Assalamualaikum dan salam sayang
sejujurnya...ku tak bisa...hidup tanpa ada kamu,aku gila...
seandainya...kamu bisa...mengulang kembali lagi,cinta kita...
takkan ku sia-siakan kamu lagi...
Layan laaaa lagu Firman tu. Saja kasi lentok sikit. Bukan aku tak sudi lagi untuk keletak-keletuk keyboard khas untuk melakar cereta-ceriti di dada kamu wahai blog. Tapi kekangan masa yang begitu terhad membuat aku abaikan kamu. Maafkan aku. Jangan kamu risau selagi aku diberi lagi nafas.
Tahu tak, aku tak suka jatuh suka! Pencerahan; jatuh SUKA adalah sama sekali berbeza dengan jatuh CINTA. Tetapi dua-dua nya saling berkaitan antara satu sama lain. Setelah jatuh suka menjadi kebiasaan atau lumrahnya memang akan jatuh cinta. Dan sebab itu laaa aku tak suka pabila jatuh suka! Aku khuatir kerana kelak jatuh cinta. Sudah tu aku yang meragan. Jiwa kacau. Tak tentu arah. Tak semena-mena asyik teringat terbayang termimpi. Parok! Parok! Tu yang jadi AKU GILA KAN KAU. Oh, please!
Kanan di kiri, kiri di kanan.
Apa makna di sebalik? Sebenarnya, ini adalah situasi di mana bila jatuh suka pada salah orang! Jatuh suka tu dah dikategori sebagai parah. Jatuh suka plak pada yang salah?? Double parah mungkin? Sekarang ni, situasi ni dah pernah terjadi pada aku. Sucks!
Memang aku rasa........ Eh! Tak tau laa nak terangkan macam mana. Tapi bila dapat tahu, terus rasa nak sekeh bertubi-tubi si malaun tu! Ko belai jiwa sebaik habis. Ko layan segala gila. Tup tup tup ko dah ade yang punye! Bodoh!
DONE!
Laaa ni ade lagi yang datang mengetuk! Takut nak cuba. Tapi dah mula suka. Ahhhhh persetankan.
Lagi senang menyendiri.
Biarlah masa yang tentukan bila tiba saatnya nanti.
Aku pasti.
p/s: aku tak kisah siapa dia nanti hatta tak setaraf,
tapi indah peribadi.