Saturday, April 30, 2011

RED VELVET CUPCAKES WITH CREAM CHEESE !! YUMMMMMMMMY !!


ohlalalalala. memang sedap red velvet ni hingga menjilat punggung sudu. korang kena cuba ye. cuba jangan tak cuba. korang boleh bayangkan time makan red velvet ni macam makan sambil melintas di atas red carpet gitu. oh. terasa femes. terasa fofuler kejap. hahahaha.



cream cheese tu memang tiptop aku cakap.

oh. sudah berlubang separuh. sayang nak habiskan.
tapi takpe.
>
>
>
>
ada banyak lagi ni haaa.




p/s: korang nak ke?


Friday, April 29, 2011

WAHAI LELAKI TERUTAMANYA PARA SUAMI DI LUAR SANA DAN BAKAL SUAMI SAYA, YOUR MONEY MY MONEY. BUT MY MONEY NOT YOUR MONEY.






ini memang hakikat ye wahai si lelaki. walaupun si wanita sudah sah dikahwini dan menjadi hak milik yang kekal, tetapi anda tiada hak ke atas wang ringgit hasil titik peluh mereka bekerja. malahan, menjadi tanggungjawab anda menyediakan segala kelengkapan si isteri dari segala aspek termasuk wang perbelanjaan. maka, sekiranya dia si isteri hendak bagi wang gajinya kepada ibu bapanya, si suami tiada hak untuk menghalang.

walau bagaimanapun, aku di pihak wanita tidak lah mahu bersikap kejam. sepatutnya, si isteri haruslah membantu. sedikit sebanyak janganlah terlalu membebankan si suami sahaja. sama-sama letih bekerja, sama-samalah berkongsi kesenangan.

ecewahhhhhhh. harini aku berfikiran matang ala-ala mak aku. hehehehe.


p/s: jangan gaduh2 plak ea.


Wednesday, April 27, 2011

siri mimpi #1: MIMPI DI SIANG HARI



aku rasa dah lama tak bermimpi ketika tidor. yelahhhhh. lama giler kotttt. tapi lately aku selalu sangat mimpi. mimpi orang yang diluar kehidupan seharian aku. aku pon feliks bin ajaib je rasanya. tapi tak berapa nak amek kisah sangat la. biasa je pon. mimpi itu kan mainan tidor. buat masa ni aku dah ada 4 cerita mimpi. tak sangka plak aku still ingat. jarang sekali aku tuk ingat cerita dalam mimpi aku. selalunya bangun dari mimpi aku ingat-ingat lupa dan selalunya aku tak ingat pon. tapi aku tahu aku tadi adalah bermimpi. haissssshhh. poning kepala aku ni.

mimpi 1:

tetibe aku turun dari jeti sambil berpegangan tangan. aku tak tahu kat mana. then, aku toleh orang yang pegang tangan aku tu. huhhhhh? si dia? oh! aku sudah kawen ngan dia. ohlalalala. apa jadah ni? then, jalan2 kat pantai. picnic gitu. tetibe je ada makanan. mimpi la katakan. tak pulak nampak aku masak. hahaha. pastu teros je skip masuk keesokan harinya dia bawak aku pergi satu tempat banyak giler coklat. aku rasa nak duduk bertapa kat situ mengadap coklat sebukit. then, baru la aku tahu we're at Langkawi. dunia tanpa cukai. puas la aku borong dan makan coklat. segala macam jenis coklat ada. tapi paling aku suka coklat tetek. arghhhhhh. buruknya nama. alaaaaa. Hershey's chocolate kisses tu. masa sekolah dolu aku tak tahu nama dia apa. tapi sebab bentuk dia tu. so, aku panggil la coklat tetek. hahahaha. ok stop ! aku tahu korang kalo bab2 ni terus celik mata bila baca. next, kitorang berdua terus berjalan-jalan. dan paling aku eksaited skali. aku dah ada dslr. my dream dslr plak tu. mimpi la katakan. si dia yang bawak. apa lagi? berfotogedik la jawabnya. dah siap set up nak amek gambar kat helang gergasi
tu dan dah set timer, tinggal nak posing maut je. tetibe mak aku kejut ! adussssss. tak sempat nak snap gambor tu. potong stim la mak aku ni. hahaha

mimpi 2:
aku asyik terdengar orang sebut "zaujah". sapa plak yang kawen ni? apa itu "zaujah"? ok. "zaujah" ni perkataan arab yang bermaksud pengantin perempuan or in English we called bride. jangan keliru plak ea. zaujah tu bukan aku ye ! tapi member aku, Idah yang dah bertunang ngan classmate aku, Nazrul. boleh pulak aku mimpi pergi kenduri kawen dorang. dorang pakai serba putih. seyess both of them look very very sweet. Idah yang putih melepak tu dah macam snow white je aku tengok. time ni memang ramai la yang datang. dah macam reunion plak. hahaha. tak sempat nak berfotogediks, mak aku lagi skali potong stim kejutkan aku. adoyaiiiiii mak oiiiiii.

mimpi 3:
yang ni macam haram. aku pon tak tahu apasal la mamat 2 ekor ni boleh menerjah masuk dalam mimpi aku. tapi aku rasa sebab diorang last member skul yang aku jumpe aritu. masa ngah gathering macam tu, tetiber si Uje ngan Put telah pedajal aku. macam mana? malas aku nak citer. buat saket hati je. dah la macam siot je. aku memang hangin la jugak. bukan setakat skali. tapi banyak kali. tapi nasib baek aku terjaga cepat. lepas aku bangun, boleh plak aku bertekad tak nak kawan ngan depa dua orang ni. apa daaaaa cimot. mimpi je kottt. itulah penangan mimpi. rasa macam real je.

mimpi 4:

ni mimpi yang paling ngeri aku rasa. tetibe jer aku berada kat satu building bersejarah yang aku sendiri pon tak tahu kat mana lokasi sebenarnya. tapi macam kat oversea la. then, aku pon meninjau la kawasan sekitar tempat ala-ala berbata-bata tanpa plaster simen tu.

sedang aku berjalan-jalan tu, tetibe orang ramai bertempiaran lari. menjerit-jerit suruh lari dan selamatkan diri masing-masing. aku blurr. sebab aku still new kat tempat tu dan macam baru bangun tidur. aku masih terpinga-pinga. terus berjalan mencari haluan. nak lari pon macam tak ada mood plak. huhuhu. orang lain semua bertempiaran lari.

BOOOM!!! tetibe je satu letupan yang amat kuat. oh ya Allah! nak kiamat kah dunia? tapi tidak plak aku dengar tiupan sangka kala. masa tu baru aku rasa takut. korang boleh bayangkan mimpi aku ni macam ala-ala cerita Transformers laaa. aku pon berlari la sebab dah takut sangat. tapi apakan daya, larian ku telah dikesan oleh si Megatron durjana tu. menggeletar lutut aku. tak terkata dah rasa takut masa tu. aku pon bersembunyi di sebalik dinding yang belum runtuh. main hide and seek. tapi dia dapat jugak kesan lokasi aku. macam mana ni? nyawa aku memang kat hujung tanduk je. berserah saja lah nampaknya. tapi kali ini aku berterima kasih sangat kat mak aku. fuhhhhhhhh. mak kejut aku on the right time. aku selamat! basah lenjun baju aku dengan peluh. serius macam baru habis lari marathon. tapi malangnya aku tak sempat jumpa Bumblebee dan Optimus Prime. tak lupa juga Shia LaBeouf. alahaiiiii.


p/s: ada sesapa yang pernah mengalami mimpi yang sama macam aku?


Monday, April 18, 2011

JOM KITA BER-CHA CHA

almaklum sajalah kalau sudah dapat dapur. macam-macam rasa nak makan. berselera saja perut ni. dan tetibe saja mengidam macam-macam. teringin itulah teringin inilah. eh2 dah lama tak makan itu dan ini. semua nak makan. semua nak carik supaya tak kempunan nanti. ecewahhhh. oleh itu, masa kat rumah lah nak merasa feeling ala-ala isteri feveret or anak mithali or master chef kan? pirahhhhhhh. hahahaha. tetibe naluri kewanitaan yang kerajinan hendak memasak terjentik.

oh. cukuplah dengan mencarut aku tu. aku sebenarnya dah lama teringin nak masak bubur cha cha ni. masa dok hostel kat sekolah dolu2, bubur cha cha ni antarafeveret juadah after terawih atau orang panggil moreh. sedap. aku suka. first time aku makan bubur cha cha ni pon time sekolah rendah dolu2. aku suka ikut abah aku pergi solat terawih kat surau. walaupon aku tak solat full, tapi seronok sebab after that ada makan-makan. hihihi. tapi baru la ni aku berkesempatan nak buat sendiri dan dibantu oleh mak aku. hihihihi. sukses.

tadaaaaaaaaa. ni lah dia BUBUR CHA CHA !!!


tak banyak kuah. sebab aku tak suka hirup kuah. hihihi

senang saja nak buatnya. maksudnya tak susah la kan.
bahan-bahan:
1. cha-cha si warna warni.

2. santan

3. garam dan gula secukup rasa. nak lebih seddap boleh guna gula kabong or gula melaka or gula merah.
4. 1-2 helai daun pandan sebagai perfume. nak bau sedap lah katakan.

basuh dulu cha-cha tu dan toskan. kemudian masak cha-cha tersebut bersama santan sehingga kembang. tapi tidak terlalu kembang sangat. sedang-sedang saja macam cendol tu. then, letak daun pandan, garam dan gula. kacau-kacau sehingga masak. dan siap. dan boleh dimakan. yummmmmmm. nak sedap boleh makan cecah bersama roti gardenia. yummmmmmmmm lagi sekali.


alhamdulillah. berwarna-warni minum petang aku. cha cha taraaa kucha cha.


p/s: tak jadi aku nak diet.



Thursday, April 14, 2011

JANGAN SALAHKAN IBU MENGANDUNG MENGIDAM NAK MAKAN DURIAN !!


what the food la kan aku punye tajuk??almost a few weeks gak aku dah jadi macam ibu mengandung mengidam nak makan durian. kempunan je aku rasa. paling last aku makan durian time mid semester break hari tu yang ntah kurun bile. ohoiiiiiii. akulah hantu durian. aku panggil buah durian ni DOYAN !! maka, akulah hantu DOYAN !! hahahaha. akak aku dari hari tu dok asyik cakap nak makan doyan nak makan doyan. jom la cari doyan. jom la makan doyan. tapi sampai ke sudah. hmmmmmm. dari 1 minggu ke 1 minggu aku balik tak jugak jadinya dapat makan doyan. berkubur je la hasrat.

tak lama lepas tu, si hamzah post gambor doyan kat fb. doyan feveret aku plak tu. yang kuning2 yang lembik2. omaigod. meleleh lagi la aku. bertambah kempunan aku. pastu aku mintak la kat dia. dia kata nanti la kita pi makan doyan bukan jauh pon. ok fine! akan aku tuntut.

tapi almaklum sajalah dah nak dekat final. tahap ke-busy-an yang maha dahsyat. tak menang masa aku dibuatnya. semua nak dihabiskan. semua nak disiapkan. quiz, assignment, project, makan dan tido lagi. hoishhhhhh. kalah perdana menteri pergi buat lawatan negara-negara ASEAN. apa kaitan? arghhhh. persetankan. so and so on, lawatan makan doyan pon tak kesampaian.

tapi kerana keinginan yang membuak-buak. after exam BM aku mesej la si doyan tu ajak pekena doyan. tapi asbestos laaa. kedekut taik idung masin dia tak reply. kasi taw tempat pon dia kedekut. semuanya gara-gara aku tak mention nak belanja. cessss. memang bikin gua panas je. memang nak kena la dia kat fb. konfrontasi doyan pon bermula la kat fb. lastly, sampai abes exam lawatan doyan kitorang tak menjadi sebab masing-masing sibuk exam. hahaha. dia free, aku plak busy. bila aku free, dia plak busy. so, say goodbye je la kat doyan. next sem la ye hamzah. ko plan kasi baek punye pasni.

tetapi
tetapi
tetapi

hasrat ke-doyan-an aku tercapai juga akhirnya. after amek barang aku kat hostel, makan-makan sedunia reramai, then, abang2 dan akak2 aku kuar pi carik doyan. ohlalalalala. gua sayang kalian sesangat laaaa. thanx akak2 and abang2 saya!!!


memang doyan terbaek dari kebun ni !!
bulat2 dan comel lote.


fuhhhlamak. kuning bersinar. sampai memancar ke spek mata aku.


ohlalalala. tak sabar mau belah. tapi bukan aku la. aku tak sabar mau melantak.


isi dia semua gemuk2 dan montok2. tak ada ruas yang tak berisi. semua full.


durian dengan pulut/lemang memang combination terbaek la. feveret aku la tu. selalunya mak aku akan masak pulut kukus dan digaul dengan santan. kemudian, barulah pekena dengan durian. tapi memandangkan pulut pun tak ada dan semua nak ekspres je. lemang pon oraiiitttt. lemang kan diperbuat daripada pulut. ok le tu. jangan ada yang meleleh sudah laa ea. hihihi.


p/s: sesape yang geng doyan sila angkat tangan macam saya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...