Friday, May 20, 2011

EDWARD CULLEN PROPOSE AKU !

WHAT?? apasal? korang tak percaya plak? kalo orang berhati busuk memang macam tu. cemburu tak habis-habis atas segala kelebihan, kesenangan dan kebahagiaan orang lain. cuba lah bergembira atas kebahagiaan orang lain. itu adalah yang terbaik. berkurang satu titik hitam kat hati tu.









hahahaha. aku ni memang nak kena pelempang agaknya. chill ya! bukannya apa pon. cuma aku rasa Edward Cullen ni pontianak paling charming abad ni. i can't deny it!




p/s: korang suka tak tengok citer twilight?




Tuesday, May 17, 2011

CUCUR KENTANG

aku giler cucur. atau orang panggil jemput-jemput. ada jugak orang cakap cekodok. semua tu sama je berasal dari tepung. macam sepupu-sepapat, sedara-mara gitu. dah jadi macam rutin kalo minum petang tu mesti ada something untuk dilantak. dan cucur memang one of feveret kitorang sekeluarga. aku suka cuba something new. boring la asyik-asyik jemput-jemput bilis je. alam Allah ni kan luas. macam-macam ada. so, why not kita try dengan hasil alam ni. hahaha. setakat ni aku dah cuba beberapa jenis cucur. korang boleh la cuba untuk merasakan kelainannya. serius memang sedap! i'd done it!!

  • Cucur kentang (yang akan dibincangkan hari ni)
  • Cucur durian
  • Cucur cendawan
  • Cucur carrot
  • Cucur tauhu
  • Cucur udang
  • Cucur kelapa

RESEPI CUCUR KENTANG

bahan-bahan dan cara penyediannya:



1) tepung gandum.
ikut bilangan si pemakan. kebiasaan aku guna 3/4kg untuk 5-6 orang.



2) ubi kentang.
2-3 biji sudah memadai. dipotong panjang seperti nak buat french fries tu. kalo boleh jangan tebal. takut kentang tak masak plak.

3) bawang merah
3-4 ulas. hiris halus atau dipotong dadu.

4) daun bawang + daun sup.
nak kasi ada warna hijau. but, actually both leaves good for removing toxic from body.

5) telur.
sebagai penyedap dan nampak lagi cantik.

6) garam.
secukup rasa.


pembantu chef hari ni, Ayee(anak buah aku). makan saja dia tau. so, why not tolong sekali sekala kan? hahaha.

setelah selesai digaul sebati kesemua bahan tadi. make sure bancuhan just nice ye. takut TERkeras atau TERlembik plak sesudah digorang.


seterusnya proses menggoreng. ada la lebih kurang 4-5 trip jugak. oh!



inilah hasilnya. cucur@cekodok@jemput-jemput kentang si cimot! acewahhhh.

selamat mencuba!


p/s: next cucur punye resepi coming soon okeyh.
hihihihi.
coming soon = entah bila nya plak.


Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU

tiada kata secantik bahasa. kaulah ibu kaulah bapa. ketika kami di sekolahh. kau ajarkan kami membaca dan mengira. kau curahkan segala ilmu tidak kira masa. bukan sekadar mengikut silibus KBSR dan KBSM semata malah, kau titipkan apa itu erti kehidupan. agar kami bersedia menghadapi masa depan yang tiada sempadan. ecewahhhhh. seperti mencurah ke ladang gandum perbendaharaan kata hari ni. tetiba saja jari jemari pantas menaip sederas air terjun Lata Kinjang plak. itulah berkat guru. berkat guru memang teramat penting. di kesempatan ini nak ucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI SELURUH DUNIA.

CIKGU! they are awesome! memang benar mereka ibarat lilin yang membakar diri menerangi kegelapan. dari buta terus celik. dari tak tahu tak pasal-pasal dah tahu. dari takut jadi berani dan berkeyakinan tinggi. kesimpulannya, dari segala yang negatif menjadi positif. yes! they do that for our best. then, we decide for the rest. good or bad.

ok, aku pick randomly je gambar cikgu-cikgu sekolah aku dulu ni. they all give me the colors.

Mualimah Salma
guru kelas form 4-5. garang oh. tapi sekarang dah jadi macam geng gosip plak kalo jumpa. hihihi.

Cikgu Halim, Cikgu Azlan, Cikgu Ramzi
antara cikgu yang paling sporting abes dan hensem. siap belanja makan lagi. Cikgu Halim terer masak oh! aku pernah ikut dia balik rumah. hihihi

Cikgu Idris
Penolong Kanan HEM dulu. sentiasa smart walau di mana jua.

Cikgu Yasin
almost 4 tahun belajar Sejarah dengan dia. dan almost cara dia sama macam abah aku. tegas!
aku pernah nangis depan dia sebab aku pelajar paling lemah Sejarah. huhu


Cikgu Azhar, Sir Wan Zul Azmi
dua-dua orang kelantan yang sangat happy go lucky. tak happening satu-satu event tu without both of them. Sir Wan ni pandai masak tau. especially pastry and kek. sedap sangat!


Cikgu Syikin
dua tahun je kenal mengajar subjek Kimia, tapi sempoi abes laa. paling aku tak sangka time pergi melawat sekolah hari tu dia boleh ingat nama aku CIMOT! hahaha. serius aku gelak.

Cikgu Rohaya
among the best Addmath teacher in Malaysia. memang the best la. undenied! aku yang macam berak batu nak lulus Addmath tapi bila Trial ngan SPM dapat A1. siap lantik aku jadi mentor lagi. oh! lagi sekali aku cakap memang the best!


Cikgu Masitah
awet muda sokmo cikgu ni. cuba teka dah berapa orang anak? tapi maintain selim melim. oh! my inspiration ni! hihihi


ada banyak lagi. tapi mereka lah antara warna-warni itu. oleh itu, aku tujukan khas sajak hasil nukilan Usman Awang ni untuk guru-guruku(serta pendidik) yang tercinta dari tadika sehingga sekarang. aku tak pandai bermadah pujangga apatah lagi bermain kata. ibaratkan saja aku yang bersajak. hehehe

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





terima kasih cikgu.

yang benar,
anak didikmu yang nakal ni. hihihi

p/s: tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru wanna be ye!

p/s: mak aku nak sangat aku jadi cikgu.
but that's not my passion.
insyallah jadi cikgu pada anak-anak saja nanti.


Sunday, May 15, 2011

HABIT AKU APABILA LEPAS KANDANG

CORRECTION YE! aku bukan lah duduk menetap kat kandang. masih bermastautin di bawah satu bumbung rumah. tajuk memang selalu nak kena lempang. ok! abaikan minah senget ni. aku ada satu habit feveret. adek aku selalu merungut cakap macam ni "ko memang kak! hmmmmm". betapa dia dah boring ngan habit aku yang satu ni. tapi dia terpaksa lah(dipaksa) menerima akak dia yang senget ni. hahaha. tapi habit aku ni tak la sampai mencemarkan industri hiburan. tapi memberi aku satu kepuasan di luar batasan. ok aku admit yang aku ni giler kamera dan gambar. PHOTOHOLIC - GAMBARHOLIC - TAPI BUKAN AIR HORLICKS! fon mesti kena usung pegi mana2 saja. tak nak miss something arts yang sepatutnya diabadikan dalam sebuah gambar. woahhhhhhh. aku berfalsampah dah macam Michael Angelo dan Leonardo da Vinci.

the exactly unique habit aku ni ialah mengambil gambar2 kat pasaraya atau shopping mall atau di mana-mana tempat yang berkenaan dan kelihatan sesuatu yang menarik tangkai hati ni. selalunya sudah menjadi rutin setiap kali keluar ke mana-mana terutamanya supermarket beli barang dapur, aku adalah akar tunjang sebagai penolak troli yang bertauliah. aku sendiri yang meletakkan mandat tu. kah kah kah. dasar orang giler pangkat macam aku ni korang harus sedia maklum saja lah ye. so, korang rasa seronok sangat ke dok tolak troli ni? pada aku seronok je. sebab aku tak berapa suka sangat nak join geng mak pergi pasar tengok barang. aku suka tolong angkat barang je. tak payah nak pening kepala sangat. almaklum saja kalau jadi penunggu troli ni macam pak polisi trafik Roda-Roda Kuala Lumpur rasanya. terpacak sebelah troli meninjau ke mana geng mak membeli tidak berbelah tu pergi .pada satu tahap terasa juga lah bibit-bibit kebosanan. maka, dari situlah terbitnya satu sifat aku yang ala-ala darah berseni tu. ada saja something yang menarik, pasti menjadi buruan lensa kamera cabuk handphone aku tu. akan aku rakam setiap scene dalam fon aku. aku suka sangat! thus, menjadi penolak troli sangat best ye kengkawan! aku enjoy dan satisfied dengan apa yang aku buat.


nahhh terimalah sebukit durian sebagai hantaran! ni dekat Carrefour Wangsa Maju. dia tengah offer durian D24.
aku dah lepas mengidam aku waktu cuti hari tu. aku dah balun puas-puas.
so, i tak heran laa. pandang sebelah mata je la.

ini kalau tak salah aku dekat TESCO Extra Selayang. sangat kretif rak letak tempat telur ayam.

ni plak dekat IKEA. aku rasa susunan plain towel ni sangat cantek. variety colors like a rainbow.


ni plak masa aku meronggeng kat Chow Kit. bling bling mata aku time merentas laluan benua intan belian ni. aku nasihatkan korang pakai sun glass ye!


macam lollypop plak aku tengok bracelet tu. siyes aku rasa nak makan kalo tak ada besi tu. hahaha. tapi time ni aku kena sound dengan pekerja indon tu. dia kata, "tak boleh tangkap gambar kat sini dek,". arghhhhhh. ade aku kesah? aku bukan nak ciplak ko punye artwork ko yang gempak tu. nak buat my personal collection je kot. elehhh. kecoh je akak tu!



so, ade sesape yang memiliki hobi pelik macam aku ni? boleh la share pengalaman dan gambar korang ngan aku. hihihihi.

p/s: picture story everything.


Monday, May 9, 2011

SIAPALAH KITA JIKA BUKAN IBU YANG MELAHIRKAN KITA KE DUNIA

siapa berani?
MAK!
siapa kuat?
MAK!
siapa hebat?
MAK!
siapa lembut?
MAK!
siapa kita?
MAK!

MAK sanggup bertarung nyawa melahirkan kita. perjuangannya umpama pergi bertempur di medan peperangan. matinya dikatakan mati syahid! betapa tinggi martabat mereka.

MAK sangatlah gagah perkasa. menggendong kita ke mana saja. tidak pernah mengeluh penat mengusung perut yang berisi kita selama 9 bulan. bukan calang-calang orang yang mampu berbuat demikian.

MAK penuhi segala keinginan dan keperluan kita seawal usia sebaek keluar dari perut mereka. segala cukup serba lengkap. tak pernah lagi mak hampakan apa yang kita nak. kita terharu sangat dekat mak.

MAK macam bantal pelok kita. lembut. empuk. sedap sangat. mak kata, walau kat mana sekalipon kita berada kita sentiasa berada dalam pelukan mak. selamat je rasanya.

MAK, suatu hari nanti pon kita akan jadi MAK jugak. jadilah anak yang baik sekiranya mahu anak kita seorang yang baik jugak. what goes around comes around. itu yang MAK selalu cakap.




SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU DI DUNIA NI SAMA ADA MASIH HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH TIADA.


p/s: kau terlalu istimewa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...