Friday, March 8, 2013

Ma, Ana rindu


assalamualaikum dan salam sayang.

tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah


Bismillaah...

ingin aku kongsikan satu coretan seorang anak kepada mamanya yang sudah kembali ke Rahmatullah. ini kisah benar. aku harap kalian dapat mengambil pengajaran dan tidak lupa juga sebagai peringatan untuk diri sendiri ini juga.


Mama,
Ingat tak apa pesan ana pada mama selalu2 sepanjang pembaringan mama yang kaku tetapi berwajah segar di akhir2 waktu itu? Selama 22 tahun ana hidup dengan pesanan2 mama, sampai tahun yang ke 23, tiga bulan sebelum menjengah 24, Allah mentakdirkan yang sebaliknya. Lucu.


Bezanya pesan ana, pesan ana saat2 mama mahu dijemput pergi.

Ana bisikkan ke telinga mama dengan harapan mama mendengar. Perlahan tapi dengan nada yang meyakinkan ana sampaikan,

"Mama, kami dah tak mampu dengar suara mama. Allah sajalah sekarang ni tempat mengadu sakit dan perit mama. Allah maha mendengar. Mama ceritalah apa saja pada Allah. Mama mengadulah apa saja pada Allah. Mama mintalah apa saja dari Dia. Kami dah tak mampu. Kami serah mama seluruhnya pada Allah. Allah dengar ma. Mama jangan putus asa."

Ana berangan, kalau mama bangun semula bila2 dari waktu itu ana nak tanya sama ada mama dengar atau tidak pesan ana itu. Sebab orang kata, jasad yang sedang koma itu mendengar cuma tidak mampu menjawab kembali. Ana cuma nak tahu, apa benar? Tambah lagi, ana akan tanya doa apa yang mama panjatkan sampai Allah izinkan mama bangun dan buka mata semula.


Tapi nampak gayanya, nampak gayanya soalan kena tangguh sampai Allah izinkan kita bertemu semula. Sama juga dengan rindu. Rindu ana sedang digantung di langit sampai waktu Allah izinkan mama menyambutnya.

Mama,
ana nak minta izin ambil pesan ana semula ya?
Ana perlukannya waktu ini lebih daripada ana perlukan nasi.
Lebih daripada ana perlukan telefon tangan atau komputer riba.
Lebih daripada semua.

Ma,
ana rindu.



apa aku rasa? aku rasa sebak. aku rasa... oh tak dapat hendak nak diungkap dengan kata-kata. hanya saat dan tika ini aku bersyukur kerana Allah masih lagi mengurniakan nikmat seorang mak dalam hidup aku. malah aku ada kedua-duanya. Allah kau kuatkanlah Kak Ana! aku tau Kak Ana kuat. ya Kak Ana yang aku kenal.

hargailah kedua orang tua mu selagi mereka masih ada. jangan kelak kau menyesal, air mata darah sekali pun takkan mengembalikan mereka ke dunia semula.






p/s: I love you mak and abah.






2 comments:

Unknown said...

touched ;')

hanaahmad said...

tersentuh. Moga orang tua kita sentiasa dimuliakan selalu. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...