bilakah doaku akan dimakbul?hanya Allah sahaja yang tahu.kita manusia hanya mampu merancang.namun Allah yang menentukan segalanya.
apabila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
firman Allah bermaksud [al-Baqarah:186]:"sesungguhnya ku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
apabila Allah lambat makbulkan doamu, Dia ingin mengujimu.
menurut al-Khatabi:"jika Allah tidak menjawab doa seseorang,Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantikannya dengan pahala."
apabila Allah tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
firman Allah bermaksud [al-Baqarah:216]:"boleh jadi kamu benci kepada sesuatu sedangkan ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka sesuatu sedangkan ia buruk bagimu.dan Allah jua Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak."
oleh itu, jangan sesekali pernah putus untuk berdoa.walau macam mana susah sekali pun, doa adalah ubat yang paling mustajab.
p/s: mari sama2 kita saling mendoakan.
6 comments:
:) jom!
jadi belajarlah ikhlas dan sabar..
good tazkirah
:)
miya: aja aja~~
azhar: betol!
cik peanut: thanx babe..
Very good post.
thanx=P
sharing is caring..
Post a Comment