Tuesday, April 8, 2014

Why I should say no when he ask me towards marriage?

Sekadar hiasan.


Adam: Boleh kita jumpa?
Mas: Boleh no prob. Tapi ada hal apa ye? Tiba-tiba je ni.
Adam: Tak boleh nak cakap sekarang sebab panjang ceritanya. Tu pasal mau jumpa.
Mas: Ok2 tapi di mana nak jumpa? Bila tu? Urgent ke?
Adam: Ko duduk mana? Kalau boleh cepat lagi bagus. Urgent tak urgent jugak laaaa.
Mas: Huishhhhh. Saspens jugak ni. Kalo camtu this weekend datang umah aku boleh? Ko sorang je ke?
Adam: Tak laaa. Aku datang dengan Syuk. Segan jugak nak jumpa ko sorang-sorang. hihihi
Mas: Beres. Datang je.
Adam: Betol ke datang umah ko ni? 
Mas: Iye betol. Parents aku lagi senang kalau member datang lepak-lepak umah.
Adam: Ok. Lega aku dengar.
Mas: Hahahaha. Apesal? Ko ingat abah aku makan orang ke?
Adam: Tak la. Tapi cuak gak.
Mas: Ok jumpa nanti. Kalau ade pape roger balik.
Adam: Baik.


Weekend yang dijanjikan,

Hujan turun membasahi bumi sejak subuh lagi. Tiada tanda-tanda ianya akan berhenti. Maka tiada kerja luar dapat dilaksanakan pagi ini. Hanya aktiviti di dalam rumah, apa lagi kalau bukan menonton drama bersiri.

Tiba-tiba,

Assalamualaikum.

Teman yang dinanti tiba dalam hujan.

Mas: Waalaikumussalam. Eh, jemput laaa masuk. Sila-sila jangan malu-malu. Tapi buat macam rumah aku ye. Hahaha. Gurau je.
Mas: Soriii weyhhhh Adam ni yang lambat siap. Melaram sakan.
Adam: Amboiiiii aku plak yang ko tibai. Ko dengar laaa cakap si Syuk ni. Dia yang berak batu pepagi. Dah tahu macam tu bangun laa awal sikit. Cisssss.
Abah: Haaaaa. Dah sampai dah kawan hang tu. 
Mas: Baru ja sampai. Abah, ni Syuk kawan satu department ngan cheq dan Adam ni plak kawan satu course cheq. Kami satu kelab. Aritu cheq pi Kota Bharu tu ngan depa dua orang ni laa. Satu group lagi.
Adam & Syuk: Apa khabar pak cik?
Abah: Alhamdulillah sihat orang tua laa. Lebat nooo hujan. Mai naik pa ni? 
Adam: Naik keta.
Abah: Haaaa jemput laa pi sarapan kat dapuq teruih. Hujan ni sedap minum ayaq panaih.
Mas: Ok. Jom weyhh kita lepak dapur sambil tu boleh borak-borak.
Adam: Pak cik tak minum sekali ke?
Abah: Oh, pak cik awai-awai lagi dah minum ngan mak cik. Pi ja laa kamu bertiga. Mak cik kamu dah sediakan nu ada kat dapuq.
Adam & Syuk: Kami ke dapur dulu ye pak cik.
Abah: Iye iye.

Adam: Fuhhhhhh. Syuk, cuak jugak aku tadi oii.
Syuk: Hek elehhh. Rilek laaa der.
Adam: Ahhhh ko boleh laa nak cakap rilek. Tunggu turn ko nanti baru ko tau.

Pekena bihun goreng dengan telur mata. Dapat air teh O panas. Memang just nice di kala hujan ni. Tapi cerita masih belum bermula. Depa pon start laa sembang kosong, sembang skema pasal subjek, sembang giler-giler sebab dah lama tak jumpa kat kelab. Sebenarnya lebih kepada nak warm up sebelum mulakan mukadimah.

Syuk: Mas, ko tak de program or plan apa-apa ke hari ni? Memang duduk rumah je ke?
Mas: Selalunya ade jugak keluar dengan bebudak ni. Kekadang Anis, Siti and Jiha. Tapi dah hujan, korang pon dah buat appointment tak ke mana laa aku. Ha Adam! Ape cer yang urgent tak urgent ko tu?
Adam: Errrrrrrrrrrr. Macam mana ea aku nak start?
Mas: Key word?
Adam: Ko jangan terkejut, gelak or ape saja. Just say YES or NO on my questions boleh. Sebab aku start dengan dua soalan dulu.
Mas: Oh macam tu? Syuk, ko tau ke?

Syuk geleng-geleng kepala pastu angguk-angguk pulak.

Mas: Ko tau ke idak ni?

Syuk geleng.

Mas: Ok. padia?
Adam: Ko ade boyfriend?
Mas: NO.
Adam: Ok. Pastu, sudikah kau menjadi suri rumah aku?

Sepi. Lama. Blank. Digestion.

































Mas: How about YES?

YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!

Menjerit Adam & Syuk. Gempar satu rumah! Alamak! Tak boleh nak control.

Mas sudah tersipu malu. Memerah muka tak tahu nak sorok celah mana.

Adam: Mas, are you sure YES?
Mas: You wanna me say NO?
Adam: No no no.
Mas: Huh? NO? Mana satu ni?
Adam: Eh, tak tak. Aku nak ko cakap YESSSSSSSS only!

Dari kejauhan mak dan abah menjerit bertanyakan apa yang berlaku.

Mas: Takda pa. Syuk ni makan macam budak kecik! Comot baq anggg!
Adam: Should I told them?
Mas: Oh, no no no. I will tell them later. It's better and proper. Jangan ambil hati. Aku takmau kang terkejut beruk plak depa.
Adam: Ok then.
Syuk: Oiiii udah-udah laa merah pipi ko tu. Aku je ko nak malu pom.
Mas: Diam kau! So, why me? Eh, how this can be? Eh, when it was start? Entahlaaa. Soalan mana yang sepatutnya?
Syuk: Ceritanya bermula begini, Adam ko sambung.
Adam: Ciss! Aku ingat ko nak tolong ceritakan.
Syuk: Ah! Mana aci ko yang nak Mas, ko laaa ayat dia. Huahuahua. Aku keluar boleh? Takmo laa kaco.
Adam & Mas: Mana boleh!
Syuk: Haaaa sama la! Memang sehati sejiwa!
Adam & Mas: Ko diam!
Syuk: Again! Sama lagi!
Adam: Syuk, ko takyah pegi mana-mana. Ko kena ada sebagai saksi.
Syuk: Iyelaa saksi percintaan korang berdua. Aku masih sendiri. Ini tidak adil!
Mas: Alaaaa Syuk. Takyah laa nak emosi plak. Ada je yang suka kat ko. Tapi ko tu jual mahal pastu kerek. Ok aku taknak kabor sape.
Syuk: Oi! seriuslaaa gua ade crush, Mas??! Perghhh tak sangka dalam diam. Kabor laaa Mas, supaya aku boleh lamar dia lagi sweet daripada ni!
Mas: Cis! Ko memang tak boleh blah ok! Ko duduk diam-diam dulu. Ko setelkan dulu kisah antara aku ngan Adam ni. Aku lost lagi ni. Tell me history.
Adam: Ada hati ea ko  ni? Ha, kalo ko nak crush tu, ko tolong cerita intro dulu. Aku ni speechless lagi ni.
Syuk: Macam ni boleh ea? Boleh ke Mas?
Mas: Boleh boleh. Permission granted.
Syuk: Tudiaaaaaa permission granted baq anggggg.
Mas: Ok 1, 2, 3 start!
Syuk: Ko ingat first time ko kenal Adam camne?
Mas: Hmmmmmm. Oh, aku satu group dengan dia masa program jelajah Kota Bharu. Last year kalau tak silap. Alaaaa sama dengan ko skali laaa beb.
Syuk: Tetttttttt! 10 bintang untuk anda. Masa tu ko, aku ngan Adam je satu course. Yang lain tak kenal pon. Dah tu ko memang berkepit ngan kitorang laaa. Tau je laa budak course lain tak berapa nak click ngan kita. Ko try je nak kamceng ngan girl lain. Tapi ko yang rock, selekeh lagi serabut ni memang tak berapa nak geng ngan gegirl ayu tu. Hahahaha.
Mas: Hoiiiiii! Berani ko kata aku selekeh?
Syuk: Ok2! Ko yang lagi macho dan katang.
Mas: Ok sambung.
Syuk: Adam, camno laaa ko bley jatuh hati kat jejaka macho ni? Opsssss

Satu bantal terbang hinggap muka Syuk.

Mas: Padan muka ang!
Syuk: Mase kat KB tu Adam takda pape lagi. Ye laaaa kita havoc macam biasa laa. Tapi pas balik kampus terserempak ko few times, baru dia kata dia got strange feeling. Feeling macam mana tu Adam?
Adam: Aku taktau nak describe macam mana feeling setiap kali aku nampak ko. Tapi aku rasa something. Kekadang tu aku rasa ko dekat sangat. Tu yang aku terus buat solat istikharah. Lama jugak aku buat sampai aku yakin nak tanya kau hari ni. Alahamdulillah Allah permudahkan. Aku harap sangat lepas ni lebih dipermudahkan lagi untuk langkah yang seterusnya. Macam mana ye Mas? Say something. Apa plak yang ko rasa. Macam mana ko tanpa waswas senang je nak terima aku. Terkejut jugak aku. Aku takut sangat ko reject aku. Iyelaaa, orang mesti cakap dah giler ke buat macam ni. Tapi aku rasa aku tak boleh laa simpan lama-lama. Merana rasanya. Dan harini aku nak jugak clarify dan sanggup terima apa saja jawapan ko. Tapi camni jadinya. Tak sangka yang teramat sangat.
Mas: I think my answer is simple. Why I should say no when he ask me towards marriage? Married which is to have own family. I never expect that question because a man always ask for couple; being girlfriend and boyfriend. Memang decison paling besar aku pernah buat. Tapi paling matang paling waras aku cuba buat. Korang pon tau aku punye perangai yang ting tong kadang-kadang macam budak kecik pon ade.
Adam & Syuk: Alhamdulillah.
Mas: Tapi aku ade satu permintaan.
Adam: Apa dia?
Mas: Aku taknak jumpa or contact ko lagi pasni unless ko nak datang jumpa parents aku terus. Boleh? Means ni yang last. Dan aku taknak tunggu lama-lama.
Syuk: Amboiiii tak sabaq nooo.
Mas: Bukan aku ni tak sabar. Tapi aku taknak layan perasaan entah pape ko tu nanti. Senang cerita biaq laa aku start cinta ko pas nikah.
Adam: Aku memang suka kalo lagi cepat. Hahahaha. Aku betul-betul sayang ko Mas. Serius.
Mas: Laaaa sapa plak kata ko tak serius ni? Ade ke?
Adam: Hihihihi. Takde laa. So, bile aku boleh anta rombongan meminang, tunang dan sebagainya?
Mas: Aku nak simple je boleh? Taknak laaa yang ikut adat yang macam-macam tu. Kita ambil yang wajib je. Datang meminang tu haruslah. Then, tetapkan tarikh nikah and keduri kesyukuran saja. Takyah laa tunang tu. Banyak belanja nanti. Yang penting restu family kita, dan berkat walimah tu sendiri.
Adam: Ya Allah, ni yang aku lagi sayang bakal isteri aku ni. Aku suka sangat cara kau tu! Aku tak sangka ko lah perempuan pertama yang paling simple tapi sweet! Betul tak Syuk?
Syuk: Haah! Betul-betul! Untung ko Adam! Tak payah nak serabut macam-macam. Buat yang wajib je. Betul sangat.
Mas: Nanti aku cerita dengan my parents dulu. Pastu, your family boleh datang dan diskus benda yang lain pasal tarikh ka, mas kahwin ka, hantaran ka and so on. Don't tell them anything after this. Aku yang akan slow talk nanti.
Adam: Thank you Mas! May Allah ease our journey.
Mas: InsyaAllah.
Syuk: Aminnnnn. Haishhhhh tak sabar aku nak kecohkan!
Adam &G: Hoiiiiiiiii! Berani laa ko!
Mas: Jangan weyhhh! Please, tunggu aku edar kad. Biar semua rahang jatuh. Ko zip dulu mulut ko untuk few months ni. Few months? Oh, I don't want months but a month.
Syuk: Barakallah koranggggg! Hahahaha. Mas, banyak lagi cerita behind the scene. Tapi nanti ko study laaa pas nikah nanti ye.
Adam: Hoiiiii. Udah-udah laaa tu. Nanti tak surprise.
Mas: Surprise-surprise laa. Ni tak cukup lagi ke nak surprise? Sakit jantung aku ni haaa! Kalau laa ko tahu bagai nak meletup rasanya. Hahahahaha.
Adam: Ada banyak lagi surprise. Tunggu ok. Jangan pecah lagi. Nanti duda laa aku. Hahahaha.
Syuk: Ah sudahhhhh! Dah start ting tong budak dua ketol ni. Kang aku pon mereng. Eh, aku nak kena amek adik aku balik tuisyen ni. Jomma Adam. Lama dah kita melepak kat umah Mas ni. Hujan pon dah reda tu.
Adam: Iye laa. Mas, cepat-cepat gitau your parents ok. Kitorang mintak diri dulu.
Mas: Ok. Elok-elok jalan.
Syuk: Thanks Mas. Bye.
Adam: Alamakkkkk acanor ni?
Mas: Apesal plak?
Adam: Pasni rindu nak buat ape kalau tak boleh nak contact, tak boleh jumpe?
Mas: Helloooooo. Sebelum ni ok je. Tak pernah contact pon sampai laaa sekarang.
Adam: Alaaaa masa tu unknown status. Syok sorang-sorang je. Skarang ni dah in a relationship.
Mas: Jangan nak banyak bunyi! Dah-dah merepek tu. Syuk, cepat bawak dia balik!
Adam: Hey menghalau bakal suami ni!
Mas: Babaiiiiii.
Adam: Assalamaualaikum cinta. Love you! Hahahahahahahahahaha

Waalaikumussalam. Jawab dalam hati. Muka naik kembang je rasa nak senyum. One step ahead. Tell mak and abah.














*******************************************************************


p/s 1: sape nak cerita ni bersambung? nak sambung yang bagaimana? Sedih? or live happily ever after?



p/s 2: Tak sia-sia hobi berangan-angan aku selama ni. Bergabung dengan cerita, pengalaman, dan kisah benar pastu gilap sikit memang aku boleh jadi penulis novel cinta. Puihhhhhhhhh. Tak payahhh! Ni just suka-suka je.







3 comments:

Faaeinz said...

Oi cimot.. ni kisah bebenau ke apa?

haha.. kasi sambung weh.. jangan tak sambung.. Aku nak happy ending je. haha..

pergh.. memang ada kelas jadi penulis novel cintan cintun ni.. haha..

Kira Sakura said...

eh macam kisah benar je nie? kalau kisah benar nak doakan moga dipermudahkan urusan amin ;)

ZA said...

hahaha styleee. sambung ikut apa yg hg plan weh!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...