Tuesday, August 28, 2012

memperkenalkan CIMOT JUNIOR!


assalamualaikum dan salam sayang.

ini ialah cimot!
cimot cun! hahaha.

masih kenal lagi kan?
yes, cimot!
cimot comot katanya.

and now presenting
CIMOT JUNIOR!
dia bakal mewarisi bakat2 gua next time.. hahaha.
(tak payah next time, sekarang pon dah sebijik je gaya dia macam aku.)




p/s: mood giler! 



Sunday, August 26, 2012

siri STOKIN and babies #12: raya tahun ni biasa je


assalamualaikum dan salam sayang.


haiiiii. selamat hari raya kengkawan. jom beraya!
emmmmm nak cakap pe lagi ea?
em em em em em







eh korang tolong letakkan caption yang sesuai laaa.




p/s: xde idea nak letak caption ape.

Saturday, August 25, 2012

nyah kau teman lelaki, sebab aku ada family


assalamualaikum dan salam sayang.



ku susuri jalan ini,
jalan penuh liku berduri,
sakit hati usah bicara lagi,
rawat sendiri boleh teruskan kembali.

lalu terus ku susuri jalan ini lagi,
tanpa aku pernah peduli,
tanpa aku rasa serik lagi,
aku setia dan percaya pada diri.

namun manusia ada limitasi,
tak mampu atasi,
minta permisi undur diri,
kelak sebelum lebih terluka lagi.




aku tak faham situasi aku sekarang ni.
sepanjang aku kenal kau laaaa kan......
gaduh elok balik. pastu gaduh lagi elok balik.
sepanjang kita gaduh tu aku tak pernah buang ko. tapi ko yang selalu buang aku.
ko buang no fon aku. selalu.
tapi aku tak pernah sekali pon.
dan last sekali kau kata aku yang buang kau.
kau kata aku tak pernah wujud dalam hidup kau.
kau kata anggap lah kau sudah di liang lahad.
dan macam-macam lagi yang kau kata.
pekejadahnya weyhhh?
ahhhh sungguh kau gila!
sekarang ni sungguh aku benci gila kat kau!
dan untuk pengetahuan kau,
mak dan abah aku pon tak suka kau! sebab kau terlalu cemburu buta.
bodoh!




p/s: sori entry emo jer laaa ni.



Friday, August 24, 2012

Dahulukan Ganti, Sebelum Puasa Sunat Syawal

assalamualaikum dan salam sayang.

tazkirah hari jumaat: sampaikanlah walau sepatah.



♥ Khas Buat Wanita ♥

1# - Perlu diketahui, bahawa tidak boleh mendahulukan puasa Syawal sebelum mengqadha’ puasa atau membayar hutang puasa.


Yang betulnya adalah puasa qadha’ dahulu, lalu baru diikuti dengan puasa Syawal. Jika kita mendahulukan puasa Syawal dari qadha’, ia sama saja seperti kita mendahulukan yang sunat dari yang wajib.



2# - " Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh "

- Maksud Hadis Riwayat Muslim

Untuk mendapatkan ganjaran seperti puasa setahun ini, puasa Ramadhan haruslah dirampungkan secara sempurna terlebih dahulu, baru diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal.



3# - Seseorang itu juga tidak mengetahui apakah dia akan terus hidup. Oleh itu, yang wajib (hutang puasa) perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Selain itu, amalan yang wajib adalah amalan yang lebih dicintai dari amalan yang sunat.

Ini berdasarkan maksud hadis berikut :" Tidaklah hambaku mendekatkan diri pada-Ku dengan amalan WAJIB hingga aku mencintainya "

- Riwayat Bukhari



4# - Kata Abu Bakar ash-Shiddiq,

" Sesungguhnya Allah azza wa jalla tidaklah menerima ibadah nafilah (sunnah) sebelum ditunaikannya ibadah yang fardhu."

- Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah 8/145

Sa’id bin Al Musayyib berkata mengenai puasa sepuluh hari
(di bulan Dzulhijjah),

" Tidaklah layak melakukkannya sampai memulainya terlebih dahulu dengan mengqodho’ puasa Ramadhan. "
(Diriwayatkan oleh Bukhari)


#5 - Adapun riwayat dari ‘Aisyah -radhiyallahu ‘anha- yang menyebutkan,

" Aku dahulu masih punya hutang puasa dan aku tidak mampu melunasinya selain pada bulan Sya’ban "
(HR. Bukhari no. 1950)

Aisyah menunda qadha’ puasanya ini kerana kesibukan beliau dalam mengurus Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini sebagaimana dikatakan oleh Yahya dalam Shahih Bukhari. 


 #6 - Fatwa 3 Imam Mengenai Wajib Mendahulukan Puasa Ganti :-

1) - Fatwa Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin rahimahullah:

Pertanyaan :
Jika seseorang puasa 6 hari Syawwal sebelum menyelesaikan qadha’, apakah puasa 6 hari Syawwal tersebut bermanfaat dan mendapat ganjaran?

Jawapan :
Tidak, tidak bermanfaat. Kerana Nabi s.a.w bersabda :

" Barangsiapa puasa Romadhon kemudian mengikutinya dengan mengerjakan puasa 6 hari di bulan Syawwal .. "

Dan telah maklum bahwa orang yang masih memiliki hutang puasa Ramadhan tidaklah dikatakan bahwa dia telah selesai mengerjakan puasa Ramadhan.

Misalnya jika ia punya hutang 10 hari, apakah boleh dikatakan bahawa ia sudah selesai mengerjakan puasa Ramadhan? Tidak, tapi dikatakan bahwa ia sudah mengerjakan SEBAHAGIAN puasa Ramadhan, iaitu 20 hari.

Oleh kerana itu hendaklah ia memulakan dengan mengqada’ dulu baru setelah itu ia mengerjakan puasa 6 hari Syawwal. Seandainya ia memulai puasa 6 hari dulu sebelum mengqadha’,

maka tidak akan diberi dengan ganjaran yang dijelaskan oleh Nabi s.a.w, iaitu bahawa :

" Barangsiapa puasa Ramadan kemudian mengikutinya dengan mengerjakan puasa 6 hari di bulan Syawwal, maka seolah-olah ia puasa selama setahun " - diriwayatkan oleh Muslim.
[Sumber : Fatawa al-Harom al-Makki 1410, kaset no. 7]


2) - Fatwa Syaikh Albani rahimahullah:

Pertanyaan :

Apakah bagi orang yang ingin berpuasa 6 hari di bulan Syawal disyaratkan untuk mengqadha’ puasa yang ditinggalkan pada bulan ramadhon terlebih dulu?

Jawapan :

Ya, kerana sesuatu yang wajib itu harus didahulukan daripada sesuatu yang sunnah. Dan kerana manusia itu tidak memiliki dirinya dan tidak mengetahui sampai bila akhir umurnya.

Terkadang ajal itu datang kepadanya dalam bentuk yang terbaik, akan tetapi ia sedang dalam keadaan yang buruk, iaitu ajal mendatanginya ketika ia sedang berpuasa hari di bulan Syawal

tetapi ia mati dalam keadaan berbuat maksiat kerana ia belum mengqadha’ puasanya yang wajib, padahal puasa Syawal itu hanyalah puasa tathowwu’ (sunnah).

Mungkin engkau ingat perkataan yang ada dalam sebahagian kitab Atsar, kemungkinan di Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah. Akan tetapi yang aku ingat secara yakin perkataan tersebut ada dalam kitab Fatawa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah,

iaitu perkataan Abu Bakar ash-Shiddiq radhiayllahu anhu, beliau berkata –yang maknanya- :

“Sesungguhnya Allah azza wa jalla tidaklah menerima ibadah nafilah (sunnah) sebelum ditunaikannya ibadah yang fardhu.” *

Syaikh bertanya : Engkau ingat atsar ini?

Penanya menjawab : Atsar yang anda sebutkan itu terkenal, akan tetapi aku tidak tahu keshahihannya, apakah atsar tersebut shahih?

Syaikh menjawab : Saya yakin atsar tersebut shahih.

Kemudian atsar ini hanya sebagai penguat, kerana seandainyapun kita belum tahu tentang atsar ini secara mutlak atau kita telah mengetahui bahwa sanadnya dha’if, maka tidak mengurangi apapun kerana perkataan (tentang puasa Syawwal) yang saya sebutkan tadi telah mencukupi.
[Sumber : Silsilatul Huda wan Nur, kaset no. 753]
* Lihat : Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah 8/145 – al-Maktabah asy-Syamilah, -pent.


3) - Fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah:

Pertanyaan :
Apakah boleh puasa 6 hari di bulan Syawwal sedangkan saya masih punya hutang puasa Romadhan?

Kerana saya memiliki keinginan yang kuat untuk mengerjakannya, akan tetapi saya tidak mampu mengqadha’ dikeranakan sebab tertentu seperti belajar dan yang semisal itu dan juga urusan rumah tangga.

Mohon beri kami petunjuk, jazakamullah khairan.

Jawapan : Yang wajib adalah mengqadha' dulu sebelum mengerjakan puasa 6 hari Syawal. Janganlah engkau puasa 6 hari Syawwal melainkan sesudah menyelesaikan qadha’,

berdasarkan sabda Nabi s.a.w :

" Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan mengerjakan puasa 6 hari di bulan Syawal…”

Jadi barangsiapa yang punya hutang qadha’ bererti puasa Ramadhannya belum lengkap, maka ia wajib mengerjakan sisanya dan puasa syawwal 6 hari adalah setelah puasa Ramadhan tersebut.

Maka yang wajib adalah mengqadha' dulu baru kemudian puasa 6 hari Syawwal.
[Sumber : Fatawa Nur ‘ala Darb, kaset no. 918]



kesimpulannya, kita perempuan ni dah siap ganti baru lah boleh nak puasa sunat. qada' puasa itu adalah wajib dan puasa 6 Syawal itu adalah sunat.


SELAMAT BERPUASA.



p/s: selamat beramal.



Thursday, August 23, 2012

DAMN IT!


assalamualaikum dan salam sayang.


hidup ini tak selalunya indah,
dan langit pon tak selalu cerah.

biar kau setia macam mana sekali pon,
akhirnya kau kena tinggal jugak kan.

tapi mane ade life yang ko nak manis je,
mesti laaa ade pahit masam masin juge.

pastu kena laa amek risiko dulu,
baru laaa tahu how cool is you.

eh, jadah gua merepek tatkala semua orang bersuka ria di hari raya? boleh pulak gua nak bermadah pujangga dengan falsampah-falsampah sememangnya takyah laaa korang nak ambil kisah. sebab ni hanya kisah resah. haishhhhhh pasrah gua dengan segala yang mendatang. tapi pasrah bagaimana sekali pon, gua sebenarnya sedang berada dalam situasi amarah, meluat dan menyampah! 

dikala semua orang lihat gua dalam senyum tawa, siapa yang menduga batin dan jiwa tersiksa? siapa yang sangka? tiada siapa yang sangka. cisssss gua memang frustrated laaaa ngan laki ni! sungguh gua frust! gua jujur macam mana sekali pon, laki tu tak pernah nak trust. so, takyah laaaaa. sebab trust tu one of the pillar in a relationship. no trust, usah mimpi laa der sebab mak gua tengok how your trust to her daughter. FAIL!

mak gua; ahhhhh biarlah dia! dia lelaki paling rugi sebab taktau menghargai anak mak ni!



IT'S OVER!




p/s: tapi gua percaya jodoh Allah tu!


Wednesday, August 22, 2012

meliahnya laye... SELAMAT ALI LAYE!

assalamualaikum dan salam sayang.


dah masuk raye ke-4 rupenya. perlukah gua story? perlu? tak perlu? perlu? tak perlu? takmo laaaa. malas laaaa. raya kali ni yang sedang-sedang saja. bersederhana itu kan amat dituntut. dan raya merupakan tiket sebagai kemenangan setelah sebulan berpuasa. ecehhhhhh.

nah gua tepek sekeping dua keping tiga keping sampai tujuh keping jugak akhirnya. hak hak hak hak.









kesimpulannya, raya sememangnya meriah. pernah ke tak meriah?
*except for certain reasons



p/s: so ape special raye this time?



Saturday, August 18, 2012

yeayyyyyyy dapat kad raya!


assalamualaikum dan salam sayang.

teknologi serba moden ni, ade lagi ke akad raya yang bersampul letak setem dan pos tu? jawapannya masih ade! and i just got it! hahahaha. tak sangka plak kan. ecehhhhhh. (padahal ko mintak kat dorang kan?) eh mane ade laaaaa. memang dorang nak kasi laaaa. siap ade yang sponsor gitu.


 thank you to Hamzah Ian and Abu



p/s:  sape yang tak amek kad raya dari gua sila laaa amek kat entry bawah ni.



Friday, August 17, 2012

nah ! ku utuskan kad raya untuk kalian


assalamualaikum dan salam sayang.

yeaaaaaaaahhh. specially dedicated untuk korang semua. hihihihi. tak mampu laaaa nak beli kad, tulih-tulih ucapan, tulih alamat, pastu pi beratur pejabat pos, last skali entah sampai ke idak. useless. so, memang aku malas perkara remeh gitu. yang ni kompom korang dah nampak secara zahir. boleh laaa amek dan tempek kat belog korang plak. hihihihi.




* SHR & MZB tu "Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin". bukan me and ehem-ehem. hihihi



p/s: walau caner pon, kad raya yang bersampul tu lagi feel laaa.
dan aku dah dapat kad raya!
nanti aku tunjuk.



Sunday, August 12, 2012

exam raya

assalamualaikum dan salam sayang.




ini bukan slip mengundi ka hapa. ni slip nak masuk exam. eh. tak sabarnya nak abeskan exam. sebab boleh balik kampung awal. yeayyyyyyyy





okehhh come on!
susah-susah dulu, senang-senang kemudian.
pecah kepala hotak dulu.
raya nanti cantum la balik kan.



p/s: doakan untuk aku 44kali.
mudah2han aku senang jawab exam.
T_T

Saturday, August 11, 2012

Gua Rock Gua Beriman

assalamualaikum dan salam sayang




ape citer? saat akhir kian mampir.


jangan kelak kau akan rindu dan belum tentu lagi akan ketemu. ya Ramadhan.

okeh layankan saja video PART 2 Gua Rock Gua Beriman ni. special from team GATEM. memang terbaik!




p/s: okeh jom pecut 10 malam terakhir ni!!



Wednesday, August 8, 2012

Saturday, August 4, 2012

CINTA KITA YANG TIDAK KESAMPAIAN

assalamualaikum dan salam sayang.



yes! we do our best, but Allah decides the rest.

PERHATIAN! ATTENTION!

ini kisah benar seorang teman aku. bukan rekaan semata-mata. bukan cerita doktor cinta atau novel cinta yang aku cuba adaptasikan. oh tidak sama sekali. dan aku tak pernah terlintas peristiwa seperti ini akan terjadi pada orang di sekeliling aku.

**********************************************************************************

hati ini tiada siapa yang paksa. hati ini memang tidak boleh dipaksa-paksa. hati ini juga yang merasa. siapa tahu suatu hari nanti hati ini bisa kecapi nikmat cinta. tiada siapa juga yang sangka hati ini kecewa akhirnya. itulah hati. tiada sesiapa bisa menduga apa jua pengakhirannya. kita manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

aku bukan lesbian kerana tiada hadirnya lelaki istimewa dalam kehidupan. dan bukan juga kerana lelaki yang tidak tampan aku masih bersendirian. tetapi aku belum bersedia untuk hidup berpasangan(couple). malahan, dalam sejuta kaum Adam di atas muka bumi ini tiada lagi yang bisa menggetarkan naluri keperempuananku. aku mahu mengejar sejauh mana impian yang bisa digapai. kalau boleh sehingga ke menara gading. aku nak mak dan abah tersenyum ke telinga melihat anak bongsunya berjaya di dunia insyaAllah di akhirat jua. aku redha dengan ketentuan Tuhan dan aku sangat yakin dengan jodoh yang sudah ditentukan. insyaAllah, tak ke mana.

itulah kuasa Allah yang tidak terjangkau dek akal fikiran. di saat aku bersendirian ini lah kau hadirkan seorang lelaki yang benar-benar menyayangi diri ini. dan dalam diam tanpa sedar rupa-rupanya lelaki ini sudah sekian lama mengenali diri ini. siap menyulam angan-angan untuk bersama. oh! orang dekat sahaja. tidak jauh rupanya. tapi yang mana satu ya? tak dapat aku bayangkan yang mana satu si dia. tidak pernah pula aku sangka diri hina ini ada yang sudi menghulurkan salam perkenalan. aku rasa tiada salahnya sekiranya aku sambut huluran salam si dia. tiada niat apa-apa. cukuplah sekadar bersahabat. tidak mahu menaruh sebarang harapan pada permulaan. orang kata biar kawan beribu, tapi kekasih hanya satu. so, kekasih yang satu itu datangnya dari kawan beribu. kenal hati budinya dahulu baru kita tahu. tak kenal maka tak cinta ye tak?

ta'aruf demi ta'aruf. tidak pernah jumpa tidak pernah berbicara. hanya kata-kata penghubung rasa. sebulan. masuk dua bulan. masuk tiga bulan. ya! dia lah yang tersemat di jiwa. di hati ini sentiasa bertakhta. aku tidak ragu lagi. kawan yang menjadi pengantara juga sudah memberi kata pasti. si dia bukan main-main dalam soal hati. tetapi serius mahu aku dijadikan isteri di sisi. cerita lalu benar-benar mengajarnya. kekasih hati bukan pada rupa secantik puteri, tetapi budi pekerti yang tulus suci, hati ikhlas tanpa rasa meninggi diri dan sopan santun hiasan peribadi yang sejati. aku pula terima dia seadanya walau indah khabar daripada rupa. kisah lama biarlah menjadi sempadan. tak perlu aku cerita di sini. hanya aku, dia dan Allah saja yang tahu. biarlah aku kenal kau yang versi baru.

dia lelaki yang kaya. bukan sekadar kaya harta, malah kaya budi bahasa. aku tak pandang harta itu semua, yang penting agama. bila mana dia lah yang bakal menjadi nakhoda. aku pula hanya perempuan biasa. tiada apa yang istimewa. cukuplah sekadar didikan agama yang diterapkan sejak kecil. pandai membawa diri walau ke mana jua. aku tak tahu apa yang menariknya aku pada matanya. itu lah cinta pandang pertama katanya. hahaha. sungguh kau memang pandai bermain kata. bisa bikin hati mana-mana wanita cair bak ketulan ais dipanah matahari.

hadirmu dalam hidupku benar-benar membuatkan hari-hari mendatang sungguh bermakna. terasa diri ini sungguh dihargai. aku sangat berharap kau lah yang pertama dan kau juga yang terakhir. tiada kedua mahupun ketiga. aku sayang kamu sangat-sangat. tapi aku pohon kemaafan kerana satu penantian. aku tidak bisa untuk melayar bahtera bersamamu tika ini. usia yang masih muda dan cita-cita masih di takuk lama. aku perlu lunas janji mak dan abah dulu. tiba masa dan saatnya kita pasti akan bersama.

ya. kau hormati keputusan aku. kau juga setia menanti. memandangkan niat aku yang suci. bukan untuk sesiapa. tetapi bakal mertua. arghhhhh. kau bercanda lagi. macam mana aku tak sayang kau? haishhhhh. kau bikin tidur malam aku tidak lena saja.

sedar tak sedar hampir setengah tahun juga kita menyulam rasa sayang. walau macam mana dugaan yang tiba, kita cuba tepis jauh-jauh dan selesaikan bersama. tiada masalah di dunia ini yang tidak boleh diselesaikan. pokok pangkalnya kita perlu cari jalan penyelesaian.

ketika kasih bersemi. makin hari makin sayang. rindu padamu sering saja bertamu. tiba-tiba kau duga pula hubungan ini. ada satu perkara yang kau rahsiakan dari aku. kau tak jujur. alasan kerana kau takut aku akan tinggalkan kau kerana tidak dapat terima kelemahan diri kau. sama sekali aku tak boleh nak terima alasan kanak-kanak kau itu. sebab awal-awal lagi aku dah terima kau seadanya. sudah berkali-kali aku ingatkan kau betapa di dunia ni tiada manusia yang sempurna. hatta aku sekali pun.

aku tidak puas hati. aku desak dia agar beritahu perkara yang sebenar. sesudah itu dia mengalah jua.


"abang mengidap kanser tulang stage 3. dah lama. before kita kenal lagi"
apa? lidah kelu. hati beku. jasad kaku. kenapa aku begitu bodoh sekali? kenapa aku tak sedar dari awal lagi? maksud aku, kalo tahu lebih awal boleh aku sama-sama tolong untuk mencari ikhitiar. sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan perasaan. setelah aku timbang-timbang dan flashback semua sms aku dan dia, baru aku perasan dia selalu cakap dia tak sihat, mc, pergi hospital. apabila ditanya katanya demam biasa sebab kena hujan selalu. walau hati rasa was-was, tapi aku perlu yakinkan diri. he's ok. but now, the fact he's not ok at all. Ya Allah. luluh sungguh hati aku saat dan tika itu. macam-macam yang aku bayangkan.

seusai itu, aku tak nafikan setiap masa aku akan fikirkan bagaimana aku tanpamu? mampukah aku? ya, aku tahu maut itu hanya Tuhan saja yang tahu. tapi bagaimana lagi harus aku tepis? sedangkan hakikatnya kau sememangnya sedang sakit.

setiap hari mendatang ku rasakan sangat perit. umpama aku menghitung hari untuk kehilangan akan dikau. ya maksudnya, terbit matahari hari ini umpama tiada lagi suasana itu esok hari. begitulah yang aku lalui tiap-tiap hari. ku teruskan tabah hati ini. aku cuba untuk berlagak biasa. aku cuba untuk kelihatan gembira di sebaliknya amat tersiksa.

untuk beberapa bulan. tiba-tiba kau katakan untuk mencuba satu ikhtiar. syukur alhamdulillah. lega sangat-sangat dan mudah-mudahan akan kembali normal semula. sebelum itu, kau meminta untuk berbicara dengan ku buat pertama kalinya. ya buat pertama kalinya. kerana sms saja penghubung bicara selama ini. tanpa sebarang penafian lantas aku terima. akan aku tunggu panggilan telefon daripada si dia.

pada 21 March 2010,

aku dikhabarkan,

"arwah sudah tiada"

itulah pengakhirannya. pengakhiran yang penuh penyesalan kerana panggilan telefon yang tak kesampaian. sungguh aku menyesal. aku telah silent mode telefon aku malam tu. entah kenapa. memang keesokan harinya aku lihat ada beberapa panggilan telefon antarabangsa. dan aku yakini itu adalah dia. dia sudah berjanji akan menelefon sebaik sahaja hendak memasuki dewan pembedahan. itulah sudah ketentuan yang aku tak berkesempatan untuk bersamamu.


kini,

segalanya tinggal kenangan manis buat aku. apa sahaja impian yang kita bina hanya mimpi yang tak kesampaian. adakalanya aku harap masa dapat diputarkan kembali. apa yang mungkin aku lakukan? aku nak minta yang perkenalan kita tak pernah terjadi atau wujud sama sekali. sebabnya sekarang ni aku tak dapat melupakanmu walau seribu yang datang serupa akan dirimu. cuma aku harap aku akan bertemu dengan lelaki sebaik mu. dan saat itu, aku akan cuba untuk melupakanmu. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mu.



wahai teman, aku harap kau sentiasa tabah dan terus tabah. ya! aku tahu cakap senang, tapi nak melaksanakannya bukan senang.




p/s: tunggu sambungan seterusnya.


Friday, August 3, 2012

Najwa Latif - AdaMu


assalamualaikum dan salam sayang.


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Untuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Tika aku jatuh
Kubangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu
Disisiku selalu
Bantulah hambaMu
Mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


p/s: nice song!


Wednesday, August 1, 2012

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

assalamualaikum dan salam sayang.



salam Ramadhan 'alaikum. alhamdulillah hari ni sudah masuk hari ke-12 berpuasa. dan syukur juga kerana Allah bagi aku kekuatan untuk menjalani setiap hari berpuasa dengan jayanya. jaya yang aku maksudkan buat masa ini cukup lah puasa makan minum yang paling utama dan sedikit sebanyak cuba tingkatkan amalan-amalan sunat. 

Ramadhan kali ni, agak berbeza dengan Ramadhan sebelum ni. dan sedikit sebanyak mengajar aku menghargai Ramadhan lalu. insyaAllah berazam untuk mempertingkatkan kualiti Ramadhan. ya, aku cuba untuk kecapi nikmat sebenar Ramadhan tu.


coretan pertama; home sweet home

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. my first day puasa could be celebrated with my beloved family at hometown. it such a big day for me since i hadn't been home such a long time. lama giler rasanya tak balik rumah. since semester break haritu lagi rasanya. semua gara-gara dah terikat contract kerja part time kat mahallah office. yelaaaa. last aku balik hari tu dengan Hamzah Ian

as a conclusion, puasa pertama berada di rumah adalah satu permulaan yang sangat memberi semangat pada aku. entahlah. aku memang macam tu. dapat je balik rumah, semangat aku tu seolah-olah membuak-buak dengan jayanya secara automatik. itulah aku! SEMANGAT KE-RUMAH-AN. hahahaha. rumahku syurgaku. ecehhhhhh. 

first day bukak puasa makan special homemade nasi ayam, puding jagung, puding markisa, serunding daging dan air oren twister. super awesome! sahur plak dengan chocodate! sedap sangat chocodate ni! aku siap mintak kat abah nak bawak balik 2-3 kotak. nak buat bekal sahur kat UIA. hahaha. konon laaa nak bersahur. jarang aku bersahur. aku before tidur pukul 2-4 pagi tu aku dah siap-siap bersahur takut tak terbangun sahur. ambik 2-3 biji kurma dan minum air. enough. kalau rezeki baik dapat jugak makan nasik. tengok laaaa caner. ritu memang aje rezeki dapat nasi arab dari member foreigner kat surau. nasib laaaa.

Hadis riwayat Ahmad: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.

tak lupa juga my others family; my cats. hahahaha. depa pon meraikan bulan penuh barakah ni. haaaaa. mesti tak caye? tapi itulah hakikatnya. macam Stokin (mak anak-anak kucing ni) dah biasa dah pon. almaklum dah berpengalaman. hahaha.




first day puasa: bukak pintu je pepagi, my babies dah bising mau makan..

tp mak cakap "eh, puasa laaaa hari ni"

hahaha..kasihannn..

 muka simpati

 sob sob sob. tak dilayan.

 end up tido je laaaa.

ciki: penangan first day puasa hari ni..
fuhhhhhh.. mmg fenat.. nasib baik air dalam baldi tu ade..

cehhhhh..





terer kan my mak? mak train depa ni supaya familiar ngan jadual puasa jugak. hahaha. 







bukak puasa with workmates.

coretan kedua; bekerja sambil belajar
pertama kali aku berkerja di bulan puasa ni. sementara contract tak habis, tu yang kena kerja juga walaupun puasa. eh lupaaa! aku kerja jadi cashier kat Carrefour tu. Carrefour mane jangan tanya aku. hahahaha.  siang pi kelas, malam pi kerja. camtu laaa rutin aku tiap-tiap hari. sebenarnya.....alahaiiiiii. rasa tak normal plak. sebabnya, aku kerja shift malam. dan pada sebelah malam tu lahhhh kan nak rasa nikmat Ramadhan yang sebenar; TARAWIKH! tapi apakan daya, masuk kerja tiap-tiap hari pukul 7:00 malam dan balik pukul 12:00 malam. almaklum saja laaa tak dapat pi masjid untuk bertarawikh berjamaah. tak dapat nak menikmati suasana imam dan bilal bersalawat antara dua rakaat tarawikh tu; "Sollu 'alaihh" seronoknya sudah dapat ku bayangkan. walau bagaimanapun, semua tu tak menghalang aku untuk bertarawikh selagi waktu isyak tu ada. 

macam mak selalu pesan: "kerja-kerja jugak. tapi tarawikh jangan tak buat. buat laaa walau dua rakaat je pun. asalkan buat dan jangan tinggal. insyaAllah"

and i try to keep her word.
Hadith riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu”.
and sadis jugak sebenarnya kerja aku ni. pernah skali tu aku masuk dekat pukul 7 gitu. end up aku berbuka puasa dekat kaunter je. huuuuu. tapi nasib baik laaa customer semua jenis memahami. ade satu customer Cina tu berapa kali dia tanya aku dah bukak puasa ke belom. sebabnya dia risau takut jadi apa-apa kat aku. prihatin sungguh dia. hihihi. tapi sekarang ni aku dah takmau masuk before bukak puasa. alang-alang tu aku bukak puasa dan solat dulu. pastu baru laaaa masuk kerja. senang sikit ceritanya.

coretan ketiga; penutup
bukan coretan pon sebenarnya. tapi satu bingkisan gambar sebagai penutup coretan Ramadhan aku kali ni. aku pon tak ingat malam bila kaaa. aku temankan member aku yang nak singgah mcd. pastu, nampak laaa................

cuba perhatikan betul-betul ye! motor itu sedang drive thru! hik hik. comel.




eh, how come i can write all of these while? hmmmmm.
sekian coretan Ramadhan tika ini. tak pasal-pasal tahap kerajinan aku pada tahap almost full. tu yang rajin menulih pepanjang tuuu. haishhhhh. walaupapepon,
selamat beramal semua.






ok i'm done!
jom laaa join contest ni!
hadiah sangat menarik tau from shakiddo.com dan hazmanfadzil.com 

due date:
Rabu 08/08/2012 jam 11.59mlm




p/s: harap-harap dapat laaa duit raya.
uhuk uhuk.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...