Pon! Pon! Pon!
Tiada siapa yang keluar menjengah. Nah! Lagi panjang dan lagi annoying!
PONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!
Dah macam loceng kecemasan dek kerana tiada sesiapa yang kelihatan menyambut kedatangan. Mungkin hampir hilang sabar barangkali.
Sejak tu lekat teruih nama Mak Cik Pon Pon. Mak cik yang kuat hon kereta jika tidak disambut akan kedatangannya. Walau bagaimanapun, setiap kali pamit ke sekolah tak pernah bertangan kosong. Ada saja laaa yang akan dibawanya sebagai penceria murid-murid di sekolah. Tak banyak pon, tapi cukup bermakna dan bermanfaat untuk mereka. Seorang yang tak pernah lokek. Setiap kali teringat, muncul lah ia bawak makanan sikit, bawak alat tulis sikit, bawak hadiah untuk ustazah laaa. Comel sangat!
Ada juga keletah yang mencuit hati. Datang ke sekolah, dikirimnya sekotak pencungkil telinga besi lalu dipesan kepada seorang murid,
"Nah ambil pencungkil telinga bernilai milion-milion".
Hahahahaha.
Dipanggil seorang murid lantas diserahnya satu naskhah Surah Yassin,
"Nah ambil Yassin ni. Jangan lupa akhirat".
Balik tu budak tu terus cakap kat ustazahnya,
"Seram pulak makcik tu cakap gitu tiba-tiba".
Ustazah hanya mampu senyum. Sudah masak dengan Mak Cik Pon Pon. Terima kasih Mak Cik Pon Pon. Setiap kali datang ade saja laaa cerita yang bakal menyusul menceriakan suasana.
No comments:
Post a Comment