Thursday, August 4, 2011

KAKI MELETOP


2 Ramadhan
kurang laaa rasa kepenatan dan ketandusan berbanding first day semalam. tapi penat tak penat, banyak tido je aku di siang hari. adoyaiiii. culture shock betol badan dibuatnya. menjelang sahaja petang, penyediaan juadah berbuka haruslah bermula. tak nak lah kelam kabut je nanti. bukan larat sangat nak buat rushing2. penat! so, aku dan mak buat beransur-ansur. cadang nak masak lauk sotong. then, aku pon pegi la siang sotong yang dah keluar dari peti sejuk tengah hari tadi. dah cair la aisnya. 

tetiba tekak aku meloya bau sotong tu. berhenti la seketika. hmmmmmm. nak buat apa ea? nak on9 la jap. bukak 2-3 tab bace itu ini apa yang patut. paling aku terkejut bace kat Berita Harian Online.....Pelajar UIA ditemui mati dalam bilik asrama!! terkojut boruk den membaconyo. first time aku dengar news kematian kat UIA. tetibe rasa ngeri nak balik UIA nanti. kat CFS PJ dolu ade jugak la sekali. classmate aku sendiri yang mati sebab terjatuh dari tingkat 2 or 3 camtu. time bulan Ramadhan jugak! dan memang lately, banyak berita kematian aku dengar. innalillah hi wa inna ilaihi rajiun. sudah sampai ajalnya. kita pun jangan ingat umur masih muda, fikir lambat lagi nak mati. entahkan esok entahkan malam karang Allah dah ambil nyawa kita. wallahu a'alam. cuma mampu berdoa agar umur kita masih dipanjangkan untuk terus taat dan beribadah pada-Nya. aminnnn.

ok sudah-sudahlah on9. nak sambung  penyiangan sotong yang terbengkalai tadi. bangun. kaki terasa kebas semacam. arghhhhhh. tak tahan nak berdiri. kena duduk semula ni kata dalam hati. dan POP POP POP sepantas kilat bunyi meletop. badan dah tak stabil dan kaki dua-dua kebas tak mampu nak support badan. maka jatuh terjelepok. tapi sempat disambut oleh abang aku yang duduk berdekatan. aku rasa macam nak mati je time tu. sakitnya ya Allah! hanya Allah saja yang tahu. kaki aku yang terseliuh time kat Cameron hari tu belum pulih sepenuhnya lagi. nahhh! amik aku! lagi sekali terseliuh. bagai sudah jatuh ditimpa tangga plak. lagi sekali malang tidak berbau

aku meraung sekuat hati. aku tarik tangan abang aku sekuat hati menandakan aku terlalulah menahan kesakitan. mak dah gelabah tak tahu nak buat apa. abah plak automatik stop kerja mengecat. abah cuba urut sikit-sikit guna ice pack. entah kali berapa aku meraung kesakitan. aku tak tahu nak cakap macam mana waktu tu. teramat sangat sakitnya. lama-kelamaan aku terlelap sekejap.

mak kejut aku solat asar belum lagi. aku pun gigih cuba bangun tapi tak mampu untuk berjalan. mak suruh pakai tongkat. apakan daya aku tak reti. akhirnya aku merangkak pergi depan pintu toilet untuk mengambil wuduk dan terus masuk ke bilik. solat duduk saja lah jadinya. tak henti-henti air mata aku ni nak mengalir. sikit saja aku bergerak, aku menangis. tapi aku gagahi jugak ke dapur sebab kasihan kat mak. juadah berbuka belum siap lagi. takkan mak nak buat sorang-sorang. aku tolong lah mana yang mampu. aku cuba tahan air mata aku depan mak walau pada hakikatnya sakitnya amat.

selepas solat maghrib aku dah menimbang kira macam mana ni? sayang plak tak dapat pergi tarawikh. nak bertarawikh kat rumah pon tak lalu. tetibe tak lama lepas tu mak aku suruh bersiap sebab abang aku nak bawak pegi hospital. katanya takut entah retak ke patah ke sebab kaki aku meletop tersangat kuat petang tu. sekurang-kurangnya dapat ubat.

terkial-kial aku bersiap. nak keluar ke pintu pon merangkak. berjalan ke kereta pon macam si capik. sampai kat hospital terus pergi ke EMERGENCY. keluar kereta je doktor terus bawak guna wheelchair masuk ke dalam untuk tunggu giliran. aku dah rasa jadi macam OKU plak duduk wheelchair. tapi nak buat macam mana kalau berjalan pon tak boleh. abang aku lah yang bersusah payah tolak aku ke mana-mana kat hospital tu. dari cek darah, jumpa doktor, pergi x-ray, jumpa doktor semula dan ambil ubat kat farmasi. alhamdulillah kaki aku betul-betul terseliuh sahaja. doktor pon takut jugak anything happened sebab kaki aku tersangat besar bengkaknya waktu tu. keluar saja dari procedure room tu, kaki aku dah berbungkus besar.

sesampai je rumah, makan ubat dan tidur. tapi aku masih ingat lagi yang aku belum solat isyak dan tarawikh. tapi mak tak kasi sebab aku dah penat sangat. mak kata nanti dia kejut sebelum sahur untuk solat isyak dan tarawikh dua rakaat. dua rakaat pon takpe asalkan tak tinggal. mak betul-betul support azam ramadhan aku. terima kasih mak.

after bailik dari hospital, kaki dah kena balut macam sarang tebuan je aku tengok! adoyyyyai.

secara tidak langsung kehidupan aku dirumah agak terbatas. sekarang ni kena perintah berkurung dan tak boleh lasak-lasak. takut bentan plak nanti. erk???? hahahaha. dan yang paling ketara, raya nanti wedges aku akan berkubur dalam almari kasut. kena pakai selipar or sandal saja lah. huhuhuhu.


hai ubat. aku malas la nak makan ko ni. huhuhu.


aku speechless tika ini. dugaan-Mu terlalu besar buatku. tapi aku redha. kerna semua ini adalah ketentuan-Mu. aku hanya pohon padaMu agar diberi kekuatan untuk menempuhinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

p/s: be careful cimot!

8 comments:

put_dut said...

ngeri... semoga cepat semboh

Unknown said...

syafakillah

chiLleD...!! said...

sabar yer..moga cept sembuh.

cimöt said...

@ MS-3P
thanx put..

cimöt said...

@JIJI YU
thanx ustaz jiji

cimöt said...

@chiLleD...!!
ye sye cbe bersabar..dan akn terus bersabar..

jules said...

wedges tu kasi i saje la yg pakai..hehehe

cimöt said...

@Julie Suhana
soh la k long bawak balik kg nti..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...