Monday, April 28, 2014

E-X-A-G-G-E-R-A-T-E

assalamualaikum dan salam sayang


Agak keterlaluan. Tapi nak cakap ape lagi? Memang pon. Setiap kali aku masuk sikit, nahhhh dia potong tokok tambah lagi memang terlalu keterlaluan padaku. Paling tak boleh blah, takmo kalah. I know some how anda seorang yang lebih berpengalaman dengan usia yang lebih tua. Tapi tak bermakna kau tak boleh kurang sesuatu daripada yang lain. Sometimes, there are things you're really don't know. Just say it "I don't know". Others won't care. Unless, just accept and won't blame at all. Tak perlu nak pretend and create your own story and make it like real.

Lepas tu berlagak hebat! Berlagak kaya! Berlagak laaa! Berlagak segala macam! Oh mencik sungguh!

Contohnya, kalau hidup susah, buat cara hidup orang susah. Cukup ape yang ade. Bukan rezeki lagi hendak merasa serba serbi. Tapi sebaliknya nak berlagak gaya orang kaya kalau boleh serba mewah. Bukan nak mencaci atau mengherdik. Tapi betul jugak pepatah melayu tu, "Biar ukur baju pada badan sendiri" bukannya "Biar papa asal bergaya". Padah akibatnya. Orang mampu pakai baju berjenama, takkan kau nak ikut jugak. Sedar diri cukup laa apa yang ada asal boleh diguna.

Kadang-kadang tu aku hairan laaa jugak dengan orang yang macam ni. Sebabnya nanti mengadu laaa tak cukup itu ini. Tapi kalau dengan cara kau yang ikut hawa nafsu tak menentu sampai sudah pon takkan pernah cukup tahu?

Itu satu hal. Ada yang lebih hairan lagi kekadang tu, gaya orang camni lagi over daripada orang yang kaya-raya. Perghhhhh. Orang biasa pergi pasar tani pakai t-shirt seluar track sudah memadai. Nak smart sikit pakai seluar slack or jeans. Tapi golongan ni pergi pasar tani macam pergi candle-light dinner. Make-up, lipstick merah mak ngah, floral dress lengkap skali dengan wedges. Kalu buat permohonan kat jabatan kebajikan masyarakat siapa yang percaya kalu tengok dari segi pemakaian yang macam tu? Susah nak percaya dibuatnya. Musykil!

Aku tak tujukan pada sesiapa. Ni secara general. Sebab banyak situasi sekeliling yang membuat aku terpukul untuk mengulas isu ni. Tapi kalau terasa lagi bagus! Dah tu berubah! Tak payah nak sentap! Sebab tak ade benefit nak sentap bagai. Kesimpulannya, kalau tak mampu buat lah cara tak mampu. Tak payah nak ikut orang. Masing-masing ade rezeki masing-masing yang Allah dah tentukan dan tetapkan. Bersyukur.



Sekian.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...