Friday, March 21, 2014

DITURUNKAN HUJAN KERANA PELANGI BAKAL MENYUSUL

Assalamualaikum

Kepada yang tak mengikuti lagi kisah ni, sila baca PART 1 CINTA KITA YANG TIDAK KESAMPAIAN dulu.


Continued......

21 March 2014

Genap 4 tahun kau pergi. Walau seribu penyesalan masih tergantung, tapi aku tetap doakan kau bahagia di sana. Tak dinafikan aku rindu kau. Bagaimana mungkin untuk aku terus melupakannya. Kau lelaki pertama yang aku sayang, yang aku tangkap cintun walau tak pernah jumpa hatta suara pun aku tak dapat bayangkan persis siapa.

Aku move on. Aku biasa-biasa saja. Segalanya berjalan macam biasa. Bezanya sekarang aku sudah tamatkan pengajian aku. Aku bekerja sambil sambung belajar. ye! Aku sudah tamat belajar awak. Kekadang tu menitis air mata apabila terkenangkan janji kita dulu. Kau akan masuk melamarku seusai aku tamat belajar. Noktah. Cerita tu takkan pernah terjadi.

Aku kuat dalam pasrah. Hakikatnya aku lemah. 'Awakkkkkkk. Kenapa awak pergi tinggalkan saya?'



Al-Fatihah




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------






Manangis aku menaip entry ni buat kali kedua. Masa PART 1 dulu, usah cakap macam mana aku taip. Memang basah keybooard tu. Dan sampai saat ni aku takkan lupa setiap detik ketika dia kehilangan arwah. Aku sendiri yang rasa sebak yang teramat sangat. Sebab aku mengikuti setiap cerita dia. Dan kehilangan arwah tu satu tamparan yang sangat besar buat dia as the first love. Aku harap sangat kau jumpa jodoh dalam tempoh terdekat ni semoga kau lebih tenang. Aminnnnn





p/s: sungguh cepat masa berlalu.






Tuesday, March 18, 2014

Mak Cik Pon Pon




Pon! Pon! Pon!

Tiada siapa yang keluar menjengah. Nah! Lagi panjang dan lagi annoying!

PONNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!

Dah macam loceng kecemasan dek kerana tiada sesiapa yang kelihatan menyambut kedatangan. Mungkin hampir hilang sabar barangkali.

Sejak tu lekat teruih nama Mak Cik Pon Pon. Mak cik yang kuat hon kereta jika tidak disambut akan kedatangannya. Walau bagaimanapun, setiap kali pamit ke sekolah tak pernah bertangan kosong. Ada saja laaa yang akan dibawanya sebagai penceria murid-murid di sekolah. Tak banyak pon, tapi cukup bermakna dan bermanfaat untuk mereka. Seorang yang tak pernah lokek. Setiap kali teringat, muncul lah ia bawak makanan sikit, bawak alat tulis sikit, bawak hadiah untuk ustazah laaa. Comel sangat!

Ada juga keletah yang mencuit hati. Datang ke sekolah, dikirimnya sekotak pencungkil telinga besi lalu dipesan kepada seorang murid,

"Nah ambil pencungkil telinga bernilai milion-milion".

Hahahahaha.

Dipanggil seorang murid lantas diserahnya satu naskhah Surah Yassin,

"Nah ambil Yassin ni. Jangan lupa akhirat".

Balik tu budak tu terus cakap kat ustazahnya,

"Seram pulak makcik tu cakap gitu tiba-tiba".

Ustazah hanya mampu senyum. Sudah masak dengan Mak Cik Pon Pon. Terima kasih Mak Cik Pon Pon. Setiap kali datang ade saja laaa cerita yang bakal menyusul menceriakan suasana.





The Best Ever Gift! I won't ask for more!

Assalamualaikum

13032014

One more year older! Allahuakbar! He still gimme a chance to have all glances upon your dunia. Thank you Allah. Tahun ni insyaAllah my final year of study and will be graduated this semester. Mula-mula dulu rasanya 4 tahun lama yang teramat sangat. Tapi la ni rasa macam sedar tak sedar je and pantas plak. Hmmmmmm. Time flies without realize.

Pertambahan umur ni harapnya lebih mematang diri ni. Seiring juga laaa hendaknya dengan amal ibadat. Aminnnnn. Apa yang aku rasa paling belajar about birthday is 'MY MOM'! I won't be here without her with Allah's will. Susah payah dia lahir, jaga dan besarkan dengan didikan yang sempurna. Terima kasih mak.

12:00a.m.

Mak is calling. Never expect she will calling since she's always sleep early.

"Selamat Hari Jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat-sihat selalu. Semoga tercapai segala yang dihajati."

Terharunya usah cakap. That's the best gift ever! Bukan sebab mak tak pernah wish tiap-tiap tahun. Tapi because no one can challenge; she's the first person who wish on my birthday. Berderai air mata aku pastu. Speechless.




.............................................



Tak ada kata yang mampu untuk aku perjelaskan.


Walau bagaimanapun, terima kasih for all the wishes from family and friends.



Wishes paling aku tak sangka, "Cimot, cepatlah kawin!" Hahahahaha. Aminnnnnnnn.








p/s: denga citer ramai yang carik jodoh di final sem ni??




Tuesday, March 11, 2014

Final Year student


Assalamualaikum


Not more than an half year, I'll be entitled as graduating student? Aminnnnnnnn. Tapi tu laaaa behind the scene a bit crazy. Not just a bit, but TOO CRAZY! Senang cerita mace kucen ni. Wujud tak wujud je diri ni. Hanya mampu lihat je korang semua. Actually rindu jugak nak berblogging mace dulu. Lama tak bertegur sapa denge  member-member blog. Aku terus sepi. Tapi InsyaAllah aku masih kenal kamu semua. Kalau korang nak tegur-say hi boleh je. Lewat sikit laaa aku reply. Hikssssss.

Cerita hangat? Hmmmmmmm. Ni laaa kan?


Sama-sama laaa kita berdoa.





p/s: hai bloggers!
mmuahhhhs




Wednesday, March 5, 2014

Pray


Aku nak apa lagi? Tak cukup lagi?
Kesal jugak setiap kali kompelin itu ini. Macam hina sangat diri. Padahal jauh lebih baik daripada mereka yang belum tentu lagi dapat merasa apa yang aku kecapi tika ini.

Sebenarnya, semua tu dah Dia yang susun untuk aku yang terbaik sekali. Apa lagi? Jangan merungut lagi. Silap gaya aku menangis air mata darah sekali.

Yang sebenarnya doa! Doa mintak Dia tetapkan Iman tetapkan hati hanya untuk Dia hingga akhirnya! Nak mintak yang lain yang lebih baik lagi? Boleh tak salah! Yang penting aku kena banyak-banyak Alhamdulillah dengan ape yang sediakala ada. Dia pun memang suka sangat kalau aku meminta kat Dia. Sebab Dia je yang Maha Kuasa hatta Tuhan sekalian alam. Aku bisik sayup-sayup kat Dia. Aku mengadu sedu-sedan aku kat Dia. Aku titipkan jugak kebahagiaan aku kat Dia supaya jangan lupa diri. Balik-balik semua kat Dia. Sebabnya, Dia je yang paling setia, takkan tinggalkan aku sorang-sorang dan selamanya.

PANJATKANLAH DOA HANYA PADA-NYA.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...