Friday, October 26, 2012

raya dan ketupat


assalamualaikum dan salam sayang.


hamboiihhhhhh cuti seminggu tersangatlah nikmat. dan harap maaf kalo gua 'ter'buat kalian rindu bangat sama gua. hahaha. perasan habes babes kannnnn. cuti tak cuti, rutin gua macam-macam laaa kat rumah ni. kerja rumah yang takkan pernah pupus dan ditelan dek zaman. tambah pula raya yang menjelang tiba.

2 hari lepas; nak dijadikan cerita,



gua: mak ooo mak reti ke buat ketupat?

mak: eh mestilaaaa. dulu-dulu laaa. sekarang ni ingat-ingat lupa je.

gua: dari dulu time raya tak pernah pon buat ketupat. dan kite pon tak reti caner nak wat ketupat tu.

mak: laaaaa ko tak reti ke?

gua: yelaaaa. dah mak tak pernah pon buat. guane?

mak ngah repair gua punye. hahaha. abes laaaa.
salah satunya gua yang anyam sendiri okeh!
mak: bang, budak ni rupenya tak pernah buat ketupat.

abah: hah? tak reti? haaaa kat rumah lama tu ade daun kelapa muda baru lepas tebang. pergi laaa amek.

gua: hihihihi. (sambil buat muka cumel)

abah: meh sini abah pergi amek.

gua: hihihihi. (sambil sengih-sengih pula. taktik yang berkesan bukan?)

abah laa yang paling gigih.
macam tu, macam ni. gitu laaa gini laaa. sehari suntuk laaaa mak dan abah gua melaksanakan full training dah gayanya ke atas gua supaya tahu menganyam ketupat. and.................................

gua berjaya juga sudahnya.

abah and mak dah macam race plak menyanyam ketupat. sape buat banyak, yang cantik, yang entahpape je. aku pon taktau. ketupat pulut, ketupat nasi, ketupat bawang n bla bla bla. tapi tak boleh nak sangkal, abah gua memang master ketupat! mak gua pon angkat bendera putih. hahaha.

master chef ketupat! hehehe
tadaaaaaaa. ni la hasilnya. tak sabar nak menyantap! ecehhh.
begitulah alkisahnya gua dan raya dan ketupas-first-time-mencuba-buat-dan-berjaya-juga-akhirnya. fuhhhhhhh. sungguh gua berbangga dengan bakat terpendam gua. puihhhhhhhh.

papepon gua nak ucapkan

SALAM AIDILADHA

kepada seluruh umat Islam terutamanya keluarga tersayang, member-member cun kacak hensem lagi gojes dan sesiapa saja yang mengenali diri ini. ecehhhh. dah macam salam perantauan saja ghupenye. feeling laaaa sikit kan. hahahaha.







p/s: jemput laa datang ke rumah kalo nak rasa hasil tangan gua yang lagi berseni ni.






7 comments:

Evagurl said...

salam aidiladha :)

Unknown said...

salam Aidiladha dr saya juga

ankeljonni said...

saya menganyam ketupat guna sebelah tgn sahaja... kehkehkehkeh

bwarghhhhh said...

raya hari ni tak jumpa ketupat.
pos dekat kotak komen gua sesikat ketupat boleh? :)

selamat hari raya haji cimot.

Faaein Talip Roy said...

sure cimot buat tak sedap..

hahaha.. ;P

lama sungguh tak anyam ketupat..

*salam aidil adha cimot!.. =]

bwarghhhhh said...

gua pandai buat ketupat tu..cuma ketupat jantung je gua gagal. :p

bwarghhhhh said...

gua pandai buat ketupat tu..cuma ketupat jantung je gua gagal. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...