Saturday, June 9, 2012

lagaknya haruslah seperti pelajar yang tamat menduduki peperiksaan! hoooooooorayyy

assalamualaikum dan salam sayang



hamboihhhhhhhhhhhhhhhhhh. tajuk taknak kalah. panjang nak mapuih. koh koh koh.





p/s: boleh laaaa nak tido sampai lebam pasni.



Tuesday, June 5, 2012

insomnia

assalamualaikum dan salam sayang.



almost a month. yeahhhhhh. almost a month i'm being like a zombie crawling to get bed. unfortunately, rarely success. bila dah feeling je, mata pon dah steam, bantal pelok dah lemas kena pelok tapi selalu je laaaa end up ngan tidur lambat jugak laaaaa. sebab hari-hari sebelumnya pon lambat tidur. it such my biological clock being disturbed or in disorder condition.

seksa laaaa jugak. bila siang hari nak membuta saja kerjanya. dah macam batman pulak rasanya. semua gara-gara tak dapat tidur malam. bukan sengaja taknak tidur. tapi dengan assignment, quiz dan sebagainya yang berderet-deret macam semut meniti sebelum start exam haritu, memang sah-sah laaaaa aku membakar minyak di tengah malam (burn the midnight oil). adessssss. ni dah masuk medan peperangan lagi laaaaa aku kena membakar minyak dengan lebih gigih dan sakannya. usah cakap laaaa tahap sakannya. katil aku tu dah tak gaya katil. macam perpustakaan mini. penuh segala macam buku. so, ade feeling ke nak tidur ngan katil serupa gitu?

dan aku harap sangat laaa habis je exam 9 Jun ni aku boleh perbetulkan semula jam biologi aku ni. rasa diri ni dah tak normal sangat. malam berjaga siang membuta. tak elok kotttt anak dara membuta siang hari. aduhaiiiiii. sori laaa mak. anak mak ni tak senonoh betul. hehehehe.

okeh. walau papepon, strive for the last two papers!
  • Manufacturing Process 2 - 6 Jun 2012, 9:00 am
  • Math 4 (Probability & Statistics) - 9 Jun 2012, 9:00am

kepada member Engineering UIA yang masih berperang sama ngan aku, ayuhhhhhh! sikit je lagi ni!





p/s: okeh tinggal dua payyyper je lagi!


Monday, June 4, 2012

cerita bangang abang gua #4

assalamualaikum dan salam sayang.


mengantuk dohhhhhh. ye mengantuk sebab membaca. subjek membaca memang boring dan mengantuk-kan mata. sempat laaaa gua berangan dan tetibe terimbau kisah zaman muda-muda dedolu. arghhhh. macam laaa sekarang ni gua dah tua kerepot. perasan veteren kunonnya. cerita 2 tahun lalu mungkin. i'm not sure the exact time and date. yang pastinya kisah ini berlaku dalam kereta on the way nak balik rumah akak. dalam kereta tu ada akak, abang, adek, gua dan 2 orang anak buah gua; Deena and Dhani. jalan punya jalan dah penat maka menjadi fitrah pandai-pandai laaa pulang ke rumah. dan tanpa disangka-sangka kitorang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. memang tak sangka laaaa. dah laaa dalam bulatan plak tu. dekat satu jam sangkut dalm bulatan je! haishhhhh. geram betol. dah laaa kitorang sehelai sepinggang. takde bawak pape nak kunyah-kunyah nak minum-minum. sungguh stress dan boring. end up kitorang nyanyi sambil dengar radio. oh kitorang tu anak-anak buah gua yang nyanyi. yang gua dewasa ni borak-borak laaa macam-macam. dari satu topik ke satu topik habes diborak.

tengah borak-borak tu, macam-macam laaaa intonasi dan emosi yang terjadi. gelak laaaa. pastu terjerit sebab excited. dan dah menjadi kebiasaan akak or abang gua panggil gua Mot je in short. walau nama Cimot tu dah cukup pendek, tapi nak lagi pendek. entahpapenye laaa abang and akak gua ni. tapi gua tak kisah sangat pon. yang penting gua happy. keh keh. so, sambung balik cerita dalam kereta tu. maka, secara tidak langsung memang ade saja laaa dalam sesi conversation yang depa akan panggil gua for response sometimes.

"Mot, ingat tak ritu kita.... bla bla bla dab bla bla...?" 
"kan Mot? memang camtu bla bla bla bla...." 
"sama laaaa. tak caye ce tanye Mot.. bla bla bla bla...."

Mot Mot Mot again and again



tetibe je Deena...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


"eh eh eh apasal ko ni Deena?" kata gua tak puas hati.


abang gua plak, "huh padan laaa muka korang. kah kah." cam ape jer abang gua ni kan. mentang-mentang yang cakap tu anak dia. adehhhhh.



and last sekali, nak terharu laaa sikit sebab ade orang tu suke sebut nama gua. nama cimot ni comel katenye! huh! sedap plak menambah maggi secukup rasa. hahaha.

thanx laaa awak!



p/s: can call me MOT in short.. hahaha.


Saturday, June 2, 2012

rezeki ALLAH itu luas; ada di mana-mana sahaja.


assalamualaikum dan salam sayang.

step by step ahead
masih memburu masa. masih kesuntukan masa juga. namun, tak dapat aku hindari daripada terus mencoret di dada ini sebagai luahan gelora perasaan. acewahhhhh. sudah! persetankan madah-madah yang tak seindah. ini cerita hari ni. serius aku sangat geram dan ketidakpuasan hati.

sister A: awak amek course ape?

me: ohh. saya amek engin (short form for engineering in UIA).

sister A: engin bukan susah ke?

me: nothing is easy in this world. walau ada yang senang, but you still need work on it.

sister B: nanti nak kerja jadi ape?

me: kerja ape? off course laaa engineer insyaAllah. and could be any kind of jobs.

sister A: eh, tak susah ke pompuan engin nak kerja nanti? bukan lelaki ke yang banyak.?

gua dah kurang senang dengan soalan-soalan bom nuklear dua orang sister ni. adehhhhh. gila macam racist pon ade. so, memang mengundang angin aurora laaa.(ade ke angin aurora? hantam saja maaaa.)

takkan nak mengalah begitu saja? adoyaiiiii. geram kotttt gua kena tindas macam tu. maka gua dengan yakinnya membidas...

me: hmmmmm.. tak kisah laaa engin ke ape. bila kerja nanti ikut laa rezeki masing-masing. ade setengah orang cgpa teruk nak mampos, tapi tup tup kuar je dari uni, pi interview terus dapat kerja. ade jugak yang dean list, best student and so on bagai, tapi menganggur tak tau nak buat ape. depends laaaa. how we are? good enough? well communication skill? confident? pandai-pandai laaa bawak diri masing-masing. dan lagi satu. rezeki Allah tu luas. ada di mana-mana saja. yang penting kita yang carik. and ada lagi satu. even, i'm taking engineering, doesn't mean i end up being an engineer. maybe i could be a designer, a writer or even a teacher? who knows? semua tu sebab rezeki yang sudah ditentukan. 

then, tetibe teringat plak one of alumni UIA kat Sabah pernah cakap;
"just keep your well known identity"

dari sekolah aku tak pernah menyesal dengan jalan yang aku pilih. mengambil jurusan kejuruteraan bukan lah satu kesilapan pada aku; tapi cabaran untuk aku. walau susah tetap aku tempuh. tak kurang juga senang jadikan pemangkin terus mara ke hadapan. so, kenapa harus takut dengan jalan yang dipilih? akhir sekali, nak cakap yang Allah dah menjanjikan ganjaran kepada hambaNya yang berusaha.




p/s: just believe in Allah.


Friday, June 1, 2012

MAR'AH SOLEHAH; ciri-ciri wanita solehah idaman lelaki

assalamualaikum dan salam sayang

tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah


really want to share something that really attracts me. yes! to my beloved sisters especially. this fact makes me keep thinking again and again. how am i? read again and again. then, i feel shame! 

"ya Allah! aku berlindung dengan Engkau dari kehilangan nikmat-Mu, dari luputnya kesihatan yang Engkau kurniakan, dari pembalasan-Mu yang mendadak dan dari semua kemurkaan-Mu."

inilah yang ingin ku kongsikan dengan kalian; wahai wanita-bakal-bergelar-isteri-suatu-hari-nanti:

Spesifikasi Minima Calon Isteri Yang Lelaki Mahu
--------------------------------------------------------
1. Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.
2. Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.
3. Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly.
4. Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.
5. Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.
6. Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.
7. Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.
8. Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.
9. Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.
10. Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.
11. Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.
12. Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah.
13. Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.
14. Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.
15. Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.
16. Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.
17. Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang.
18. Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.
19. Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.
20. Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.
21. Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.
22. Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.
23. Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.
24. Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.
25. Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.
26. Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.
27. Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.
28. Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)
29. Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.
30. Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, dia suka kamu dan setuju nak kawin dengan kamu ler. hehe. Spesifikasi panjang, tapi dia tanak nikah dengan kamu watpe gak. kikiki.

Originally by : Syabab Musafir Kasih



renung-renungkan dan selamat beramal.




p/s: hey shima, teruskan kayuhan tu!
never stop!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...