Sunday, April 6, 2014

Manusia syaitan



Semua benda terjadi ade sebab. Takde yang buruk. Semuanya ada hikmah. Walau susah-payah, walau keji, walau hina, pasti ada hikmah. Bukan untuk kau, mungkin untuk orang lain. Bukan sekarang, mungkin akan datang. Bukan banyak, mungkin sedikit tapi sudah memadai. Semua serba-serbi cantik sempurna. Sudah diatur. Lambat cepat ikutlah rezeki masing-masing.

Tapi manusia. Lumrahnya tak sabar. Tamak. Gelojoh.

Sudah diperihalkan 'jangan seperti anjing dan bayang-bayang' dan 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran'.

Masih lagi manusia. Sering lupa sering alpa.

Nah aku cuba ingatkan! Apa sangat yang kau nak takluk kuasakan? Apa tiada lagi kebahagiaan yang kau dambakan sampai nak rampas hak milik orang lain? Apa kita sama manusia, sama insan, sama ciptaan serta perasaan kau bisa lukakan tanpa ihsan? Kau bukannya tuan! Apatah lagi Tuhan!

Sah! Kau hilang pedoman! Mana pergi Iman? Mana tiang Islam sebagai pegangan? Kau dah lupa ya? Kau tak takut atas segala tindakan membabi buta kau akan binasakan diri sendiri, keluarga serta keturunan? Paling mudah kau ingat je mati. Huh! Mustahil kau ingat mati. Kalau tidak semua ni kau takkan sekali dekati.

Sekali lagi aku percaya ada hikmah yang Dia cuba kasi. Aku akan terus dan terus berdoa atas semua ini. Semoga kau kembali. Kembalilah ke jalan yang diredhai. Sebelum terlambat.






Sesiapa saja bisa khianati diri ini, tapi Dia takkan sekali!





Manusia syaitan,
Di dunia bisa menjadi raja, di sana kau tunggu kena seksa,
Di dunia kau takluk segala, di sana kau tunggu tagih semua,
Di dunia kau siksa mereka tak bersalah, di sana kau tunggu mereka takkan beralah,
Di dunia kau paling gembira, di sana kau paling derita.
Jaga-jaga. Aku tak berdusta. Ini Dia dah janji.





2 comments:

ewanthology said...

marah sungguh ni...

Faarihin said...

Balasan itu pasti ada. Sabarlah wahai teman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...