Saturday, July 28, 2012

coretan Ramadhan cimot

assalamualaikum dan salam sayang.

salam Ramadhan 'alaikum. alhamdulillah hari ni sudah masuk hari ke-8 berpuasa. dan syukur juga kerana Allah bagi aku kekuatan untuk menjalani setiap hari berpuasa dengan jayanya. jaya yang aku maksudkan buat masa ini cukup lah puasa makan minum yang paling utama dan sedikit sebanyak cuba tingkatkan amalan-amalan sunat. 

Ramadhan kali ni, agak berbeza dengan Ramadhan sebelum ni. dan sedikit sebanyak mengajar aku menghargai Ramadhan lalu. insyaAllah berazam untuk mempertingkatkan kualiti Ramadhan. ya, aku cuba untuk kecapi nikmat sebenar Ramadhan tu.


coretan pertama;
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. my first day puasa could be celebrated with my beloved family at hometown. it such a big day for me since i hadn't been home such a long time. lama giler rasanya tak balik rumah. since semester break haritu lagi rasanya. semua gara-gara dah terikat contract kerja part time kat mahallah office. yelaaaa. last aku balik hari tu dengan Hamzah Ian

as a conclusion, puasa pertama berada di rumah adalah satu permulaan yang sangat memberi semangat pada aku. entahlah. aku memang macam tu. dapat je balik rumah, semangat aku tu seolah-olah membuak-buak dengan jayanya secara automatik. itulah aku! SEMANGAT KE-RUMAH-AN. hahahaha. rumahku syurgaku. ecehhhhhh. 

first day bukak puasa makan special homemade nasi ayam, puding jagung, puding markisa, serunding daging dan air oren twister. super awesome! sahur plak dengan chocodate! sedap sangat chocodate ni! aku siap mintak kat abah nak bawak balik 2-3 kotak. nak buat bekal sahur kat UIA. hahaha. konon laaa nak bersahur. jarang aku bersahur. aku before tidur pukul 2-4 pagi tu aku dah siap-saiap bersahur takut tak terbangun sahur. ambik 2-3 biji kurma dan minum air. enough. kalau rezeki baik dapat jugak makan nasik. tengok laaaa caner. ritu memang aje rezeki dapat nasi arab dari member foreigner kat surau. nasib laaaa.

Hadis riwayat Ahmad: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.

bukak puasa with workmates.

coretan kedua;
pertama kali aku berkerja di bulan puasa ni. sementara contract tak habis, tu yang kena kerja juga walaupun puasa. eh lupaaa! aku kerja jadi cashier kat Carrefour tu. Carrefour mane jangan tanya aku. hahahaha. sebenarnya.....alahaiiiiii. rasa tak normal plak. sebabnya, aku kerja shift malam. dan pada sebelah malam tu lahhhh kan nak rasa nikmat Ramadhan yang sebenar; TARAWIKH! tapi apakan daya, masuk kerja tiap-tiap hari pukul 7:00 malam dan balik pukul 12:00 malam. almaklum saja laaa tak dapat pi masjid untuk bertarawikh berjamaah. tak dapat nak menikmati suasana imam dan bilal bersalawat antara dua rakaat tarawikh tu; "Sollu 'alaihh" seronoknya sudah dapat ku bayangkan. walau bagaimanapun, semua tu tak menghalang aku untuk bertarawikh selagi waktu isyak tu ada. 

macam mak selalu pesan: "kerja-kerja jugak. tapi tarawikh jangan tak buat. buat laaa walau dua rakaat je pun. asalkan buat dan jangan tinggal. insyaAllah"

and i try to keep her word.
Hadith riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu”.
and sadis jugak sebenarnya kerja aku ni. pernah skali tu aku masuk dekat pukul 7 gitu. end up aku berbuka puasa dekat kaunter je. huuuuu. tapi nasib baik laaa customer semua jenis memahami. ade satu customer Cina tu berapa kali dia tanya aku dah bukak puasa ke belom. sebabnya dia risau takut jadi apa-apa kat aku. prihatin sungguh dia. hihihi. tapi sekarang ni aku dah takmau masuk before bukak puasa. alang-alang tu aku bukak puasa dan solat dulu. pastu baru laaaa masuk kerja. senang sikit ceritanya.

coretan ketiga;
bukan coretan pon sebenarnya. tapi satu bingkisan gambar sebagai penutup coretan Ramadhan aku kali ni. aku pon tak ingat malam bila kaaa. aku temankan member aku yang nak singgah mcd. pastu, nampak laaa................

cuba perhatikan betul-betul ye! motor itu sedang drive thru! hik hik. comel.




eh, how come i can write all of these while? hmmmmm.
sekian coretan Ramadhan tika ini. tak pasal-pasal tahap kerajinan aku pada tahap almost full. tu yang rajin menulih pepanjang tuuu. haishhhhh. walaupapepon,
selamat beramal semua.



p/s: Ramadhan kareem.
dan jawabnya Allahu akram.



1 comment:

Iffah Afeefah said...

ramadan dan makanan xdpat dipisahkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...