Friday, March 21, 2014

DITURUNKAN HUJAN KERANA PELANGI BAKAL MENYUSUL

Assalamualaikum

Kepada yang tak mengikuti lagi kisah ni, sila baca PART 1 CINTA KITA YANG TIDAK KESAMPAIAN dulu.


Continued......

21 March 2014

Genap 4 tahun kau pergi. Walau seribu penyesalan masih tergantung, tapi aku tetap doakan kau bahagia di sana. Tak dinafikan aku rindu kau. Bagaimana mungkin untuk aku terus melupakannya. Kau lelaki pertama yang aku sayang, yang aku tangkap cintun walau tak pernah jumpa hatta suara pun aku tak dapat bayangkan persis siapa.

Aku move on. Aku biasa-biasa saja. Segalanya berjalan macam biasa. Bezanya sekarang aku sudah tamatkan pengajian aku. Aku bekerja sambil sambung belajar. ye! Aku sudah tamat belajar awak. Kekadang tu menitis air mata apabila terkenangkan janji kita dulu. Kau akan masuk melamarku seusai aku tamat belajar. Noktah. Cerita tu takkan pernah terjadi.

Aku kuat dalam pasrah. Hakikatnya aku lemah. 'Awakkkkkkk. Kenapa awak pergi tinggalkan saya?'



Al-Fatihah




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------






Manangis aku menaip entry ni buat kali kedua. Masa PART 1 dulu, usah cakap macam mana aku taip. Memang basah keybooard tu. Dan sampai saat ni aku takkan lupa setiap detik ketika dia kehilangan arwah. Aku sendiri yang rasa sebak yang teramat sangat. Sebab aku mengikuti setiap cerita dia. Dan kehilangan arwah tu satu tamparan yang sangat besar buat dia as the first love. Aku harap sangat kau jumpa jodoh dalam tempoh terdekat ni semoga kau lebih tenang. Aminnnnn





p/s: sungguh cepat masa berlalu.






2 comments:

iAmCekbolat said...

Aku taktahu mcm mna rasanya tapi aku sedih baca . Msti dia bangga kau dh hbis pngajian. dia tunggu kau di syurga nnt :)

Unknown said...

sabau naaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...