Friday, October 26, 2012

raya dan ketupat


assalamualaikum dan salam sayang.


hamboiihhhhhh cuti seminggu tersangatlah nikmat. dan harap maaf kalo gua 'ter'buat kalian rindu bangat sama gua. hahaha. perasan habes babes kannnnn. cuti tak cuti, rutin gua macam-macam laaa kat rumah ni. kerja rumah yang takkan pernah pupus dan ditelan dek zaman. tambah pula raya yang menjelang tiba.

2 hari lepas; nak dijadikan cerita,



gua: mak ooo mak reti ke buat ketupat?

mak: eh mestilaaaa. dulu-dulu laaa. sekarang ni ingat-ingat lupa je.

gua: dari dulu time raya tak pernah pon buat ketupat. dan kite pon tak reti caner nak wat ketupat tu.

mak: laaaaa ko tak reti ke?

gua: yelaaaa. dah mak tak pernah pon buat. guane?

mak ngah repair gua punye. hahaha. abes laaaa.
salah satunya gua yang anyam sendiri okeh!
mak: bang, budak ni rupenya tak pernah buat ketupat.

abah: hah? tak reti? haaaa kat rumah lama tu ade daun kelapa muda baru lepas tebang. pergi laaa amek.

gua: hihihihi. (sambil buat muka cumel)

abah: meh sini abah pergi amek.

gua: hihihihi. (sambil sengih-sengih pula. taktik yang berkesan bukan?)

abah laa yang paling gigih.
macam tu, macam ni. gitu laaa gini laaa. sehari suntuk laaaa mak dan abah gua melaksanakan full training dah gayanya ke atas gua supaya tahu menganyam ketupat. and.................................

gua berjaya juga sudahnya.

abah and mak dah macam race plak menyanyam ketupat. sape buat banyak, yang cantik, yang entahpape je. aku pon taktau. ketupat pulut, ketupat nasi, ketupat bawang n bla bla bla. tapi tak boleh nak sangkal, abah gua memang master ketupat! mak gua pon angkat bendera putih. hahaha.

master chef ketupat! hehehe
tadaaaaaaa. ni la hasilnya. tak sabar nak menyantap! ecehhh.
begitulah alkisahnya gua dan raya dan ketupas-first-time-mencuba-buat-dan-berjaya-juga-akhirnya. fuhhhhhhh. sungguh gua berbangga dengan bakat terpendam gua. puihhhhhhhh.

papepon gua nak ucapkan

SALAM AIDILADHA

kepada seluruh umat Islam terutamanya keluarga tersayang, member-member cun kacak hensem lagi gojes dan sesiapa saja yang mengenali diri ini. ecehhhh. dah macam salam perantauan saja ghupenye. feeling laaaa sikit kan. hahahaha.







p/s: jemput laa datang ke rumah kalo nak rasa hasil tangan gua yang lagi berseni ni.






Friday, October 19, 2012

rombongan Datin Azyan

assalamualaikum dan salam sayang.


hamboihhhhh datin azyan! kelasssss kau buat rombongan! hahaha.



eh malas laaa gua nak membebel berjela-jela. tak perlu kot. tunggu gua jadi mak nanti entah bilenya baru gua akan membebel sampai uoll nye telinga bernanah. puiiiiihh. just let me story through the pictures okeh?
  sebelum tu peringatan sikit, sebab entry ni ade aura yang berbaur ala-ala mak datin sikit. hakkkktuihhhhhh.
emangnya kak Fatin dah macam ikut tema tuan rumah plak kan. hahaha

tu dia datin and datin wanna be. kah kah kah.
pengantin yang comel!
sweetnya kami!
kena tiga kali snap sebab tukar cameraman. hahahah. sape yang tak tukar?

kenyang sudah. pulang lah.
promosi uih raya haji yang tak lama lagi.
kereta belakang tu sebenarnya jadi objek utama. haha.
sempat jumpa trak askar nak pindah rumah. pastu haruslah take one shot! hahaha.


meriah sungguh kan Datin Azyan ni?
meriah? asal cam hape je pilihan word aku ni? emmmmm. rasenya happening is better aite! yeahhh really happening kerana adanya daku! hahahaha

haaaaa. gua pergi rombongan datin tuuu. korang hado? nan hado kan? haaaa




p/s: pasni kenduri abang najib plak!
tunggu ye abang najib!
rombongan datin mai nanti.


Tuesday, October 16, 2012

siri STOKIN and babies #13: R.I.P. CIKOI


assalamualaikum dan salam sayang.



10.10.2012
4.30pm

bersantai gua menyiapkan sudoku dalam surat khabar The Star. lama giler tak bermanja dengan hobi feveret gua ni. ye gua adalah penggemar sudoku. walau gua ni agak entah pape, tapi gua seorang yang pencinta nombor laaa jugak. eh apekah kaitan?

tet tet tet tet tet tet tet
tepon bimbit gua bernada power rangers, menandakan ade sms baru masuk. sape lagi ni? tadi tak henti-henti sms masuk macam m16. dah lama senyap lega rasanya. tapi ade lagi? ishkkkk. malas betul nak menggeledah beg.

tengok je nama adek yang naik. ape lagi laa minah ni. gua malas nak merungut dalam hati lagi. bukak je.

"kak, cikoi dah mati tadi. sampai mak pon nanges,"

gulpppppp. gua tersentap. bukan gua sentap sebab cikoi mati je tapi sebab mak gua pon nanges. means she's really sayang sama cikoi. ye gua pon sayang giler sama cikoi. ape tak nya?cikoi laa satu-satunya yang klon stokin. memang fotostat cam stokin.





p/s: tabah laa ye stokin.



Saturday, October 13, 2012

gambar convo special edition

assalamualaikum dan salam sayang. 

ecehhhhhhhhhhh. bukan gua yang berkonvo. sila jangan salah faham. entry lepas pon, bukan gua yang berkonvo. dan sekali lagi, sila jangan salah faham. maafin gua kalau dah terbuat segelintir readers tersalah faham pula. sebenarnya gua eksaited laaa kak-kak senior yang gua kenali sudah graduate. happy for them. dengan hati gua yang besar ni nak laaaa wish....


CONGRATULATIONS YOU ALL!
HAPPY GRADUATION!



hamboihhhhh. tak tau nape tak habes-habes tahap ke-happy-an gua terhadap konvo ni. bukan ape pon, cuma lama sungguh gua rasa duk belajar sini. ye gua paham belajar dan pembelajaran tu endless. tapi gua manusia, yang kekadang tu tak boleh nak mengelak daripada mengeluh. aduyyyyyaiii. 

sudah cukup sudah. gua just nak share moment jumpa kak izma hari konvo last week. ritu kan gua ade mention nak jumpa kak izma kat sini. so, memang dah janji ngan kak izma a week before lagi. yang paling sweet, "see you 2morrow!" hahaha. bila dah jumpa, secara tak langsung gua join team shooting gambor kak izma. hahaha. tu laa kak izma, gua ni tak boleh diajak bergambor. mesti on je. 

cimot comot, kak izma cun, mejah poyo

mejoh meme suko buak muko hok gitu. dop pehe aku.

yang depan tu semua pemain bola tau. hahaha

gua: akak katne? saye dah kat tepi padang cac ni.
kak izma: akak ade kat tengah-tengah padang nihaaaa. mai mai.

gua carik punya carik sambil mata ni memang zoom out zoom in carik mana satu kakizma ni. almaklum first time jumpe. saspens gak. tup tup gua nampak mejah dulu dan sebelah tu kak izma ngah lambai-lambai gua yang ngah on call. terus gua terjerit.

gua: mejah! ape kau buat sini?
mejah: ni haaa. (sambil tengok kak izma)
gua: ohhhhh. hai kak izma!
kak izma: hai cimot! jumpa pon! hahaha. sorry laaa kelam kabut sikit.
gua: eh ok jaaa. lagi pon dah janji nak jumpa kan. nihaaa mejah. hmmmm tak sangka budak ni ade.
mejah: tadi aku dah panggil ko. cimot cimot. tapi ko tak dengar. aku nampak ko tadi datang naik moto ngan helmet pink tu.
gua: huh? yeke? katne?
mejah: alaaaa tadi masa ko nak parking tu.
gua: ohhhhh. padan laa aku ade dengar orang panggil. tapi aku tanya adek, dia kate takde. cehhhh.


gua pendek laaaa!

gua: kak  izma! apasal nampak kecik? serius! laen laaaa.
kak izma: yeke? tak sama ea ngan gambar?
gua: a'ah.
kak izma: tulaaa dalam gambar cantik, tapi ni banyak parut kan?
gua: ishkkk akak ni. bukan sebab tu laaaa. akak nampak kecik laaa. ^^

a week before,

kak izma: cimot, ade ke nanti?
gua: ade je. saye committee convest.
kak izma: ohhhh. tak susah ke nanti? cane nanti kalo akak nak mintak tolong pape?
gua: elehhhhh. boleh je lari-lari sekejap.
kak izma: hahaha. yelaaa tu. malu ka nak jumpa nanti?
gua: ehhh. taktau laaaa. malu kot. tapi ok je. hahaha. kenapa kak?
kak izma: mana laa tau cimot segan plak. dalam gambar cantik, jumpa lain. akak ade banyak parut tau.
gua: hahaha. akak ni. takde masalah laaaa. saye pon bukan cantik.
kak izma: okehhh jumpa nanti!


happy faces!

hahahaha. sporting giler kak izma and members. selamber je semuanya. i loike! kak izma, i just got one candid picture for you! ni je yang elok. yang lain semua candid macam hantu sebab kak izma bergerak. hahahaha.

ehem ehem ehem. any komen kak izma? hihihi


nak gambor ngan akak-akak yang lain, kebanyakan lesap tak dapat dihubungi pada hari kejadian.
hmmmmm. everyone busy with shooting. but i'm happy for you. doakan adek ni habes mengikut tempoh yang sepatutnya dan bergraduasi tepat pada masanya 2 tahun dari sekarang. aminnnnnn.


akhir kata, layan laaaa video ni sebagai inspirasi. hahahaha.







p/s: serius kak izma nampak kurus dari gambar.





Sunday, October 7, 2012

tahukah macam mana feeling bile konvo?


 assalamualaikum dan salam sayang.



haaaaaa.. camni laaa kot rasenye bila konvo. ni baru ala-ala feeling gitu. ala-ala je tau. belum yang betul-betul punye. kalo yang betul-betul, haruslah lebih ekstrem lagi ye dak? ahhhhhhh. tu kena tunggu lagi 2 tahun laaa. insyaAllah semoga dipermudahkan jalan olehNya. aminnnn.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


now UIA just held convocation day. so, come and join us. a lot of programs and stalls. bak kata astro, macam-macam ada. yang penting datang dulu, telek, belek, suka, puas hati laaa sudahnya. yeahhhhhh.






p/s: nak jumpa kak izma.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...