Monday, April 29, 2013

TEASER


assalamualaikum dan salam sayang.


jeng jeng jeng

laaa ni penat sangat. pahtu kije bertambun. terpaksa simpan dulu cerita ni.

HAHAHA. padan laa muka korang!



p/s: mood tido!
zzzzzzzzz






Wednesday, April 17, 2013

dia dan air-freshener


assalamualaikum dan salam sayang.


Hamboihhhhhh. Kemengantukan yang sebentar tadi automatik segar-bugar jadinya. Apa tidaknya jika disogok plak dengan goreng pisang panas. Fuhhhhhhhh. Pastu pekena keropok lekor cicah kicap pedas. Memang mencotok wa cakap sama lu.

Sambil-sambil tu gebang pung pang pung pang macam sudip berlaga kuali. Dari satu alkisah ke satu alkisah. Memang takkan habis.

Tup tup ade sorang minah ni lalu. Segala cerita-ceriti terbantut serta-merta. Ahhhhhh sudah siap bau wangi air-freshener kereta. Bau lemon segar. Hamboihhhhh. Biaq betoi minah ni pakai perfume air-freshener? Terdesak sangat dah ke takde perfume lain nak pakai. Kitorang ni punye laaa kutuk giler-giler kat minah tu.

Abaikan saja laaa. Pastu sambung gebang lagi. Goreng pisang dengan keropok lekor semua dah abes. Pi order yong tau fu semangkuk plak dengan air teh ais. Bertambah rancak sesi sembang petang kami berempat. Nak balik bilik hujan turun lebat tetiba. Tak dapekkk nak nolong laaaa. 

Sekali lagi bau lemon segar. Ehhhh biaq betoi!!!! Tengok sekeliling bukan minah tadi. Pastu tak dapat nak agak sape yang pakai sebab ramai yang lalu lalang sekali gus masa tu. Aduhaiiiii. Sumpah saspens yek. Sampai kitorang cakap jangan tegur laaaa bau ape pon. Padahal di siang hari insiden ni berlaku.

Hujan pon dah berhenti. Maka kami pon berkira-kira mahu pulang ke bilik masing-masing. Dan masa aku nak bangun tu, aku terperasan sesuatu. Kat depan aku tu ade satu tiang dan dekat sebelah atasnya tu ade AMBI PUR AUTOMATIC AIR-FRESHENER!!


Sekian, terima kasih.







p/s: kesian minah yang kena kutuk tu.





Tuesday, April 16, 2013

6 May 2013 is HOLIDAY!


assalamualaikum dan salam sayang.


kalo betoi-betoi jadi cuti, gua laaa orang yang paling gumbira di doniaaaa!
hamboihhhhhh.





sekian, terima kasih.






p/s: tak sabar mahu balik!




Tuesday, April 9, 2013

I never thought


assalamualaikum dan salam sayang.


There are certain people who change you for the better, and who help you achieve what you never thought was possible.

Tak dinafikan, dalam setiap langkah ada laaaa pemacu yang jadi driving force. Tak dinafikan, perubahan yang berlaku dalam diri aku sedikit sebanyak dipengaruhi oleh orang-orang sekeliling. Tak kira orang tu rapat ka, tak kenal ka, secret admirer ka atau sesiapa sekalipun selayaknya diucapkan terima kasih. Kalau tidak, memang di takuk yang lama saja laaaaa. Bila dikeji, terasa diri untuk menjadi lebih baik. Bila ditegur, terasa diri untuk berusaha agar disenangi kelak. Bila dipuji, terasa diri dihargai dan tetap berjaga-jaga untuk lupa diri.

Ya, aku merasakan perubahan itu. Sedikit sebanyak aku akui niat asal aku berubah adalah kerana seseorang, mungkin tidak lagi sekarang ni. Aku sedar perubahan yang aku patut buat tu sememangnya perkara yang dituntut oleh Islam. Sepatutnya aku bersyukur atas teguran hamba Allah tu. Terima kasih kamu!



Sebenarnya, aku tak tahu bagaimana mahu buang perasaan tu jauh-jauh. Kerana rasa yang telah ku curahkan tu adalah yang paling berharga buat diri aku. Aduhhhh sakitnya!




p/s: serius aku rindu laaa!





sape cepat dia dapat!


assalamualaikum dan salam sayang.



apa bedanya kat dalm gambor atas ni? what is new?
sape teka betol gua kasi adiah! serius! gua tak tipu!







alahaiiiiiii. gua nak meronggeng laaa! nak release stress!
nak dating takde boyfriend. nak gathering semuanya busy belaka. hmmmmm.
dapat tengok wayang sedap jugak ni. makan-makan samapai lebam. amboiiii.







eh,
lu olang dapat teka ke idak ni? kalo tak gua tarik offer adiah special ni. lebih baek lu olang teka cepat!







p/s: gua baek hati hari ni!



Monday, April 8, 2013

transform with TRANSFORMERS


assalamualaikum dan salam sayang.



hahahahah. bercahaya dek sinaran bulan barang kali.
amboiiiii. macam-macam cerita-ceriti sempena PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi.







p/s: nak kena book date untuk balik mengundi ni.



Thursday, April 4, 2013

KEEP CALM and SURVIVE ENGINEERING


assalamualaikum dan salam sayang.


ade barang baek punye! ecehhhhh. profession for today is promoter. 

yang jauh mari rapat, yang rapat mari dekat! mari! mari! mari! ade beg tote special for ENGINEERING STUDENT! eh yang bukan engineering pon boleh. tak salah kan. takde kat tempat lain sebab gua je yang jual laaa ni. jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, nanti diambil orang. 

Caranya:
boleh laaa direct order dekat komen boleh, dekat Cimot punye blog Page pon boleh, atau pon emelkan saja ke cimotcute13@yahoo.com

sebelum terlupa details beg ni as follows:
saiz A4, design as in picture, price RM15 including postage.



Gua dah ade beg ni, anda bila lagi? ecehhhhhhh






p/s: jom! tunggu ape lagi!

Tuesday, April 2, 2013

School Holiday Attack

assalamulaikum dan salam sayang.


seminggu cuti. memang gamat rumah kali ni. mak dan abah tak menang mulut nak membebelkan gua, adek dan anak-anak buah-buahan gua. tepat plak mid semester break gua sama dengan cuti sekolah. ape lagi, kitorang anak-beranak macam orang giler bising. almaklum saje laaaa budak-budak ni memang ade je laaa nak buat kite orang yang lebih dewasa nak pot pet pot pet tak henti-henti. boleh laaa kalo nak lawan machine gun. too much to be told. next time i'll merepek-ing panjang-panjang. laaa ni gua stress sangat-sangat sebab naik je habis cuti, exam berlambak, assignment berlambak, quiz berlambak dan macam-macam lagi perkara remeh-temeh nak kena setel. huuuuuuu. dah nasib badan macam ni.




ohhhh miss my giler-giler lagi mereng team! hahahaha.





p/s: returning back to tons of papers!

Monday, April 1, 2013

siri STOKIN and babies #16: kak ciku, abang ciki dan adik kenit


assalamualaikum dan salam sayang.


lama giler tak bergomol-gomol ngan kucen tersayang gua ni! amboiiii. dah besaq noooooo.

tak padan kecik adik kenit tu. nak melawan je kerja dia!

budak tu nakal sungguh!

how sweet kak ciku n adik kenit.??

tido berbantalkan lengan sendiri je laaa. awek plak dah lari. melepassss.

tetibe kak ciku datang period nak marah-marah.

abang ciki menguap tak hengat.

abang ciki saje nak buat ai tergoda u!

adik kenit tak puas hati sebab kak ciku tido takmo layan dia main.



identiti stokin terpaksa dirahsiakan kerana anak masih menyusu. ecehhhhhh.
happy family sungguh ko Stokin.






p/s: puas hati dapat menembak bersama kucing gua.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...