Monday, July 30, 2012

tak usah laaa kau tunggu aku lagi, cari laaa pengganti


assalamualaikum dan salam sayang.



ku pendamkan saja perasaan ni untuk beberapa minggu ni. setiap kali terlintas bibit-bibit ala-ala kejiwaan, cepat-cepat aku tepis kasi jauh-jauh. nasib baik laaaa kesibukan membuatkan aku lupa. bukan lah aku ni hati batu. tapi aku tak mahu kalah dengan perasaan bodoh nak fikir pasal lelaki. ya lelaki yang aku pernah cintai suatu ketika dulu.

kenapa ye aku nak fikir? kenapa nak terfikir jugak ye? entah laaaa. it's fact of woman! sudah menjadi fitrah kalau perempuan ni benda remeh pon boleh jadi sesuatu yang rumit. i can't deny and you too girls!

actually, tak perlu nak fikir sangat pon. dan aku pon tak berapa nak fikir sangat pon. sudah sekian lama aku akui semua ni. ye suatu ketika dulu lagi aku dah isytiharkan our special relationship is over. and such for a long time i bare with it. i'm ok. yes exactly ok! malahan, perpisahan itu sangat mendamaikan.

tapi, itulah dah katanya hati perempuan kan. keras-keras kerak nasi lembut juga akhirnya. hati aku pon ada taman jugak der. terusik laa jugak. ya si dia sudah putuskan segala-galanya. it's over! game over! fuhhhhhhhh. just because of aku takmau cakap dengan mak dia. ya memang aku takmau cakap dengan mak dia. sebab aku nak jumpa mak dia. aku suh dia satu family datang mai rumah. hmmmmmm. but not. aku takdak masalah nak kol mak dia. bila-bila pon boleh as i'd met her.

satu family aku dah tau dan kenal dia. cuma tak pernah jumpa. and that's why i ask him and family to come and meet. dia dah siap cakap tepon ngan mak aku lagi. mak aku sememangnya sporting. ok je! tapi bila dah jadi macam ni, mak dan abah tentang habis-habisan kalau aku nak kahwin ngan dia. yes, we just plan to marry after i graduated.

mak kata, "tak mustahil kau akan diabaikan nanti. takpaaa laaa. kalau ada jodoh tak ke mana. doa je."


arghhhhh. lega! mak always give me the best words! tapi memang betul laaa kan. jodoh tu semua di tangan Tuhan. bercinta gempak-gempak pon, kalau takde jodoh tu, takdak jugak laaa.

mak kata lagi, "Allah tu nak bagi ko dan dia pasangan yang lebih baik laa tu."


aminnnnnnn. mungkin jugak kan?

untuk dia,
sekiranya kau terbaca post ni, pertama sekali aku ucapkan terima kasih kerana kau pernah berikan aku bahagia. kau berikan aku kecapi apa rasanya bercinta, berkapel bagai walau tak lama. sebenarnya lagha semata-mata. almaklum masa tu jahil lagi kan. tapi sekarang aku lebih berwaspada. aku takmau bercinta tapi aku mau bercinta atas tiket nikah. maafkan aku juga sebab sepanjang perkenalan kita, aku banyak ikut kepala aku je kan. macam kau kata laaaa, aku ni tak matang. dan sedikit sebanyak aku belajar. ya banyak yang aku belajar. macam-macam aku dah belajar. ko kan rajin bercerita. aku plak pung pang pung pang entahpape. budak tak matang memang macam tu. dengan pengakhiran ini, tak usah laaa kau tunggu aku lagi, cari laaa pengganti yang betul-betul memahami kau, yang betul-betul boleh ikut cara kau dan yang paling penting dekat dengan kau untuk kau jaga (ini mak yang kata, sebab mak kata kau jenis bukan boleh berjauhan sebenarnya). 

sekian


tak pernah rasanya aku nak luah perasaan aku. yelaaaa luahkan pon selalunya mesti macam kiasan. kiasan tu cam meaningful pada aku. or lebih sebab aku suka simpan kalau bab-bab hati dan perasaan ni. biarlah merasai daripada diketahui. tapi kali ni aku nak luah jugak. sebab dah sampai klimaks. so, biar semuanya lepas. lepas bebas! dan aku rasa lega sangat setelah almost a month aku pendamkan saja.

now, apa yang aku harapkan just nak habiskan study aku yang lagi 2 tahun ni. fokus, fokus dan fokus! biarlah bila jodoh tu nak datang bila-bila pon. actually, aku rasa cam serik pon ade. tapi kalau ade yang betul-betul serius, macam aku pernah mention before ni,

"p/s: sekarang ni aku dah taknak fikir siapa dia.kalau ada yang cuba nak mengurat,tak susah.aku suruh jumpa mak dan abah.biar mak dan abah yang decide.they said OK, i'm gonna be OK too.i believe, their choice always the best for me." 

kalau berani buat macam ni pon ok jugak! fuhhhhhhh. you are such a very brave man!





berbicara tentang hati dan perasaan ni sampai bila pon tak habis. uhuk uhuk uhuk.
sekian.




p/s: lega!
let love after marriage.




Saturday, July 28, 2012

coretan Ramadhan cimot

assalamualaikum dan salam sayang.

salam Ramadhan 'alaikum. alhamdulillah hari ni sudah masuk hari ke-8 berpuasa. dan syukur juga kerana Allah bagi aku kekuatan untuk menjalani setiap hari berpuasa dengan jayanya. jaya yang aku maksudkan buat masa ini cukup lah puasa makan minum yang paling utama dan sedikit sebanyak cuba tingkatkan amalan-amalan sunat. 

Ramadhan kali ni, agak berbeza dengan Ramadhan sebelum ni. dan sedikit sebanyak mengajar aku menghargai Ramadhan lalu. insyaAllah berazam untuk mempertingkatkan kualiti Ramadhan. ya, aku cuba untuk kecapi nikmat sebenar Ramadhan tu.


coretan pertama;
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. my first day puasa could be celebrated with my beloved family at hometown. it such a big day for me since i hadn't been home such a long time. lama giler rasanya tak balik rumah. since semester break haritu lagi rasanya. semua gara-gara dah terikat contract kerja part time kat mahallah office. yelaaaa. last aku balik hari tu dengan Hamzah Ian

as a conclusion, puasa pertama berada di rumah adalah satu permulaan yang sangat memberi semangat pada aku. entahlah. aku memang macam tu. dapat je balik rumah, semangat aku tu seolah-olah membuak-buak dengan jayanya secara automatik. itulah aku! SEMANGAT KE-RUMAH-AN. hahahaha. rumahku syurgaku. ecehhhhhh. 

first day bukak puasa makan special homemade nasi ayam, puding jagung, puding markisa, serunding daging dan air oren twister. super awesome! sahur plak dengan chocodate! sedap sangat chocodate ni! aku siap mintak kat abah nak bawak balik 2-3 kotak. nak buat bekal sahur kat UIA. hahaha. konon laaa nak bersahur. jarang aku bersahur. aku before tidur pukul 2-4 pagi tu aku dah siap-saiap bersahur takut tak terbangun sahur. ambik 2-3 biji kurma dan minum air. enough. kalau rezeki baik dapat jugak makan nasik. tengok laaaa caner. ritu memang aje rezeki dapat nasi arab dari member foreigner kat surau. nasib laaaa.

Hadis riwayat Ahmad: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.

bukak puasa with workmates.

coretan kedua;
pertama kali aku berkerja di bulan puasa ni. sementara contract tak habis, tu yang kena kerja juga walaupun puasa. eh lupaaa! aku kerja jadi cashier kat Carrefour tu. Carrefour mane jangan tanya aku. hahahaha. sebenarnya.....alahaiiiiii. rasa tak normal plak. sebabnya, aku kerja shift malam. dan pada sebelah malam tu lahhhh kan nak rasa nikmat Ramadhan yang sebenar; TARAWIKH! tapi apakan daya, masuk kerja tiap-tiap hari pukul 7:00 malam dan balik pukul 12:00 malam. almaklum saja laaa tak dapat pi masjid untuk bertarawikh berjamaah. tak dapat nak menikmati suasana imam dan bilal bersalawat antara dua rakaat tarawikh tu; "Sollu 'alaihh" seronoknya sudah dapat ku bayangkan. walau bagaimanapun, semua tu tak menghalang aku untuk bertarawikh selagi waktu isyak tu ada. 

macam mak selalu pesan: "kerja-kerja jugak. tapi tarawikh jangan tak buat. buat laaa walau dua rakaat je pun. asalkan buat dan jangan tinggal. insyaAllah"

and i try to keep her word.
Hadith riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu”.
and sadis jugak sebenarnya kerja aku ni. pernah skali tu aku masuk dekat pukul 7 gitu. end up aku berbuka puasa dekat kaunter je. huuuuu. tapi nasib baik laaa customer semua jenis memahami. ade satu customer Cina tu berapa kali dia tanya aku dah bukak puasa ke belom. sebabnya dia risau takut jadi apa-apa kat aku. prihatin sungguh dia. hihihi. tapi sekarang ni aku dah takmau masuk before bukak puasa. alang-alang tu aku bukak puasa dan solat dulu. pastu baru laaaa masuk kerja. senang sikit ceritanya.

coretan ketiga;
bukan coretan pon sebenarnya. tapi satu bingkisan gambar sebagai penutup coretan Ramadhan aku kali ni. aku pon tak ingat malam bila kaaa. aku temankan member aku yang nak singgah mcd. pastu, nampak laaa................

cuba perhatikan betul-betul ye! motor itu sedang drive thru! hik hik. comel.




eh, how come i can write all of these while? hmmmmm.
sekian coretan Ramadhan tika ini. tak pasal-pasal tahap kerajinan aku pada tahap almost full. tu yang rajin menulih pepanjang tuuu. haishhhhh. walaupapepon,
selamat beramal semua.



p/s: Ramadhan kareem.
dan jawabnya Allahu akram.



Wednesday, July 25, 2012

my new window


assalamualaikum dan salam sayang.



dulu lepak je. my window totally free. but now, secara tak langsung dah ade tanggungjawab laaa plak. i've to make sure they are healthy, healthy and healthy. hihihi.




p/s: go green! go!



Saturday, July 21, 2012

siri STOKIN and babies #11: hari pertama puasa


assalamualaikum dan salam sayang.


bukak pintu je pepagi, my babies dah bising mau makan..

tp mak cakap "eh, puasa laaaa hari ni"

hahaha..kasihannn..

 muka simpati

 sob sob sob. tak dilayan.

 end up tido je laaaa.

ciki: penangan first day puasa hari ni..
fuhhhhhh.. mmg fenat.. nasib baik air dalam baldi tu ade..

cehhhhh..





mak train depa ni puasa jugak. hahaha. 






p/s: lepas rindu ngan my kucing bucuk ni.
lama giler tak jumpa depa.
heeeeeee.



Friday, July 20, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN PENUH BARAKAH



assalamulaikum dan salam sayang.



walau di mana jua kita berada, puasa is puasa. tahun ni puasa di UIA tercinta. tak dapat laa merasa macam tahun lepas sebulan Ramadhan di rumah. alahaiiiiii. takpe laaa kan. papepon, jangan lupa layan video kat atas ni. video sempena Ramadhan. ni classmates aku yang berlakon. tahniah laaa kepada team GATEM. cepat-cepat nak part 2 plak.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menurut Imam Al-Ghazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:

Puasa orang awam ~ hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh & mengabaikan perkara-perkara sunat.

Puasa orang khas ~ cuba menjaga akhlak & melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.

Puasa paling khas ~ menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa & perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa & hati sentiasa berzikir mengingati Allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita nak join golongan mana? Jangan tak tersenarai seperti di atas sudahlah..





SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
kepada seluruh umat Islam.





p/s: seronoknya first day puasa kat rumah!



Tuesday, July 17, 2012

master chef kids


assalamualaikum dan salam sayang.


balik kerja singgah jap umah my bro. amek baju hujan. almaklum musim hujan sekarang ni. penat tu memang penat. tapi dapat jumpa anak2 terus hilang hilang penat.

ian dhani: maateh, adek ade apron!













soooooooooo comel!





p/s: i just love ALL my anak2 terchenta.


Saturday, July 14, 2012

cuti-cuti Teluk Intan

 assalamualaikum dan salam sayang.

semua kepala senget. sesenget menara condong. hahaha.

haishhhhh. cerita lapuk. cerita sebelum cuti semester dulu. pas habis lasttt payyyperrr terus balik Perak dengan depa 3 orang member aku ni; Hamzah Ian, Li dan Hanim. tak pasal-pasal jadi tourist guide tak bertauliah aku kali ni. hahaha. depa tak pernah sampai Teluk Intan. so, bawakkan saja laaaa. 

kenapa semua gaya terkangkang?? errr lucu laaa plak.
pekena rojak Mastan Ghani
tak sempat nak jejalan sangat pon sebab Li kije malam tu. tapi sempat dapat naik Menara Condong and melantak doyan. before tu pon dah meronggeng Lumut, Teluk Batik and Manjung. semua gara-gara nak jumpa pengantin; Kila. hahaha. tapi siyes kitorang lambat sampai kenduri tu. sampai je, kerusi meja semua dah angkut naik atas lori. orang semua tengah kemas-kemas. pastu hamzah pon jumpa laaa ngan ayah Kila. tup tup depa pegi shooting gambar kat pangkor plak. adesssss. takkan nak blah plak kottt. dah dari jauh mai mesti laaa nak jumpa jugak. lastly, end up meronggeng laaa kitorang berempat. pekena cendol, borak-borak, lepak tepi laut. malam baru jumpa pengantin and dinner together. takpe pengantin belanja. hahahaha. tapi sedih gak sebab tak dapat feeling kenduri. 



masih tak terlambat rasanya nak wish kan. better late than never. hik hik hik. selamat selamat selamat Kila Krol !! lastly, dapat jugak jumpa kaka Kila. dari jauh aku dan hamzah ian mai turun Manjung nak jumpa ang. hahaha.




p/s: tak lama lagi hamzah laa plak bakal menyusul.
hihihihi.
go mejah! go!


Friday, July 6, 2012

semester 3 year 2


assalamualaikum dan salam sayang.


tup tup pejam celik pejam celik my short semester just start almost two weeks already. tup tup pejam celik pejam celik lagi dah nak habis my second year. kejap je kan masa ni berlalu. rasa macam baru je lagi pas habes SPM. hahaha. short sem kali ni, memang takde masa sangat laaa nak berceloteh banyak-banyak. busy bebenor. siang pi kelas, malam pi kerja part time plak. usah cakap laaaaa. balik je kerja memang takde masa sangat nak bersenang-senang or lagha macam bagai. my daily routine memang full. completely full. penat sememangnya penat. but i'm happy because i'm not boring. i don't have time to think "what should i do?" which is much more killing me for the whole day. and usually end up with EAT, EAT and EAT. oh! really non productive at all.

actually banyak je nak cerita. sebab macam-macam happen. tapi takde masa nak ngadap laptop lama-lama. sorry laaa wahai member yang merindui diri ini. ecehhhhhh. perasan ada yang merindui. kah kah kah. eh mesti laaaa ada. ritu, ade laa sorang akak tu, tak jumpe aku sehari dah kate rindu. katanya" tak dapat jumpe, tengok blog pon jadi laaa. hahaha" how sweet meh. hihihi.

ok laaaaa. sok kije pagi. babai~~


p/s:miss you all too.
ececehhhh

Thursday, July 5, 2012

jangan lepaskan peluang PROMOSI HEBAT!


assalamualaikum dan salam sayang.













JOM LAAAA PUASE NISFU SYAABAN!
JANGAN LEPASKAN PROMOSI HEBAT BULAN SYAABAN NI!!




haaaaa. mesti dah salah sangka tadi kan? ingatkan promosi raya sakan kan kan kan. hahahaha. naaaaaa. tertipu sudeyyhhh.


SELAMAT BERPUASA SEMUA!



p/s: ya Allah, ku harapkan buku baru kali ini lebih baik.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...