Monday, July 30, 2012

tak usah laaa kau tunggu aku lagi, cari laaa pengganti


assalamualaikum dan salam sayang.



ku pendamkan saja perasaan ni untuk beberapa minggu ni. setiap kali terlintas bibit-bibit ala-ala kejiwaan, cepat-cepat aku tepis kasi jauh-jauh. nasib baik laaaa kesibukan membuatkan aku lupa. bukan lah aku ni hati batu. tapi aku tak mahu kalah dengan perasaan bodoh nak fikir pasal lelaki. ya lelaki yang aku pernah cintai suatu ketika dulu.

kenapa ye aku nak fikir? kenapa nak terfikir jugak ye? entah laaaa. it's fact of woman! sudah menjadi fitrah kalau perempuan ni benda remeh pon boleh jadi sesuatu yang rumit. i can't deny and you too girls!

actually, tak perlu nak fikir sangat pon. dan aku pon tak berapa nak fikir sangat pon. sudah sekian lama aku akui semua ni. ye suatu ketika dulu lagi aku dah isytiharkan our special relationship is over. and such for a long time i bare with it. i'm ok. yes exactly ok! malahan, perpisahan itu sangat mendamaikan.

tapi, itulah dah katanya hati perempuan kan. keras-keras kerak nasi lembut juga akhirnya. hati aku pon ada taman jugak der. terusik laa jugak. ya si dia sudah putuskan segala-galanya. it's over! game over! fuhhhhhhhh. just because of aku takmau cakap dengan mak dia. ya memang aku takmau cakap dengan mak dia. sebab aku nak jumpa mak dia. aku suh dia satu family datang mai rumah. hmmmmmm. but not. aku takdak masalah nak kol mak dia. bila-bila pon boleh as i'd met her.

satu family aku dah tau dan kenal dia. cuma tak pernah jumpa. and that's why i ask him and family to come and meet. dia dah siap cakap tepon ngan mak aku lagi. mak aku sememangnya sporting. ok je! tapi bila dah jadi macam ni, mak dan abah tentang habis-habisan kalau aku nak kahwin ngan dia. yes, we just plan to marry after i graduated.

mak kata, "tak mustahil kau akan diabaikan nanti. takpaaa laaa. kalau ada jodoh tak ke mana. doa je."


arghhhhh. lega! mak always give me the best words! tapi memang betul laaa kan. jodoh tu semua di tangan Tuhan. bercinta gempak-gempak pon, kalau takde jodoh tu, takdak jugak laaa.

mak kata lagi, "Allah tu nak bagi ko dan dia pasangan yang lebih baik laa tu."


aminnnnnnn. mungkin jugak kan?

untuk dia,
sekiranya kau terbaca post ni, pertama sekali aku ucapkan terima kasih kerana kau pernah berikan aku bahagia. kau berikan aku kecapi apa rasanya bercinta, berkapel bagai walau tak lama. sebenarnya lagha semata-mata. almaklum masa tu jahil lagi kan. tapi sekarang aku lebih berwaspada. aku takmau bercinta tapi aku mau bercinta atas tiket nikah. maafkan aku juga sebab sepanjang perkenalan kita, aku banyak ikut kepala aku je kan. macam kau kata laaaa, aku ni tak matang. dan sedikit sebanyak aku belajar. ya banyak yang aku belajar. macam-macam aku dah belajar. ko kan rajin bercerita. aku plak pung pang pung pang entahpape. budak tak matang memang macam tu. dengan pengakhiran ini, tak usah laaa kau tunggu aku lagi, cari laaa pengganti yang betul-betul memahami kau, yang betul-betul boleh ikut cara kau dan yang paling penting dekat dengan kau untuk kau jaga (ini mak yang kata, sebab mak kata kau jenis bukan boleh berjauhan sebenarnya). 

sekian


tak pernah rasanya aku nak luah perasaan aku. yelaaaa luahkan pon selalunya mesti macam kiasan. kiasan tu cam meaningful pada aku. or lebih sebab aku suka simpan kalau bab-bab hati dan perasaan ni. biarlah merasai daripada diketahui. tapi kali ni aku nak luah jugak. sebab dah sampai klimaks. so, biar semuanya lepas. lepas bebas! dan aku rasa lega sangat setelah almost a month aku pendamkan saja.

now, apa yang aku harapkan just nak habiskan study aku yang lagi 2 tahun ni. fokus, fokus dan fokus! biarlah bila jodoh tu nak datang bila-bila pon. actually, aku rasa cam serik pon ade. tapi kalau ade yang betul-betul serius, macam aku pernah mention before ni,

"p/s: sekarang ni aku dah taknak fikir siapa dia.kalau ada yang cuba nak mengurat,tak susah.aku suruh jumpa mak dan abah.biar mak dan abah yang decide.they said OK, i'm gonna be OK too.i believe, their choice always the best for me." 

kalau berani buat macam ni pon ok jugak! fuhhhhhhh. you are such a very brave man!





berbicara tentang hati dan perasaan ni sampai bila pon tak habis. uhuk uhuk uhuk.
sekian.




p/s: lega!
let love after marriage.




11 comments:

PemilikCahaya said...

<--- juga sedang cuba untuk memeiliki cinta selepas nikah

Ce'gu JAERA said...

terharu saya membaca luahan ini.. cinta itu memang penuh suka dan duka kan... tiap2 kita pasti mengalaminya... pa pun hadapi semuanya dengan senyuman... perancangan Allah itu lebih baik untuk kita semua...

Untuk cimot, teruskan perjuangan anda untuk graduate.. semoga bertemu dengan insan yang lebih baik ye sahabatku...

Salam ramadhan...

Unknown said...

pesen buat macam mntk nikah tu..aku le wat camtu..alhamdulillah..dah x lama lagi dah.ehhee..tp susah woooo wat gitu..siyes

faraherda.razalan said...

Rasanya, adalah dlm 10 thn sy bazirkan masa bercinta dgn lelaki yg bukan jodoh sy. Dlm 10 thn tu, sy bercinta dgn 3 org lelaki yg berlainan. Peliknya sy ni, sy tak serik bercinta. Untungnya dgn sikap pelik sy yg tak pnh serik tu, sy dpt mengenal sikap lelaki yg bersungguh2 dgn yg tak bersungguh2. Alhamdulillah, 10 thn sy membodohkan diri dgn cinta yg tak ada hasil.....akhirnya sy jumpa suami sy yg skrg ni. Jauh lebih baik dr lelaki2 yg sy kenal dulu.

Heeee~ Kesimpulannya, memilih jodoh bukan dgn menjadi TERLALU PEMILIH. Tapi dgn mengenal hati lelaki.

jujufarhana said...

aja aja fighting weyh! aku respect kau! selalu. and i'm proud of youu. kau kuat :) just, have faith in Him. i always pray the best for you babe! :)) always

ghost said...

lega rasanya hati parents kau, mot. alangkah indahnya bercinta, namun tetap indah lagi bernikah. tapi jangan terlalu ghairah.. pernikahan bukan suatu yang mudah. kalau bercinta cuma guna 4 indera, pernikahan guna semua indera yang ada.

Unknown said...

ya hati dan perasaan takkan penah abis citernye

Fadzli Amir said...

Salam kenal....
Kumbang bukan seekor...( mesti ko jawab, " aku bukan nak kapel ngan kumbang."....

hehehee...tapi bagi pendapat aku yg dah tua ni, tumpukan pada study dulu la...pastu baru fikir pasal kapel ke kawen ke...InsyaAllah jodoh kita dah Allah tentukan...

Aien Not Alien said...

oh cimot...kisah cinta lama jadi penguat semangat nak bercinta selepas kahwin...bagus cimot.

Kira Sakura said...

saya mendoakan... betol bercinta lepas nikah tue sangat indah.. nk istiqamah tue pun payah tapi x mustahil.. perasaan bila simpan rasa cinta sblm kawen tue tersangat indah sebenarnya walaupun payah... gud luck dear!!! :D

Cik Puan Kocik said...

mendalam maksud entry ini ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...