Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN PENUH BARAKAH



assalamulaikum dan salam sayang.



walau di mana jua kita berada, puasa is puasa. tahun ni puasa di UIA tercinta. tak dapat laa merasa macam tahun lepas sebulan Ramadhan di rumah. alahaiiiiii. takpe laaa kan. papepon, jangan lupa layan video kat atas ni. video sempena Ramadhan. ni classmates aku yang berlakon. tahniah laaa kepada team GATEM. cepat-cepat nak part 2 plak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:

Puasa orang awam ~ hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat.

Puasa orang khas ~ cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.

Puasa paling khas ~ menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita nak join golongan mana? Jangan tak tersenarai seperti di atas sudahlah..





SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
kepada seluruh umat Islam.





p/s: seronoknya first day puasa kat rumah!



4 comments:

Unknown said...

salam Ramadhan dr abg

Ce'gu JAERA said...

salam 1 Ramadhan ye cimott (",)

faaizz d. zul said...

salam Ramadhan 1433h!

perh, Saif.
macho sejati team GATEM ni.

YouSOF said...

Sempoi video ni.. Gua tak berapa nak rock tapi gua beriman insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...