Wednesday, March 30, 2011

A for apple B for ball. as easy as ABC.

assalamualaikum and good morning everyone. hahahaha. ok. hye everyone! i'm gonna be your teacher today. arghhhhh. jangan dengar cakap teacher tu. dengar cakap aku je. pe citer aku harini? seharian mengadap risalah-risalah di halaman sesawang memang memenatkan mata, jiwa dan raga serta bakul. harini life aku macam batman plak. malam baru aku keluar mencari makan. apa daaaaa cimot. seharian aku memerap di dalam bilik. tersangatlah malas nak turun pegi kafe. actually aku dah tak tahu nak makan apa. rambang mata. walau kafe berbeza lauk tetap sama. jadi rasa berbeza tapi tetap tidak membuka selera. akhirnya roti dan biskut menjadi santapan enak sepanjang hari. kalau nak tahu, aku memang pemakan roti. dari dulu sampai sekarang aku memang tak pernah jemu makan roti. terutamanya roti Uncle Slocumm. aku rasa buat masa ni Butterscotch lah yang terbaek.


haissshhh. sekian mukadimah ala-ala red carpet aku tu. sekarang kembali kepada tajuk teacher tu. story mory aku hari ni berkisar mudah, senang, cepat dan tangkas lagi efisyen. ewah-ewah-ewah heyyyyy. sejak 2 menjak 3 menjak ni, aku telah memerhatikan dan membuat hipotesis berdasarkan kajian bahawasanya shawl adalah lebih jimat dan mudah dalam apa jua situasi. mengapa aku berkata sedemikian?

1. jika dibandingkan dari segi matawang ringgit, shawl adalah jauh lebih murah berbanding dengan tudung bawal yang biasa2 tu. ada kalanya jauh lebih murah. shawl sekarang paling syok pon baru rm10 sehelai. tapi kalo beli dua, boleh dapat rm15-18. kira sendiri la bape harga sehelai. tetapi kalau tudung bawal selalunya yang chantek rm 15 +. kalau setakat yang rm 10 tu tudung dia biasa2 saja la dan selalunya sukar untuk dibentuk. so, memang muranh la kan?

2. shawl ni pada aku just nice sebab tak jarang. ok! memang ada shawl yang jarang and nipis, tapi banyak juga yang jenis tak jarang atau dalam istilah sains kita panggil legap or in english we called it opaque. tapi pada aku shawl ni lagi selesa la especially pashmina. selesa dan memang menepati untuk menutup aurat dari segi konteks tidak jarang. haaaaaaaaaa. one step closer to change.

3. seterusnya dari segi konteks pemakaiannya yang tersangatlah mudah dan cepat. dah boleh masuk kategori bas ekspres la. mula-mula memang agak janggal dan terkial-kial. almaklum sajalah budak baru belajar. mana ada orang terus pandai kan. tapi bila dah dapat!! OMG!! what the force is this? memang as easy as ABC laaa. belit lah macam mana sekalipun ikut cita rasa masing-masing. nak belit ala-ala ular sawa ka. nak separuh belih sahaja ka. nak macam tu macam ni suka hati hangpa. and kekadang tu aku sekali belit je dan tak payah guna pin or brooches langsung. satu pun tak payah ye! oh mudah bangat ni. sungguh amat teramat paling simple and senang. no wonder lah aku tengok almost semua foreigner kat sini duk pakai shawl. camtu rupanya. hehehehe.

4. ok. last skali shawl ni agak happening compared to tudung bawal. tudung bawal selalunya plain je. kalau nak nampak meriah sikit, ada lah bling-bling kat tepi or sulaman bunga-bungaan satu taman. kalau yang jenis corak-corak atau stripes atau polka dot atau sebagainya agak susah la kot. ade ke pon? ntah laaa. so, itulah keistimewaan shawl. tu diaaaaaaaaaaaaaa yang aku suka sangat tu. especially stripes and checkered. tapi walau macam mana pon plain always be my passion. hihihihi.

ok. enough. all of these are just my babbling for nothing. talking to myself. hahaha. i'm not good at fashion because it is not my passion. but i do love fashion since it really happened. as simple as usual but casual. can i?


hatta itu sebermula aku memakai shawl, aku kini yakin sama sekali memanggggggggg aku suka. nampak x aku senyum meleret tu? hahahaha. suka la tu. suka la tu.


p/s: lagi skali jangan tanya aku shawl tu ape.
pi google sendiri.

Monday, March 28, 2011

SADEK stands for SI ADEK



kau busy mengalahkan YB. tapi ko memang YB pon. Yang Beruang Besar. hahahaha. bile kita akan ketemu wahai SADEK ? ko dah lama start cuti tapi buat-buat ada aktiviti. cari aktiviti. penat kerna aktiviti. hati aku yang kau sakiti. ewahhhhhh. kalo tak boleh lah ko lepak ngan aku sat. gelak kuat-kuat. gosip-gosip terhangat. boleh gomol-gomol pat pat siku lipat. haishhhh. KAPAN sih?

ok! fine! aku memang rindu ko!

so?? what??








sebagai denda. hadiah besday gua mana ha?? ko jangan buat-buat lupa2 plak.





p/s: dekpukelek


Sunday, March 27, 2011

AKU TAK JIWANG !!




korang harus. eh2 no no no. tapi sunat percaya yang sememangnya aku tak jiwang langsung ok!

so, i wanna dedicate this Barney song to show how much i'm not jiwang at all. ewahhhh.

I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

YES, i love you !!

(special sketch ok!)

lately gua rasa. arghhhhh. tak tahu. aku tak tahu nak explain rasa merasa dirasa terasa perasaan gua ni. yang pasti gua sayang sama lu. lu sayang gua tak?

mood : sindrom kegilaan


p/s: jangan sibuk2 nak tahu ye!

Thursday, March 24, 2011

AKU PERGI DULU SEBELUM MU




makkngaaiiihhhhh. tajuk macam nak kena lempang. gambor plak macam tak boleh blah je. papepon korang jangan tacing2 okeyh. cool je. aku ok. aku ok. cuma...
...
...
...
aku nak exam final ni. maka aku mintak undur diri sekejap. lalu depan mak mertua oppss lalu depan korang la sambil tunduk. "saya tumpang lalu ye" hihihi. doakan daku selamat berjuang. doakan juga aku berada dalam keadaan gagah perkasa, macho, hensem lagi bergaya! yeahhhh! terasa bersemangat proton waja. ok. aku nak pi mantapkan lagi preparation la. nak make sure bersiap sedia lengkap bersenjata bersama angkatan yang lain.

inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
siap sedia berkorban
untuk ibu pertiwi
lalalala

lebih berkobar-kobar
lebih berdebar-debar
semua aku rasa dah bergegar
peace no war!

ok! see you soon.

kalau ada sumur di ladang,
boleh aku menumpang mandi,
kalau umur aku masih panjang,
insyallah aku sambung merepek lagi.

mood seperti ini harus/sunat/wajib untuk dijauhi ye!


p/s: gudlak to those who will sit for final exam.


Tuesday, March 22, 2011

KIDS ARE ADORABLE

anyone who hates kids? anyone who never wanna has a kid? anyone who even dunno what kids are? OMG! who are you guys? you are not homo sapiens even alien! because alien also love their kids. i guess based on movies.

aku suka budak
aku suka kanak-kanak
aku suka anak-anak
aku suka baby
aku suka dan sangat suka lah dengan mereka yang bergelar sama waktu dengannya.
i really love kids. damn!
apa pendapat korang pula?
don't you think so?

kenapa aku suka mereka?
mereka ada apa?
mereka ini siapa sebenarnya?
ce citer ce citer
ok ok ok. aku rasa laaaa. KIDS ARE ADORABLE. memang betul la. korang tak rasa ke apa yang aku rasa? serius aku cakap! bila tengok budak kecik ni rasa tenang dan aman je because of their naive way. for me they are such have a very extreme attractiveness. once you look at them, you would look at them twice, again and again. senakal-nakal mereka itulah yang memberi warna-warni hidup. kalau semua budak baik, senyap, sunyi alamat muram lah dunia. tiada jerit tawa mereka. tiada gegaran gegak gempita mereka berlarian. aku rasa seronok sangat kalau dapat jumpa bebudak kecik ni. even the way they are licking an ice cream makes my life is colorful. hahaha. tetibe pulak aku nak jadi budak kecik. kembali ke zaman air liur meleleh dan main hisap-hisap puting. hahaha. seronok kot. tak payah nak fikir masalah dunia yang menimbun. semua makan minum pakai berak tidur dijaga high class from our parents. oh! so wonderful!

and one more thing why i love kids so much because they will make me natural. why?
ok. aku ada satu cerita yang membuat aku berfikir betapa budak kecik ni terlalu jujur dan tulus. masa aku derma darah haritu, ada segerombolan budak sekolah rendah lingkungan darjah satu aku rasa. kecil comel lote ketot metot je. then, time nurse tu menjalankan tugasnya, depa ni duk asak aku ngan macam-macam soalan yang aku sendiri tak mampu nak beritahu mereka macam mana.

budak1: akak, sakit ke?
aku: sakit sikit je. mcam kena gigit semut.(ambik ayat doktor selalu cakap masa kecik-kecik dulu.hahaha.)
(padahal, sakit la jugak sebab aku ni penakut jarum la jugak.)
budak2: ishkk. mcam sakit je. muka akak tu berkerut tadi.
budak3: akak,berapa banyak dia nak ambik darah akak ni?
aku: banyak ni je(sambil tunjuk plastik bekas darah tu)
budak1: oooooo.
budak2: kalau dia ambil semua darah akak macam mana? habis lah akak kurus tinggal tulang.
aku: tak ada lah.
budak3: tak apa kak. nanti kitorang ambik darah nurse tu plak.

macam-macam lah budak ketot ni.
then, diorang blah.
pastu datang balik. kacau daun betul.

budak1: tak penuh lagi ke akak? dah banyak tu.
aku: belum lagi ni. sikit lagi.
budak2: boleh ke kalau kami pun nak derma darah?
aku: oh, korang tak boleh lagi. berat korang tak cukup. tunggu lah dah besar nanti baru lah derma.
budak1: oooooo.
budak3: kalau kami derma jugak, nanti mati lah ya?
budak2: alamak mati la plak. ishk. tak nak lah aku derma darah nanti.
aku: (geleng kepala aku dengan spekulasi diorang. aduyaiiii)
budak1: akak jangan mati plak ye!
aku:.............................



so, budak kecik ni suci sangat. bak kata orang umpama kain putih. pemikiran mereka terlalu tulus dan suci. sedikit pun tidak tercemar. sebab itulah kita sebagai yang lebih tua atau yang lebih dewasa terutamanya ibu bapa hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. mereka umpama botol kosong dahaga air yang perlu diisi. maka setiap perbuatan, percakapan dan sebagainya amat mudah diterima oleh mereka. maka pokok pangkalnya adalah kita, sama ada mahu mereka menjadi seorang anak yang baik atau sebaliknya.


sayangilah mereka kerana ada sebuah hadith Rasulullah yang menyatakan:


"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."
-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


p/s: anyway, i wanna have 10 kids!
can i ?
LOL

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...