Sunday, March 17, 2013

gua jumpa ehem ehem kat USC


assalamualaikum dan salam sayang.

Alhamdulillah, berakhir lah sudah IIUM Sport Carnival 2013 [ISC'13] yang telah berlangsung selama seminggu dari 11-16 March 2013. penat tu memang penat. usah cakap tahap penat nye macam mana. gua laaa APM, gua laaa PIC, gua laaa TM dan gua jugak laaa player. dah boleh kategori gile pangkat baq angggg. tapi nak buat macam mana, tanggungjawab mesti dilaksanakan. ini baru penat pada hari kejadian. penat sebulan persediaan belum start cerita lagi. eh malas laaaa gua nak berceloteh. gua takde mood nak cerita  pasal tu. gua de cerita lagi baik punye!

dah abes semua game, malam plak ade majlis penutup. nak taknak gua cuba gigihkan diri untuk perform sebagai komiti till last. bak kata pepatah jangan lah melepaskan batuk di tangga. gua tolong mana yang termampu sebab gua ade prob kaki masa tu. gua rasa urat paha kanan gua macam lari sikit. sebelum tu urat kat belakang telapak tangan kanan gua dah lain macam je dua tiga hari lepas. gua tolong team marching and macam biasa jadi tukang tembak gambar tak bertauliah. ye laaaa nanti nak kena ada gamabar untuk buat report.
persembahan seni mempertahankan diri Aikido.
nak dijadikan cerita mase gua tembak-menembak tu, gua tetibe je ter-jadi stalker! woiiiii giler laaaa! gua tak pernah ok jadi stalker. gua memang takde cir-ciri jadik stalker. tapi tadi entah macam mana gua tertarik dengan sorang mamat tembak gambor jugak.

sila fokus yang di depan sepatutnya. adehhh
ceritanya lebih kurang gini,
masa tu gua masih duduk dalam kontinjen marching. tapi gua memang dah cop port duduk depan skali laaa sebab nak tembak gambor. gua selamber je duduk atas rumput basah dek hujan maghrib sebelum tu. tembak dua tiga das gua pon usha laaa display camera gua dan masa tu gua perasan ade mamat potograper duduk straight ngan gua. siap duduk bersila gitu. ape yang menarik minat gua? sebabnya dia sama macam gua. kitorang sama-sama duduk masa nak snap gambor. dua-dua malas nak bangun pi dekat sikit dengan performance. tak bangun or gerak sikit pon! dua-dua duduk je. padahal orang lain semua bertarabur pi dekat  nak snap gambor. so, terus gua zoom in sikit. nakal laaa gua ni ghupernye.

gua tak pasti mamat ni tangkap gambar sape sebenornya? hahaha. perasan terlebih.

last but not least gua snap lagi skali. dan masih tidak nampak muka. ok. memang gua saje kasi tak nak nampak muka. biar saspens! hahaha. tetibe gua nak tau jugak siapakah gerangan tuan hamba ni. ecececeh.

brader, ade gambor gua tak?

haaaaaaaaa. agak-agak mamat tu perasan tak gua ngah snap gambor dia sebenarnya? agak-agak gua akan jumpa lagi tak mamat ni? agak-agak dia akan jumpa tak blog gua? pastu dia akan perasan gambor dia ni? errrrrrrrrr dan apakah maksud di sebalik ini semua sebenarnya? jeng jeng jeng.



boleh mereng korang nak melayan gua punya cerita dil to pagal hai. 





p/s: dah macam abang Nara plak!



8 comments:

ghost said...

sekali lu perasaan mamat tuh tengah shot, lu pun shot terus kat dia. napa tak tunjuk jer apa yang lu shot kat dia..mana tau leh jadi bespren.

ctpayong said...

itu namanya naluri tapi bukan involuntary action. ermmmm...dah datang da ayat meghapu.

suspen! suspen!

ada sambungan tak agak cerita ni...

ewanthology said...

kira macam crush la ni.

Telor Power said...

gila ah cimot....
dasyat betul siap zoom lagi tu

p/s : lamanya tak main n join marching band. rindu plak rasanya

johan adam said...

brader tu gay

aiEz said...

tapi kan tapi kan mamat tu tak botak?camne?hehe..

Ym.Bundle said...

sah lens mahal kamera ko ni..haha

Encik H said...

aku syak dia sebenarnya mmg tengah amik gambar kau..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...