betul2 akan menjaga insan bergelar awek dye dalam erti kata sebenarnya?insyallah ada lagi stok terhangat di pasaran ni.dan aku juga mengharapkan aku juga memilikinya.akan tetapi, dunia yang hampir saja kiamat stok2 jejaka seperti ini amat sukar ditemui.boleh dikatakan banyak sangat yang hidung belang+petak belaka.simply said, mereka buat wanita cam durian@buah-buahan jer.kalo tak mane datang peribahasa "si tiadanama tu sudah ditebuk tupai".ya!!kalau seorang lelaki itu benar2 sayang tak hengat punyer kat wanita itu,dye pasti SANGGUP lakukan apa sahaja dalam erti kata menjaga perhubungan dalam konteks sesama bukan muhrim(paham2 sendiri la) dan tidak mencemarinya sehingga sudah salam tok kadi.


"jangan lupe bawak abah sekali kalo nak tengok wayang"



AKAN AKU JAGA
KETIKA HARI TUAMU
sudah terlaksana tanggungjawab ibubapa kepada kita.tanpa sebarang balasan yang dipinta.segunung intan berlian ataupun selautan air cendol pulut sebab mak dan abah aku suke sangat cendol pak cik rashid.kita sebagai anak bagaimana pula?

1. sudah jaga mereka sepertimana mereka menatang kita bagai minyak yang penuh mencurah-curah?

2. sudah beri mereka apa yang mereka pinta sepertimana kita merengek2 nak gula2 lolipop coklat bagai?

3. sudah suapkan mereka dengan makanan dengan tanganmu sepertimana mereka jenoh memujuk kita supaya makan waktu kecik2?

4. sudah merasakah mereka duit hasil titik peluhmu selama ini sepertimana mereka memberi duit belanja pergi sekolah tiap2 hari?

tepuk dada tanya lah hati.semua tu insyallah aku sudah buat walopon tidak seSEMPURNA mereka lakukan kecuali yang last skali kerna aku masih seorang pelajar.sebenarnya sangat banyak cara untuk kita membalas jasa ibubapa.membantu tugas2 dirumah sebenarnya sudah boleh membuat hati mereka gembira.nampak simple je kan?tapi percayalah.kesimpulannya,kalau korang semua SANGGUP buat apa saja untuk dapatkan sesuatu,mengapa tidak untuk ibubapa terchenta?

"the best is doakanlah kesejahteraan mereka setiap kali selesai solat"
allhummaghfirli waliwa lidayya warhamhuma kama rabbayani saghira.amin.



p/s: ada bran ka??


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...