Tuesday, January 29, 2013

i love you sooooooooooooooooooooooooo much!


assalamualaikum dan salam sayang.

i just wanna be like you; mak and abah.

abah gelak sangat kiut laaa..

ni lagi kiut! lebih kiut dari Haziq!

since the time; quantity is limited, make quality is unlimited. alahaiiiii. orang laen cuti panjang-panjang. gua cuti serupa orang banting tulang. baru je balik dari Lebir, dah kena balik UIA semula sebab ade tanggungjawab yang perlu dilunaskan. apa boleh buat. dah rezeki gua macam tu. 

ape yang terjadi? bagai sudah jatuh ditimpa tangga pula tuan hamba ni. dah laaa cuti sekejap. pahtu, balik je dari Lebir gua demam. teruk jugak laaaaa. demam+batuk+selesema+sakit perut. Allah Allah Allah. tak renti aku mengadu. biasalaaaaa. bila sakit baru laaa nak ingat Allah selalu. tapi syukurlah. sekurang-kurangnya satu peringatan untuk gua. dah demam teruk gitu ape saja laaa yang mampu gua lakukan. makan pon ikut laaaa bila rase selera. tidur? ni part yang paling payah. sebabnya hidung gua sumbat yang sangat kritikal. kalo tak buang, memang sesak nafas gua dibuatnya. susah nak tido oiiiii. pastu suhu badan tak menentu kejap panas kejap sejuk.

ade part yang paling suwittttt? haaaaaaaaaa. ade satu malam tu, gua rasa teruk sangat. gua rasa sakit sangat. gua pon pi laaa landing sebelah abah gua siap sarung comforter. lama-lama gua terus tertidur. tapi tidur-tidur ayam je laaa. orang demam bukan nya dapat nak tido lena selalunya. pahtu gua ade laaa terjaga bape kali.

mak: tengok simah tu.
abah: demam ke?
gua angguk-angguk je.
mak: cube pelok-pelok sikit dia tu. kot-kot cepat baek demam.
abah: meh-meh abah pelok. alahaiiii. tapi kejap je laaa. tangan abah ni lenguh.
gua senyum je walau sakit.

sampai ke subuh gua tidur situ. mak sanggup bentang tilam lain tidur bawah sebelah gua. gua terharu sangat. terus gua teringat cerita mak. katenye masa gua kecik-kecik mak kata bukan senang nak jaga gua. pernah mak tidur kat hospital buat beberapa malam sebab gua kena infection kulit. pahtu, kalo gua demam ke hape mak abah bergilir-gilir tak tidur malam. dan sekarang ni gua dah besar panjang pon mak abah masih jaga gua with their best! 

Allah! tak mampu untuk aku membalas jasa mereka! hanya doa yang tak pernah putus untuk mereka insyaAllah.


Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa kami (adik beradik), dan (dosa) kedua ibubapa kami, dan rahmatilah keduanya sepertimana keduanya mendidik kami pada waktu kecil.



Thanks mak dan abah!


p/s: tak puas laaa cuti ni.





Sunday, January 27, 2013

bolok mu!


assalamualaikum dan salam sayang.


imbas kembali

suatu ketika dulu, 
ketika gua dan lu selalu berbalas sms, lu suka cakap macam ni;


bla bla bla bla bla bla bla
end up
"bolok mu!"

esok-esok lagi,

bla bla bla bla bla bla bla
end up
"bolok mu!"


dan lagi,

bla bla bla bla bla bla bla
end up
"bolok mu!"


sokmo gitu! noharom gua dop pehe bolok tu natang ape? adessss. gigih gua tanya member area pantai timur ape maksud 'bolok' tu.

member ganu: bolok tu macam selekeh, messy or senang citer comot!

gua: huh????

member kelate: bolok tu macam masuk air, mereng gitu. tapi better cam serabut.

gua: ni lagi best. gua ni masuk air rupanya. hamboihhhh.

tapi senang gua simpulkan 'bolok' tu comot yang dimaksudkan member gua ni. sebab cimot stands for comot? haishhhhhh.





der, lu jeles kan? jeles gua cimot cute sokmo. hahaha. sebab tu lu panggil gua bolok. hahaha. parok parok.



p/s: gua kekadang kompius gua sebenarnya orang mana? semua bahasa gua tibai. kecek kelate jadi, ganu pon layan, utagha almost, nogori paham laaa jugak, sarawak sikit-sikit paham. tapi walau macam mana pon, Perak tanah tumpahnya darahku. ecehhhhh.




p/s: mu pon bolok gop!
tu pasal gua syuker!
eh, windu plop.



Saturday, January 26, 2013

musim berawan


assalamualaikum dan salam sayang.

macam asap serombong kapal.

cotton candy bertaburan nun di agkasa.

dua tiga hari lepas gua dapat menembak sempena musim berawan. almaklum Malaysia cuaca panas lembap sepanjang tahun. jangan expect salji laaa plak kan. mustahil laaa kan melainkan Allah kata turun.

cakap ape kawan-kawan?


SUBHANALLAH! ALLAHUAKBAR!
sesungguhnya Engkaulah Tuhan sekalian alam di langit dan di bumi.






p/s: gua memang suka awan.
sekian.





Tuesday, January 22, 2013

Lebir tetap di hati


assalamualaikum dan salam sayang.

we are happy family. (T_____T)

alhamdulillah. baru saja pulang dari kampung orang asli di Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan. seminggu aku bersama mereka, mengajar aku seribu satu rasa. aku dan mereka adalah sama. tiada bedanya. hamba Allah sama-sama. semoga mereka senantiasa dirahmati Allah selalu.




     لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (at-Tin: 4)




belum ada hati nak story. sape nak sila angkat kaki!




p/s: kagum dengan mereka!



Monday, January 14, 2013

mak, boleh tak kite nak melamar lelaki tu?

assalamualaikum dan salam sayang

lepak-lepak ngan mak. biasa laaaa girl talk! hik hik hik. dasar kaki gosip au kitorang boleh kalah Mak Jemah. entah macam mana entah out of sudden we just jump to about bf. mak gua cakap boypren. oh gua dah ingat nape. mase lepak-lepak tu, adek gua ni tak renti-renti sms. fon tu tak penah lekang ngan dia. ke mana pegi mesti bawak fon. sampai abah gua bising jugak laaa sebab dia tak suka sangat orang dok kepit ngan fon 24 jam ni. gua tau dia sms ngan sape. hahaha. pastu gua pon cakap laaaa

gua: mak, nak tau tak sadek dia kannnnnnn........tuttttt.
mak gua: ape nye? dia ade boypren?
gua: ha'ah. dia ade boypren.
mak gua: ape taknya? asyik-asyik tut tut tut balas sms.

gua dah gelak besar dapat kenakan adek gua.

sadek: elehhhhhh. kakak pon same laaa mak.
gua: mane ade. gua kan dah break up ngan Husni. mak pon tau laaaa.

mak gua sengih je.

sadek: abes tu? yang tu?
gua: mane ade laaaa. gua syok sendiri je. dia mane tau gua suke dia. =(
sadek: siannya!

hampessss punya adek! tetibe,

gua: mak, boleh tak kite nak melamar lelaki tu? sebab dia taktau pon kite suke dia.

*dengan mak gua bahasakan diri gua sebagai 'kite'. comelllll! puihhhh.

mak gua: ape salahnya. jadi macam Siti Khadijah melamar Rasulullah.
gua: eh, kite takde laaa macam Siti Khadijah. perangai entah macam hape je ni.
mak gua: yelaaaa. tapi tak salah pompuan nak melamar lelaki. zaman sekarang rasional je sebab banyak sangat kes lelaki takut nak melamar pompuan tu sebab macam-macam tapi mostly sebab status pompuan lagi tinggi sekarang ni. tapi mak rase dan selayaknya pompuan nak memilih lelaki sebab lelaki yang bakal jadi ketua dan imam dalam keluarga. dia yang akan membimbing kan. so, orang yang nak dibimbing mesti mencari pembimbing yang betul-betul boleh membimbing. ada paham?
gua: hmmmmm. tapi malu laaaa. dan dia macam sudah berpunye je. sedih laaaa.
mak gua: alaaaaa. ade je. cari yang lain plak. tapi kekadang tu lelaki ni kawan ngan pompuan ramai-ramai. lepastu dia rapat dengan yang dia rasa selesa. tak lama lepastu ikut balik rumah nak kenal mak abah laaaa. biasa laaa tu. dan dalam banyak-banyak tu dia cuba menilai. tapi, mana tau budak tu pon suke kat ko kan??

gua dah menjerit awwwwwwwwwwwww. hahaha. if it is true laa mak. hope so.

gua: pastu kan mak kite nak kawen awal boleh?
mak gua: baguslah. buat ape kawen lambat-lambat. mak suke kalu korang dua nak kawen awal. senang hati mak.
gua: kalau kawen mase belajar?
mak gua: lagi bagus laaa dah abes. takkan dia tak sanggup nak tunggu. ko pon dah nak abes pon ni haa. lagi setahun setengah je lagi.
gua: tapi kita nak kawen awal bukan sebab gatal tau mak.
mak gua: memang laaaa. macam kawan ko yang kawen awal tu semua bukannya sebab gatal, tapi sudah jodoh. kawen laaa awal. mak takde halangan pon. abah pon sama. ikut je. tapi biarlah dah ade calonnya dan bagus orangnya.
gua: insyaAllah orang yang kite suke ni bagus orangnya.


sambil gua gelak gatal. hak hak hak. tapi serius gua rase dia sudah berpunye laaaaa. sobzzzzzz.


jangan tak caye mak gua memang sporting bak angggg. gua memang tak boleh nak hide ape-ape daripada mak gua tambah-tambah plak bab-bab jodoh, hati dan perasaaan. she's my bff.




kekadang tu gua rasa gua dah matang. tapi kekadang tu gua rasa bangang jugak sebab gua perangai mengalahkan budak kecik. macam mana laaa gua nak kawen kan?




"ready tak ready, one day you'll married dear!" bak kata seorang member gua tu.




p/s: penangan musim orang kawen bulan lepas.
teros terasa diri ini pon nak kawen.
hahaha.
DAMN!







Sunday, January 13, 2013

this is truly creative


assalamualaikum dan salam sayang.


bukan fesyen musim luruh tapi musim doyan. betul betul betul.



Saturday, January 12, 2013

Abang Cho

assalamualaikum dan salam sayang.


ni mak gua yang bagitau, dulu mase kecik-kecik emmmm masa baby laaa, abang gua ni laa yang selalu mandikan gua sebelum dia pegi kerja. siap-siapkan gua kasi harum. pastu bila gua dah besar sikit, abang gua ni dah kerja kat key ell. maka gua jarang jumpa. paling ye pon raya mesti jumpa.

dah bosan kerja key ell, dia balik kampung plak tolong uruskan kebun kelapa sawit abah gua. sekali lagi dia jaga gua. bergilir ngan abah gua, pergi balik tusyen dia yang hantar. gua dah masuk asrama pon, dia jugak laaaa yang ambik tiap-tiap bulan. dan sampai laaa ni kalau gua tak boleh nak balik naik bas atau akak gua tak balik skali, memang dia jugak laaa my always savior pergi mana-mana pon. oh how much you care for me. nothing can be given in return. just thanks and may Allah reward each.

dan hari ni genap setahun lagi you being my brother. HAPPY BIRTHDAY ABANG CHO! May Allah bless you in whatever you are doing. my pray always for you. dan yang paling penting cepat laaa kawen! i want another sister-in-law and a few more nieces and nephews. haaaaaaaaaaaaaaa.





p/s: gua harap sangat dia kawen cepat.




Friday, January 11, 2013

last payyyyyyper!


assalamualaikum dan salam sayang.




tepat jam 12.00pm, kringgggggggggggggg.

terbang kerusi , kertas, meja dan examiner! hahaha. exam tamat! [DESIGN OF MACHINES] last payyyper for first semester third year. hoooray. ok bunyi loceng tu tak wujud pon. imaginasi sekolah dulu. hiiiii. pape pon gua nak qadak tido yang entah bape puluh jam terkandas. fuhhhhh. nite everyone. zzzzzzzzzzzzzzzzzz. esok-esok kita berjimba ya!


baa baa baa babanana


baa baa baa babanana

baa baa baa babanana

bananaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




p/s: ini bermakna saya akan bergraduasi dalam tempoh kurang 2 tahun lagi.
hoyeahhhh.





Wednesday, January 9, 2013

kakak yang pakai tudung selendang tu...


assalamualaikum dan salam sayang.


anak jiran gua: opah, kita nak datang umah opah laaa. nak main kat sana. jap lagi kita mintak kat umi.

mak gua: tak boleh laaa hari ni. jap lagi opah nak antar kakak tu pergi stesen bas. anak opah tu nak balik KL dah.

anak jiran gua: opah, yang mana satu? kakak yang pakai tudung selendang tu ye?



kakak yang pakai tudung selendang?????



terbahak-bahak gua gelak. hakhakhakhak. sori laaa adik, akak panggil shawl laaaa. pelik plak pada pendengaran gua tudung selendang tu.






p/s: ade orang ghoyak gua tak kiut pakai shawl belit-belit. 
:(




Monday, January 7, 2013

ustaz hensem!


assalamualaikum dan salam sayang.



ohlalala jatuh cinta gua! oppssss!





Sunday, January 6, 2013

van MILO


assalamualaikum dan salam sayang.



ahaaaaaaaa. rindu zaman jadik budok sekoloh dolu-dolu. serius sangat comot tapi tetap comey sebab budak kecik lagi kan. macam akak ipar gua selalu cakap laaaaa; "eeeeeee. mucuk nye adek ni," and pahtu dia cium laaa adek sambil gomol-gomol. memang macam tu laaaa hakikatnya budak kecik. mucuk, macam or comot sekali pun but still cute! heeeeeeeeee.

apekejadahannya gua meleret plak ni. gua nak cerita pasai van milo mai sekolah dulu-dulu. sape sezaman ngan gua mesti tau punya. dan zaman laaa ni gua taktau laaa ade lagi ke tak? sebab gua dah meninggalkan zaman sekolah lebih sepuluh tahun yang lalu. adek gua pon dah masuk zaman remaja macam gua. anak buah gua? tak pernah plak gua tanya. nanti laaaa gua tanya.

imbas kembali memori itu,

dalam setahun tu mesti ade satu hari van milo ni akan mai sekolah. kat sekolah gua dulu, depends laaa van ape yang akan bekunjung. pernah tu, honey star, koko krunch dan milo. sape yang tak datang sekolah pada hari tersebut melepas laaa jawabnya. sebab cikgu takkan mintak dan tolong simpankan. kasihannnnnnnn :(

selalunya sekolah akan buat pengumuman bila ada van tu mai. bunyinya lebih kurang gini;

"kepada semua pelajar, hari ni ada milo percuma.. bla bla bla"

dan pastu budak-budak pon ape lagi eksaited giler. menggelupur kat dalam kelas. dah tak boleh fokus cikgu merepek ape kat depan tu termasuk laaa gua masa tu. walau hanya untuk secawan milo, tapi nikmatnya sangatlah besar untuk budak-budak kecik yang sedang baru nak membesar. serius.

tak  lama pastu cikgu pon akan memberi arahan kepada anak-anak murid untuk beratur. masa beratur tu yang havoc sebab beraturnya panjang berliku-liku gua cakap. macam beratur amek baskin robin percuma tu. ahaaaaaa. gua laa tu sanggup beratur nak makan baskin robin free tu.

bila dah sampai turn, dapat-dapat sekali teguk je abes. jilat-jilat sikit. cis! memang tak puas. rasa cam nak lagi. tapi tak boleh sebab sorang dapat satu cup je. huuuuuuuuu. camtu laaaaa alkisahnya.

sekian, terima kasih.





p/s: tetibe nak minum milo sedap!






mancing


assalamualaikum dan salam sayang.

jeng jeng jeng. tadi gua nampak abah lalu naek moto. tapi taktau laaa dia pi mane. gua pon skodeng laaa jadi mamarazzi.

abah tak pasan pon gua ngah ber-mamarazzi.

gua tak puas hati abah watpe kat situ. lantas gua ngan adek pon menurut ke situ. saje laaaa nak jadi informer untuk mak gua. hahaha. tup tup abah gua mancing rupenye. boleh tahan jugak laaa. sesampai je gua ngan adek ke situ, tak renti pancing abah gua tu menyentap. ikan keli, ikan haruan dan ikan puyu. seronok gua tengok.

dapat ikan keli

hamboihhhh. sampai 2 batang pancing.

abah memang lejen memancing. dari muda sampai dah veteren pon tak pernah jemu kalo bab mancing. gua yang tak berapa gemar dan kurang sabar ni pon kekadang terikut jugak abah pi mancing. bukan setakat mancing je, pegi menjala pon gua pernah ikut. gua suka nak ikut tu bukan ape, sebab gua nak main air. hahaha. tu zaman gua kicik-kicik dulu laaaa.




p/s: rindunya umah~~



Thursday, January 3, 2013

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod


assalamualaikum dan salam sayang.


mari-mari goreng pisang panas!
ok bukan goreng pisang panas sebenarnya pon. tapi Wak Gelas 1st Giveaway ni haaa dah macam goreng pisang panas gaye nya! ramai sungguh yang join. gua dah last minit baru perasan bak annggg. but better late than never. never say never eh eh eh Justin Bieber.

masih belom terlambat untuk join kepada late detectors macam gua. cepat copy banner, tempek kat entry dan ikut laaa syarat yang diminta selewat-lewatnya sebelum pukul 12:12 tengah hari 5 January 2013. 5 January tu lusa ye kawan-kawan! cepat!

sekian.




p/s: kalu ade rezeki ade laaaa.




Tuesday, January 1, 2013

warna-warni 2012


assalamualaikum dan salam sayang.


many things happened and i'll miss all those memories and will still remain unless i lost my mind!
i love all those peoples; new and old.
they are just colorful and meaningful.


HAPPY NEW YEAR EVERYONE!

may this year be more wonderful ya!




p/s: ape yang aku harapkan tahun 2013 ni?
ade laaaa.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...