Saturday, January 1, 2011

A NEW YEAR BETTER


have a blast everyone!
HAPPY NEW YEAR 2011!!
pejam celik pejam celik, berakhir sudah tahun 2010. berkunjung pula lembaran 2011 dengan seribu satu kisah yang tidak dapat diduga pembuka dan pengakhirnnya. tahun lalu jadikan kenangan dan pengajaran. tahun baru jadikan pemangkin semangat di barisan hadapan. cukuplah sekadar jeling-jeling selak-selak imbauan masa lampau. adakalanya yang manis itu indah untuk dirasa semula di minda. tidak lupa juga yang pahit itu pelengkap rencah hidup yang lebih bermakna. walau bagaimanapun, cuba untuk lebih fokus tangga-tangga baru yang ingin dituju. bukan pada kuantiti tapi pada kualiti. insyallah.

masing-masing mempunyai azam baru. begitu juga aku. tapi tidak terlalu aku tuju pada yang satu. aku hanya mohon padaMu Ya Allah panjangkan umurku dengan kesihatan yang baik setiap tahun, agar selagi hayatku dikandung badan, aku nak habiskan belajar tanpa sebarang sekatan. kemudian dapat kerja yang baik. gaji naik. lelaki unik. anak cantik. oh! cukup! cukup! aku sudah terlebih. aku teringin sangat nak sara ibu bapa aku dengan hasil titik peluh aku sendiri. then, aku nak sangat bawak the whole of my family members to Mekah. mungkin terlalu jauh cita-cita aku. tapi itulah yang aku harapkan satu hari nanti. tidak mustahil untuk mencipta mimpi menjadi realiti. semua terletak pada diri yang mengkehendaki(wujudkah sukukata ni?). hantam saja la.


AMINNNN



p/s: tak lupa juga one of my dreams is.
.
.
.
to get 10 children ok!!


6 comments:

maCy said...

happy new year ok :)

Anisa Hang Tuah said...

happy new year!

hans said...

selamat tahun baru 2011

P/S : Lepak Dengan Kawan - Kawanku Sempena Tahun Baru

*cimOt* said...

EVERYONE: HNY ALL OF U!!

noorafzan said...

selamat menempuh tahun baru sis =)

*cimOt* said...

afzan: thanx sista~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...