Assalamualaikum
Berbalik kepada tajuk aku yakni "Kuku panjang umpama menyimpan najis". Bunyinya agak jijik. Hakikatnya benar sama sekali. Aku tertarik dengan satu kenyataan tanpa nama;
"Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala."
Aku takde laaa nak cakap yang mak-mak kuku panjang ni sebab musabab utama anak jadi degil atau bodoh. Tapi aku nak sentuh sedikit secara logik, fakta dan contoh.
Aku tak pernah untuk terfikir benda sekecil ini memberi impak yang sangat besar dan nyata. Aku akui aku pernah juga menyimpan kuku sebab cantik pada pandangan dan atas tujuan tertentu. Tapi setelah beberapa kali aku terbaca fakta yang "Menyimpan kuku yang panjang umpama memelihara sekadang babi!!!". Mahu nya aku tak potong kuku aku laa tu juga. Sanggupkah kita untuk membuat perkara yang sama sekali kita takkan buat? Ohhhh jangan laaaaa berniat sekali pun nak menyimpan kuku panjang walau 1mm hatta satu jari sekali pun. Ya, ada yang kata, "Aku tak simpan kuku panjang pon. Cuma hok kelingking ni je aku simpan sebab dia hok hujung tak ganggu pun". TAK PAYAH! Masih dalam konteks yang sama yakni menyimpan kuku panjang.
Logiknya pula, jari kita ni tanpa henti bekerja buat segala macam daripada sebersih-bersih kerja sehingga yang terkotor. Contohnya, masak, membasuh, mengemas, menyapu, mengorek hidung dan membasuh najis. Cuba bayangkan dengan kondisi kuku panjang, sama sekali tidak mustahil sisa kotoran atau kuman boleh tertinggal pada kuku dan tak nampak pada mata kasar. Sesudah itu, tangan tu digunakan untuk suap makanan yang kemudian jadi darah daging. Kemudian, ada la yang tidak sihat berikutan daripada makan makanan yang konon dikatakan tidak bersih. Bila difikirkan kebersihan yang bagaimana dimaksudkan?
Contoh yang aku nak bawak ni pulak ialah mak dan abah aku sendiri. Aku perasan mak dan abah memang menjaga kuku. Pantang panjang sikit, cepat saja potong. Abah sangat pantang kalau ade kuku anak-anak dia yang panjang. Tu memang aku ingat sampai sekarang sehingga cucu dia sendiri dia akan tegur. Katanya kuku panjang ni dah macam rimau ke hape. HAHAHAHA
Aku harap sangat kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sesiapa sahaja (secara umum) jagalah kuku dengan jangan sesekali dibiarkan panjang. Nak dapat yang sunat, setiap kali hari Jumaat mesti potong. Mungkin apa yang aku ulas ni tak terjadi pada mana-mana ahli keluarga kalian, tapi Allah dah cakap yang dia suka akan orang yang menjaga kebersihan. Tak susah pun kan. Biarlah orang cakap kuku kau pendek tak cantik ke hape ke. Lantak pi laaaa. Asalkan kau ikut cara Dia. Kepada yang bujang, nak cari bakal suami atau bakal isteri, carilah yang berkuku pendek. InsyaAllah dikurniakan keluarga yang harmoni dalam kebersihan.
p/s: just my 2cent. up to you. peace.
1 comment:
Satu tazkirah yang sangat bermakna.
Biarpun nak mudah tapi jika tak menjaganya memang boleh memudaratkan.
Post a Comment