salam kebahagiaan untuk anda semua. oh! maafkan aku kerana lately aku terlalu sibuk. aku cukup lelah, lemah dan macam nak patah. patah apa? semuanya aku rasa nak patah. patah hati, patah semangat dan patah riuk. lalalala. namun, itu cara hidup yang aku pilih dan perlu lalui untuk menggapai cita-cita.
yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
serock-rock parang kontot aku, dalam hati masih ada taman ye. kesibukan dan beberapa
peristiwa yang membuatkan aku stress menyebabkan aku kadangkala nak nangis dan baru lah nak meratap ingat Allah. wahai manusia, iaitu aku, sudah menjadi lumrah bila susah baru nak mencari si Penciptanya. oleh itu, tadi aku sudah jumpa penawar hati aku semasa jalan-jalan di PC Fair UIA. tak lain tak bukan---buku. menjadi kewajipan aku kalo sedih2 nak satu buku yang boleh buat aku tenang dan kembali ke alam nyata. berdiri di atas kaki sendiri. inilah buku yang aku maksudkan.
kenapa aku pilih buku ni? SOLAT! aku tak reti solat? alhamdulillah aku reti solat seusai aku cukup 7 tahun. sudah sedia maklum solat merupakan tiang agama dan tunjang segala ibadah. tapi sedarkah kita solat kita ini bagaimana? sempurnakah ianya di sisi Allah. cukup kita mengerjakannya 5 kali sehari semalam? kita tidak tahu itu semua. begitu juga dengan diri aku. aku merasakan wajib bagi setiap muslim untuk tahu bagaimana dengan solat kita sebenarnya? tepuk dada, tanyalah diri.
aku bukan ustazah atau hajah yang nak berhujah dan sesuka hati nak berdakwah tanpa arah. aku cuma nak ingat diri ini cuma. kerna diri ini sering kali alpa jika tidak diberi peringatan dan pengajaran. pada pendapat aku buku merupakan salah satu penyuluh nurani. jiwa kita sebenarnya sangat dahagakan ilmu dan ketandusan tazkirah seperti ini.
baiklah, aku nak suggest kat korang baca lah buku ni. isi kandungan dia sangat bagus. memang kita tahu solat. tapi ada beberapa perkara tentang solat tanpa kita sedari kita tak ambil kisah dan peduli.
aku rasa aku nak share satu part dari buku ni:
Dialog mengenai orang yang meninggalkan solat
As-Subki menerangkan tentang pandangan Imam Syafi'e bahawa menurut Syafi'e dan Ahmad berdialog tentang orang yang meninggalkan solat. Imam Syafi'e berkata kepada Ahmad:"wahai Ahmad, apakah pandanganmu tentang orang yang meningglkan solat, apakah dia termasuk orang kafir?" Ahmad menjawab"ya" lalu Syafi'e berkata lagi "jika dia termasuk orang kafir lalu bagaimana cara agar dia dapat selamat dari seksa?" Ahmad menjawab"iaitu dengan mengucapkan Lailahaillallah Muahmmadirrasullullah" "kalau begitu, ramai orang yang sentiasa mengucapkan kalimah itu, tetapi dia tidak meninggalkan solat"kata Syafi'e. Ahmad pon berkata kembali"dia akan selamat dengat melakukan solat" Syaafi'e berkata"solat orang kafir itu tidak sah dan dalam hukum Islam solat seorang kafir tidak diterima." Imam Ahmad pun akhirnya terdiam tidak berkata.
p/s: jangan judge aku ustazah plak.
aku cuma rindu tuk ada orang yang ingatkan aku.
tolong ingatkan aku.