Thursday, May 23, 2013

In Love With You - Noh Salleh ft Aizat Amdan

assalamualaikum dan salam sayang.


Lain padang, lain burung. Lain orang, lain cenderung. Tak terkecuali dek minat gua yang satu ni. Gua memang dari dulu lagi minat band Hujan. Masa tu Hujan tak keluar radio apatah lagi tv. Masa tu zaman kegemilangan Myspace. Band-band indie macam Hujan, Meet Uncle Hussein, Bittersweet and so on mase tu popular melalui Myspace laaa. Gua laa salah seorang yang suka layan indie mase tu. Tapi after diorang ni dah discover by media, gua dah kurang follow. Password akaun myspace pon gua dah tak ingat. Silap gaya myspace dah buang akaun gua. Sampai laaa ni Lan Meet Uncle Hussein pon dah wujudkan band lain. Tu semua zaman muda-mudi gua dulu. Tapi tu laaa gua tak lepas jugak dek yang satu ni; Hujan. Baru-baru ni gua terdengar plak lagu baru single by Noh duet ngan Aizat. Nice! Kind of satu nafas baru. Jom layannnnnnnss.



Aaa..ku lebih tampan dari dia
Aaa..ku lebih segak dari dia
Kau inspirasi ku oh wanita
Ku akan pastikan kau bahagia


Dalam sepi senja ku sentiasa ada
Tahukah kau aku
In love with you


Aaa..pa pun -- yang ku berikan
Aaa..patah lagi intan berlian
Kecantikanmu membakar segala
Membara kita sampai ke syurga


Dalam sepi senja ku sentiasa ada
Tahukah kau aku
In love with you
I'm so in love with you
Ku amat mencintaimu
Uuu...


Dalam sepi senja ku sentiasa ada
Tahukah kau aku
In love with you
I'm so in love with you
Ku amat mencintaimu
Uuu...


Iii..'m so in love with you
Iii..'m so in love with you
Iii..'m so in love with you
Iii..'m so in love with you





p/s:  inilah akibat dah lama tak menulih.
sekali menulih sepuluh entry pon boleh ni.
daebak!





Wednesday, May 22, 2013

Fenomena Anak Muda Yang Bernama ADAM ADLI

assalamualaikum dan salam sayang.

this is Adam Adli for those do not know him yet.


5.5.2013 tarikh keramat buat diri gua kerana buat pertama kali gua pergi mengundi PRU13. Semangat dia bukan alang-alang. Memang semangat habis. Gua siap balik kampung cuti seminggu. Tudiaaaaa. Ini kali lah katakan. opsssss. Undi itu adalah rahsia. cehhhhh

Dah sekian berapa minggu gua tak sempat nak ulas pape pon pasal PRU13 baru-baru ni. Bukan laaa nak ulas sebagai pakar politik pon, just my two cent. Dan gua pon tak minat laaa nak ulas pape sebab too many yang dah ulas benda yang gua rasa sama ngan thinking gua. Nonsense to keep the same thing aite. Just forget it. Now is Penangan Adam Adli. Dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi hatta seluruh Malaysia pon sekarang ni memang tengah HOT dengan aktivis mahasiswa ni. Gua memang salute laaa dengan keberanian dia. OK takyah nak kondem gua. This is freedom to express what you think. Laaaa ni gua takde kondem lu orang. And, ni ruang gua suka hati gua.

From the bad side lu orang cakap Adam Adli ni dah serupa nak buat rusuhan, huru-hara sini sana serupa meruntuhkan negara. But from the bright side, cuba lu orang telek balik dia suarakan almost benda yang betul. 'Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan.' Its are all about the injustice of our last election. Apa lagi? Memang betulkan? Cukup lah tengok dengan tv saje. That tv stations supposedly equally giving right to both parties to promote their manifestos. Tapi sebaliknya! Newspapers, radios and so on semuanya berat sebelah. Paling tak patut main kutuk-kutuk secara terang-terangan dan sebenarnya salah dalam akta penyiaran umum yang sepatutnya tidak memihak pada mana-mana pihak. So, I don't think to call 'KERAJAAN KOTOR' is not right.

Itu baru pasal media. Pastu pasal kejadian mengundi. Firstly, gua sebenarnya kompius Najib ni Perdana Menteri negara mana ye? I am not joking. But this is reality where Najib is Bangladeshi!  HUH??? Tak percaya? HAHAHAHA. Tak caya tanya laa Bangla kat mana-mana. Malu laaa nak ngaku Najib as my PM right now. Sebab dia dah buat taraf warganegara kita murah sangat. Senang-senang je dia bagi kat Bangla-Bangla tu semua status warganegara. Bagi IC bagi duit as easy as ABC. Ape ni?

Eh meluat gua nak sebut pasal Najib ni. Sekarang ni back to the topic, kenapa korang gelabah sangat nak tangkap Adam Adli ni? Dia buat ape je pon? Menghasut orang ramai?  Lantak pi laaa dia nak hasut ka hape ka. Tapi kalau korang tak salah, PRU hari tu telus, and so on bakpe nak takut kan? Rilex sudah laaaa kan. Sendiri terasa pedas laaaa kan? Or memang korang salah ke? hahahaha.

"semakin lama Adam diperam, semakin gema jerit melawan".A. Samad Said







p/s: kalau seorang pemimpin dah tunjuk adab yang tak elok, apatah lagi gua?





Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah bergelar sebagai seorang isteri


assalamualaikum dan salam sayang.

amek laaaa tempias pengantin sikit!

Jumaat lepas, selamat seorang member gua melangsungkan perkahwinan. Yuppp member gua! Member gua laaaaa! Alamak ade plak yang dah tersalah faham ni. Maafn gua dah buat kalian ter-eksaited terlebih kannnn. Siapa yang takmo kawen kawan-kawan. Gua ni siap bercita-cita kalo boleh nak kawen before gua graduasi kalu boleh. Tapi apakan daya gua calon pon takde. Takpe laaa belom sampai lagi jodoh gua. Eh, apa pasal plak cerita pasal gua. Yang kawen ni member gua. Nama dia Wardah. I am really happy for you dear my friend! Serious! Tahniah laa beb! Ko laaa member pertama kitorang yang pecah rekod kawen dulu! perghhhhhhh. Harapnya, lepas ni ade ramai lagi yang bakal menyusul ikut jejak langkah ko. Gua bukan ape laaaa. Antara member kita ramai je yang sudah berpunya pasangan masing-masing. Tapi masih belum ade nampaknya yang hendak mendirikan masjid dalam tempoh terdekat ni. Tampak lebih selesa begitu. Tapi gua kurang seronok sebenarnya sebab tak manis macam apa yang Wardah buat ni. Belom sampai lagi laaaa kottt. Apa pon, gua doa kalian semua bahagia. Doakan gua jugak ye! Semoga gua jumpa jodoh yang baik-baik, comel-comel dan yang penting itam manis. ecehhhhh nak demand plak. HAHAHAHA.

flower girl. puihhhhh

CONGRATULATIONS JAMILAH WARDAH & AZIZ RASHID

Semoga bahagia sampai syurga ya beb!






p/s: seronoknya dah ade punching bag!
hahaha.


Friday, May 3, 2013

cikgu oo cikgu


assalamulaikum dan salam sayang.


Location: Teratak Riverview, Tanjung Malim
Date: 26-28 April 2013

Kekangan masa yang melampau menghadkan kadar metabolisme penaipan gua semenjak dua menjak ni. Apa boleh buat, sudah tiba masanya. Ecehhhhhh. Dahtu memang banyak benda nak corat-coret. Terlampau banyak. Tapi gua nak mencoret pengalaman gua baru-baru ni jadi Assistant Trainer.

Baiklah. Bersiap-siaga kalian semua sebab gua nak mencoret panjang-panjang sebagai galang ganti lewat titipan khabar berita. Ecehhhhhh. Agak meremang bulu roma jugak menulis puitis dan dramatis bak A. Samad Said ni. Puihhhhhh. Sungguh gua ni perasan terlebih. Eh, gua nak praktis laaa.

Alkisahnya bermula begini,

Malam tu semalaman gua ngan Hanimbest lepak bilik Watde. Borak-borak, makan-makan dan main game dari satu game ke satu game. Lagha sungguh. Takpelaaaaa. Dah lama kottt tak buat benda macam tu. Lepak yang teramat sangat tahap ke-lepak-an nya! Tetibe, ade satu pesanan ringkas menerjah masuk ke ruang kotak. Pelik. Jarang yang mesej lewat-lewat gitu. Tengok-tengok daripada Cikgu Nazry??? Emmmmm. musykil sebentar.

Cikgu Nazry: Salam. Shima available x 26-28 April ni? kalau U free nak ajak U jadi Asst Trainer Practical Recreation 1 kat Tg Malim.
Gua: Wasalam. Boleh je InsyaAllah. Tapi siapa lagi?
Cikgu Nazry: Kawan awak yang flying fox sama-sama masa student carnival hari tu. 

Pikir punye pikir, gua pon setuju je. Lagipon, semua program gua dah habis. Syanana pon ikut. Dan yang paling penting gua dapat menimba ilmu dan pengalaman yang takde jual kat mane-mane. Lagi pon dulu gua pergi sebagai peserta, apa kata kali ni gua merasa jadi trainer. Maka, gua dan Syanana pon secara rasminya jadi Assistant Trainer(AT) kepada Cikgu Nazry.

Apakah tugas sebagai AT? Ok actually Cikgu dah cakap yang kami berdua akan assist cikgu in any matter kat camp site nanti. Sebelum tu, kitorang diminta assist Kak Ros dan Kak Imah untuk prepare barang-barang and distribute to students. Tapi apakan daya kami ada kelas dan beberapa kekangan masa. Ada laa satu petang tu je gua turun tolong Kak Ros dan Kak Imah prepare dapur dan khemah sikit-sikit. Next malam pon gua tak dapat tolong sebab ade kelas. Samapaikan gua siap bawak beg camping pergi kelas dan straight dari kelas terus pergi gather kat Main Staircase.

Macam biasa, perjalanan akan bermula around 11-12 malam. Tempat yang sama macam dulu. Not a big deal for me and Syanana. Semuanya mcam biasa. Cuma kali ni agak relax laaa sebab kitorang tak perlu laa nak rushing sangat. heeeeeeee. Memang best laaa pada gua.

Situasi: Gua borak-borak ngan Syanana sambil perhatikan adik-adik ni kemas-kemas. Tiba-tiba, ketua depa datang mai.

Budak 1: Sis, group berapa?
Gua: Oh, takde group laa sis.
Budak 1: Hah? macam mana tu?
Gua: Oh, kitorang AT.
Budak 1: Laaaa yeke. Sori sori. Eh, mudanya.

Gua ngan Syanana dah gelak mengekek. Tak sangka plak itu yang dia komen. Pastu semua panggil kitorang akak. Jadinya, akak oooo akak. Ade jugak yang dah kenal kitorang memang panggil akak laaa. Sebabnya ramai yang pergi camping ni bebudak Kuliyyah Engin sama ngan gua. Sama kelas ngan gua pon ade. So, no hal laaaaa. Senang nak interact each other.

suker bebenor dorang mase ni. kalo boleh nak seploh shot. hahaha.

Situasi: Bila mana kitorang melawat kawasan.

Budak 2: Kak, bak mari nescafe se. Kaotim laa kak.
Budak 3: Kak, bla bla bla.
Budak 4: Kak, bla bla bla.

Ade saje laaaaa budak-budak ni setiap kali kitorang ade berhampirang ngan dorang. Kekadang tu geram jugak sebab mengalahkan budak kecik perangai merengek-rengek depa ni. Paling tak boleh blah panggil kitorang 'Akak Vom'. Sebabnya kitorang satu kelas Vom. Memang hampessss.

Situasi: Beratur.

Budak 4: Kak, tak tukar baju pon. Tak mandi ye?

Panggil kitorang sambil menjerit kuat-kuat. Dahtu budak-budak lain semua tengok ke arah kitorang. Grrrrrrr. Memang gua geram.

Situasi: Datang Team Manager ni kat gua terus pegang tangan gua. Ah sudahhhhh. Apesal plak ni.

Budak: Cikgu, saya stress ni.
Gua: Kenapa plak ni?
Budak: Saya stress laaa cikgu. Saya rase dorang macam annoying dengan saya. Saya ni tak habes-habes bising itu ini laaaa.
Gua: Eh, awak buat tak tahu je. Awak kan ketua. Dah-dah jangan nangis. Bla bla bla.

Pandai kan gua bagi nasihat kat adik-adik. Padahal diri sendiri pon hidup terkontang-kanting cam hape je. Dahtu. takkan laaa gua nak biarkan saja budak tu nangis. Kesian kat dia. Pada masa yang sama banyak yang gua belajar. Selain tu, gua terus terbayang macam mana gua dulu-dulu go through benda ni. Memang macam tu laaa atau silap gayanya lagi teruk rupenya. HAHAHAHA.

cimot dan syanana twee
By the way, enjoy sangat!

There's no substitute for experience.
and
If we could sell our experiences for what they cost us, we'd all be millionaires.

Peace yawwwww!!



p/s: Thanks Cikgu!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...