Friday, November 30, 2012

ingat, cinta pada Yang Esa


assalamualaikum dan salam sayang.




p/s: lamanya aku tinggalkan santapan rohani.
tolong ingatkan aku.




Thursday, November 29, 2012

WHAT A VERY BRAVE MAN?

assalamualaikum dan salam sayang.





oh! how lucky she is.


from a long time ago entry, i just hope too!


guy: i'm not looking for a girlfriend but i'm looking for a wife..
ok. but..
girl: i'm not looking for a boyfriend but i'm looking for a husband..
errrrrr.. weird.. but saidatina khatijah did.. and no istilah perigi cari timba dlm Islam..


p/s: special for Nurhanim Best.
hihihi




Wednesday, November 28, 2012

the definition of KAKAK

assalamualaikum dan salam sayang.


sambungan dari the definition of ABANG....

[cimot's point of view]
what is the definition of KAKAK?

kakak ni pada pendapat aku sangat meluas. macam tak terhad jika dibandingkan dengan abang. entah laaaa. hanya pada pandangan tak berasas aku je laaa. kakak ni sememangnya spesifik untuk kakak kandung. tapi ianya tidak terbatas untuk semua wanita yang usianya atas aku even beza setahun saja. aku lagi selesa untuk memanggil mereka kakak berbanding nama saja.

kenapa ye?
dan aku rasa bukan aku sorang je yang berpendapat seperti ni tapi almost the girls would thought the same. pada pendapat berhemah aku laaaaa; these are because of the same gender and kind of girly thing. hmmmmm. pendapat giler-giler aku ni bukanlah lontaran gas semata tapi hasil selidik aku sendiri dan agak berasas jugak laaa pada sudut pemikiran aku. 

the same gender.
bila sama jantina, status atau tahap kehormatan atau repect tu lain sikit. susah laaa nak explain. tapi memang macam tu laaaa. it is about of seniority. tua je setahun, mesti panggil kakak unless she insist to be called as sister. that is her choice. tu ape yang aku dapat risik laaa. dan pada aku plak, aku tak kisah kalo junior  yang muda setahun or 2 tahun panggil aku nama je tapi aku kisah untuk panggil senior yang atas aku tua setahun or dua tahun dengan nama. then, i'll call them sister no matter what. means i care what i'm doing, but not others on me. eh boleh tak? hahahaha.
girly thing.
undeniable  girl always do or think something complicatedly. why? it is nature of girl. so, same goes to this situation. rasenya lebih kurang sama je macam yang kat atas ni. lebih kurang laaaaa.

tapi aku tak tahu kalian fikir yang macam mana kan! setiap orang ade interpretasi masing-masing.kalau tak kisah, why not share yours?? what do you think?








p/s: i love you all my kakaks!



Sunday, November 25, 2012

jangan lah bermain tarik tali, jika kau tak pasti


assalamualaikum dan salam sayang.

gambar separa kaitan

bilamana kau tak pasti, jangan memberi harapan palsu yang akhirnya buat aku kecewa. bilamana kau rasa sangsi, cepat-cepatlah khabarkan agar rasa itu sama. bilamana kau yakin, aku juga tanpa ragu terus terima serta-merta.

apa lagi?

namun, semua itu tak pernah wujud. sebab rasa itu hanya aku yang tahu. sebab rasa itu hanya ada padaku. sebab rasa itu tak pernah bersatu. sebab rasa itu malu. YA, KUNCINYA MALU! 

adakah aku yang mulakan dulu?

lagi lah malu.

sudah laaaa. cukup-cukup sudah.

mungkin belum tiba masanya. doa saja agar kelak sama-sama ada rasa yang sama.






p/s: haishhhhh. lama plak tak berpuitis ikan bilis.





Saturday, November 24, 2012

to have a guy as your bestfriend


assalamualaikum dan salam sayang.



nice day! nice mood! yezzzzza. rase cam nak feeling santai je. sambil-sambil blogwalking, tertarik dengan kisah Guy Bestfriend daripada Kak Nis membuat aku nak luah secebis kisah.

a long long time ago,

masa kecik-kecik dulu, memang takde anak jiran aku yang pompuan. semua anak jiran yang pompuan sebelah-menyebelah dan depan rumah aku sudah dewasa sebaya dengan akak-akak dan abang-abang aku. yang tinggal hanya 3 orang beradik anak jiran depan rumah aku tu. dan semuanya adalah lelaki dan muda daripada aku. dapat plak mak aku tak kasi aku ngan adek merayap jauh-jauh setakat nak main waktu petang. cukuplah main dengan depa. senang aku namakan mereka; Nasrul, Salam dan Safwan (sulung, kedua dan bongsu). hampir setiap  petang kitorang akan main sama-sama. apa taknya, mak depa pon tak kasi pi main mana-mana melainkan ngan aku dan adek jugak. hahahaha. macam berjodoh je kan. adehhhhhh. so, cakap ape yang tak pernah kitorang main sama-sama? main nyorok-nyorok, main kejar-kejar, main polis-pencuri, main masak-masak, main mancing ikan, main racing basikal eh tak ingat laaaa ape lagi. tapi sumpah memang kitorang tibai je main ape pon. sampai kekadang tu kitorang reka mainan sendiri sebab dah tak tau nak main ape. bayangkan saja laaaa setiap hari balik sekolah petang-tukar baju-terus berambus pergi main. YE! tiap-tiap hari. boring jugak sometimes. tapi jadi budak, boring tu kejap je. dapat main tak hengat dunia. dah maghrib pon nak kena tunggu mak-mak terjerit panggil balik baru laa terkedek-kedek nak balik rumah. dasar budak-budak yang aku jugak tidak terkecuali!

tapi cerita kitorang tak kekal lama. sengketa yang melanda telah memusnahkan first boyfriends relationship antara kami. setelah bertahun-tahun main-main, gaduh-gaduh, gelak-gelak, jerit-jerit dan macam-macam lagi sama-sama, tak sangka berakhir macam tu je. dan sampai laaa ni kalo jumpa, jangan harap laaa nak tegur. apatah lagi nak tegur, kalo aku senyum sepatah haram nak senyum balik. padahal, dorang yang buat sengketa. cisssssss! lantak korang laaa! noktah.

so, that was the first and wont be forgotten boyfriends i ever had. yeahhh one of my childhood colors!

masuk ke alam persekolahan,

nak start dengan tadika dulu laaa. aku ingat lagi masa first time abah hantar nak masuk tadika, aku takde uniform lagi. aku pakai baju kurung je. memang sangat pelik laaaaa. dah laaa tak pakai tudung. fuhhhhh. almaklum masa kecik-kecik. pastu, kelas masa tu dah almost penuh. and at last aku duduk kat sebelah sorang budak lelaki. he is my first friend yang aku kenal kat tadika tu. kalau tak silap aku nama dia Pian. pastu aku rapat plak ngan budak belakang aku nama dia Khalil. ade je budak pompuan tapi tempat aku tu banyak budak laki. aku rapat tau dengan Khalil ni. tapi masa darjah tiga dia pindah dan tak pernah jumpa. so, he is one of my best boyfriend mase kecik. again i lost it.

macam tu laaa. alam persekolahan aku takde laaa menarik sangat untuk dikongsi. masa kat sekolah rendah, aku ni pendiam orangnya. tersangatlah pendiam. haishhhhh. entah berapa je word yang akan keluar dari mulut aku ni. orang cakap macam ade emas dalam mulut? kalau lah betul, memang den kayoooo! hahaha. so, sebagai seorang yang pendiam, orang expect aku budak baik, lemah lembut, sopan-santun bagai. tapi.........malas laaa nak kabor. then, member aku dari kalangan pompuan je yang ramai. ade member lelaki tapi tak rapat.

masuk sekolah menengah aku dah terpisah dengan semua member-member sekolah rendah. semuanya member baru, environment baru, dan segala-galanya asing buat aku. tapi aku cuba sesuaikan diri and i just manage and survive till the end. nak dijadikan cerita jugak, aku ni memang dah ditakdirkan kelas yang banyak boys dan almost dominated by boys. ape taknya? dari tadika sampai sekolah. masa form one sampai form three still balance. tapi masuk je form four, bayangkanlah mula-mula dalam kelas tu cuma ade 3 girls and 27 boys!!!! what the?? apa boleh buat aku yang pilih untuk ambik aliran teknikal. sah-sah laaa conquered by boys. but never mind as long as  i got my best friends there. hmmmm bukan best friends aku rasa. aku prefer panggil diorang sifu. yuppp i just got one best girl friend and best boy friends too. aku anggap dorang best friends sebab dorang banyak tolong aku. yelaaaaaa. sama-sama struggle nak excel. alhamdulillah aku dan best friends merupakan among the highest achievers in SPM that year! straight As!! tapi tu laaaaa. salah sorang pon tak dapat further tempat yang sama. kitorang semua terpisah. tapi alhamdulillah still keep in touch till now even one of them just engaged with my friend too. rindu plak kelas 4TE and 5TE. sempoiiii jer!

masuk pula ke alam remaja,

menapak ke tangga menara gading, melayakkan aku untuk merasa lebih banyak asam garam. aku susuri jalan liku-liku itu. ade surut ade pasang. biasa laaaa. itu dunia menara gading. tapi pada masa yang sama dunia yang lagi satu tu adakah mampu untuk aku kunci kejap-kejap. jawapannya TIDAK. dunia hati dan perasaan. dunia yang lagi penuh cabaran sebenarnya. kena betul-betul kuat agar tidak kecundang. walau macam mana aku tetapkan hati sepatutnya berjatuh cinta selepas habis belajar, tapi siapa yang dapat menghalang kalau dah nak datang. masa kat PJ dulu, ade laaaa jugak aku crush ngan jejaka-jejaka. just crush and some of them are gossips. alahaiiiiii crush je laaa. boy tu pon tak tau. aku just suka-suka. tak serius. pastu masa tu baru je start friendster, myspace bagai. facebook pon masa dah nak habis kat PJ baru nak start hot. masa tu aku giler myspace sebab boleh hias-hias. hahaha. masa tu laa aku kenal dengan my best boyfriend nama dia Husni. serius kenal kat myspace je. kitorang suka band indie masa tu. aku memang die hard fan of HUJAN and MEET UNCLE HUSSEIN masa tu. pastu kitorang keep contact each other just not because of indie band. sometimes boring suka la borak bodoh-bodoh. dari satu topik ke satu topik. kekadang tu kitorang boleh bergayut satu jam borak. bukan borak ape pon. sebab dia suka berbahas ngan aku. aku plak pantang kalau benda tu aku rasa tak betul memang aku pon bangkang. lama-kelamaan, aku dah anggap dia macam best friend aku but best boyfriend. sampai ade satu-satu perkara aku akan share dengan dia. dia plak lebih tua dari aku. so, aku anggap he could give me some advises. tapi tu laaaaa kan orang dah selalu cakap yang GUY CANNOT BE YOUR BEST FRIEND FOREVER. it is exactly true! after a year like that he just not my best friend anymore but my lover. ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari. lama tak lama jugak laaaa lastly, kitorang break up. can't move on any further. it is different!

masa terus berlalu,

Husni tu dah jadi sejarah dalam kronologi hidup aku. sudah laaaaaa. biarlah masa terus menjadi pengubat segala sendu. biarlah masa membawa aku ke dunia baru. lets bygone be bygone orang putih cakap camtu. dalam arus peredaran waktu, aku terus berjumpa dengan kawan baru. ada yang datang dan tak kurang juga yang pergi. tapi nak jumpa best boyfriend tu macam mustahil dan agak serik. i would prefer girlfriends mingle around. even aku ade best boyfriend sekarang ni, but he really really my best boyfriend. not more than that. i know he already with someone else. so, aku dah ade border line di situ.

after all in all, to have a guy as your bestfriend is nothing wrong. seriously, you need him one day. boyfriend and girlfriend is so much different. certain things boy good at some part. aku bukan nak mengagungkan supaya korang ade bestfriend lelaki. TAK. just nak kasi tau yang it is different. apa yang penting jaga laaaa diri. tahu batas-batas pergaulan.



just figure out.....
It's always nice to have someone in your life that makes you smile even when they're not around.

is it true??



p/s: tak sangka aku dapat menulis sepanjang ni!



Thursday, November 22, 2012

siri STOKIN and babies #15: pet potrait




assalamualaikum dan salam sayang.

AMARAN BERBAUR ANCAMAN
tidak digalakkan meneruskan pembacaan kepada sesiapa yang bukan penggemar kucing. maafkan saya! heeeeeeee

saksikanlah gelagat anak-anak stokin yang sememangnya bukan lagi amatur, tetapi cukup professional tatkala beraksi di hadapan lensa kamera. mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. bagaimana acuan begitu jugalah kuihnya. mak borek anak pun rintik. tidak asing lagi; Si Ciki, Si Ciku, Si Comot, Si Kecik dan Si Kenit. Stokin pula selaku sifu cukuplah sekadar memerhati dan dalam hati cukuplah bongkak! puihhhhhhh.

"pandai posing laaa dia ni.. hidung comot, kucing cimot laa katakan" kak long said.

memang sedap laaaa tidoq kalau musim hujan ni.

Si Ciki; satu-satunya kucing mata sepet.

Si Kenit sedikit sebanyak merawat rindu kat late Si Cikoi. 

tak tau nak ghoyak gapo. COMEY NAR!

you should be a model laaa Kenit oiiii!

tu diaaaa Stokin and the family.
tak dinafikan ko sememangnya SEPET ye Ciki! kena kenan ngan apek mana laaa dulu si Stokin ni agaknya. kui kui kui.

last but not least,
walau aku tak suka ko Comot, tapi watak lu gangster tu yang gua jatuh suka. hahaha.









p/s: just miss them damn much!



Wednesday, November 21, 2012

my first shot


assalamualaikum dan salam sayang.

DSC_0001

just got new baby!
alhamdulillah one of my wishlist came true!
thanks Sadek for supporting my hobby!
nanti kite maen shoot same-same ea.
laaa ni gua shoot sensorang je laaaa.








p/s: saye budak baru belajar.




Tuesday, November 20, 2012

hampir saja merajuk


assalamualaikum dan salam sayang.

gambar separa kaitan.

mengeluh lagi. tak pernah rasa cukup. ade saje yang tak kena. normal laaa aku ni manusia. tu laaaa. hampir saja aku nak merajuk dengan blog sendiri. tetibe saja nak meragam plak kan. tak boleh nak komen laaa. entah ape-ape lagi setting yang membuat aku serabut. aku sendiri pon tak tahu macam mana nak solve sebab aku ni bukan la programmer. setakat coding bodoh-bodoh aku tau laaa. tapi ni coding maha giler.

terus sabar dan sabar. TING! dan tetibe aku teringat kat sorang ni, terus aku mintak tolong kat dia; Ayeem. alhamdulillah semua masalah dah selesai. baru laaa rasa berkobar-kobar nak menulis semula. banyak nak cerita. banyak nak kabor. banyak yang nak diluahkan. haishhhhh. rindu laaaa ngan blog tercomot aku ni.





p/s: ke mari kau ke mari wahai mood blogging.




Saturday, November 10, 2012

the definition of ABANG

assalamualaikum dan salam sayang.


[cimot's point of view]
what is the definition of abang?

abang is only for abang kandung, kazen, sedara, husband and really2 jauh beza umurnya ngan diri ini. so, kalau setakat senior beberapa tahun, sori laa der. mmg gua panggil nama je. rase tergeliat lidah ni nak memanggil kamu abang. pastu rase awkward. pastu gua rase malu sendiri. pastu nanti gua tak lalu plak nak makan. amboiii. dah lebih-lebih plak aku interpretasi. boleh tak? eh boleh tak boleh, tak kire ahhhh. gua tetap ngan keputusan gua. muktamad.

makanya, dalam life gua takde banyak mane laaa abangnya kan. senior dah tolak tepi. member tua sekentut je pon gua dah tolak tepi tak masuk dalam list abang. hahaha. so, abang yang ade...emmmm yang mane aku ingat je laaa.

sekitar family:

abang dino@anbang cho
abang jimy@anjang
abang bad
abang faiz
abang fadil
abang abu

sekitar rumah jiran:

abang awie
abang azri
abang anip
abang sofi

sekolah:

takde laa kan. senior kan.

uni:

abang idho
abang jali
abang lutfi
abang najib

rumah tangga:

abang sayang>> eh eh yang ni belom lagi. hik hik hik


kemesraan dalam konteks ke-abang-an itu agak terbatas pada interpretasi gua. tak tahu laa kenapa. apa ianya kolot? terpulang pada diri masing-masing untuk meletakkannya pada sudut yang bagaimana. atas dasar hormat atau sebagainya. tapi gua meletakkannya pada sudut hormat dan selesa. selesa dalam perhubungan.


abang botak takpe! hamboihhh gatai!




so, what is the definition of KAKAK?
will be continued.......



p/s: errr abang or oppa?
same jelaaa. geli.
puihhhhh





Friday, November 9, 2012

kontroversi


assalamualaikum dan salam sayang.



mula lettew!




pantang ade gosip!




sorry, no komen!

bajet retissss!



puihhhhhhhhhhh








p/s: nak ber-terfaktab.

Thursday, November 8, 2012

button 'komeng' merajuk


assalamualaikum dansalam sayang.

tak boleh nak klik.

sepatutnya gini laaa.

tak tahu laaa apa nasib gua. laptop plak mereng. 44 kali ON, 44 kali jugak laaa dia mampos sendiri. adehhhh. gua investigate la dua tiga hari ni tanya member-member katanya overheat. nampak tak di situ yang pitih bakal dikeluarkan untuk me-repair laptop. 

tu cerita laptop gua. ni cerita belog gua pon nak merajuk plak kan. button 'komeng' tak berfungsi. tak boleh nak klik. mula-mula tu gua takde laaa prasan. tapi si usop dok gtaw kat shoutbox ghoyak dop boleh klik. gua pon tak tau laa apekah sebab musababnya. yang pasti, solution sementara waktu, kalau kalian nak komen, terpaksa laaa klik tajuk entry dulu pastu boleh laaa komen seperti biasa.



haishhhhhh. keciwa laaaa.



ADE SESAPE YANG TAU CANER NAK MENYELESAIKAN MASALAH BUTTON KOMENG GUA NI??? HELP! HELP! HELP!



p/s: malam ni exam.
gudlak kengkawan!




Wednesday, November 7, 2012

giler FIXI


assalamualaikum dan salam sayang.


sekarang gua dah berpaling tadah dengan kaki novel, jemari seni dan sebagainya. saja nak taste baru. gua sekarang ngah ttry indie nye novel from indie publisher FIXI dan LEJEN PRESS. and thumbs up!!!!!! dan...... nihaaaaaaaaaaaa. ni laaa kerja gua!  jual novel lama, beli novel baru. betoiii laaa kan. dah tak boleh nak elak habit suka shopping buku ni. baru je borong semalam. tapi taktau laaa bila nak marathon! agak-agak novel KELABU by Nadia Khan pon gua baru saja lunaskan cuti sebelum raya haji ritu. nanti gua review novel tu ea.



abaikan duit dan buku belakang tu.






sekarang ni tengah pesta buku kat CAC UIA. sampai jumaat ni. boleh laaa kalo nak rembat novel best dengan diskaun  yang puas hati. hihihihi. 10%, 20%, 30% just come and purchase.




p/s: mid term ade lagi 4!
fuhhhh botak gua!



Tuesday, November 6, 2012

just a happy birthday

assalamualaikum dan salam sayang.



dah macam satu kewajipan plak. tiap-tiap tahun mesti wish ko kat blog je. semua gara-gara delete FB dulu. but now, dah jaadi terbiasa. even can wish kat FB, tapi blog is a must. hahaha.

so,
HAPPY BIRTHDAY KAPAN.

eh boleh tak for this time and forward taknak dah panggil ko kapan? why not call your name kan.?

HAPPY BIRTHDAY HELMI.

errrrr. memang pelik. tak jadi laaa.

by the way, may Allah bless you.





p/s: happy besday to anyone yang celebrate harini jugak.



Monday, November 5, 2012

adakalanya perlu berahsia

assalamualaikum dan salam sayang.


bukan perahsia tetapi sekadar berahsia.
bukan memendam rasa tetapi lebih berjaga-jaga.
bukan tak suka tetapi cuba lepaskan saja tanpa fikir apa-apa.

nothing I can do.
keep my mouth shut.
hold myself tightly moving on the right path.




fuhhhhh! lama tak express this type of feeling. long long time ago.
rindu nak feeling gini. ye macam  hana ahmad, syafiqah karim, ghost writer, anisa hang tuah. love them!






p/s: maaf jika buat kalian rindu.
this month gonna be the busiest crazy student!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...