Monday, February 14, 2011

SIAPA YANG RASA DIA LELAKI SILA JAWAB SOALAN NI!


tetiba gua ingat!!

SEMUA LELAKI LONELY SOLDIER BOY!!
aku tak cakap NOH yang cakap ok!

aku hanya mengharapkan cinta yang disemai membuahkan hasilnya. bukan hasil perut yang membulat menunggu 9 bulan. tak sabar gugurkan saja. tidak sama sekali. nauzubillah. aku harap perempuan2 di luar sana juga begitu. kalau benar-benar sayang jaga elok-elok. dah cukup syarat semua suruh mak bapak dia masuk pinang angpa. jalinkan kasih sayang itu dengan cara yang halal. indah bukan. bukan sekadar indah di mata, insyallah hingga ke syurga jika kena gayanya. sepertimana yang kita tahu, berkahwin mengikut cara yang betul umpama mendirikan masjid. masyallah. apa tunggu lagi! mari kita berkahwin ramai-ramai. siapa nak kahwin ngan aku sila angkat tangan. ahahah.

aku yakin lelaki yang benar-benar baik itu ada. cuma segelintir dan sangat rare untuk jumpa pada masa kini. aku harap kalian lelaki yang membaca ini semua yang baik-baik belaka. dan aku sentiasa mendoakan kalian antara orang-orang yang baik. aminnn. aku musykil. adakah lelaki memang begitu? begitu yang bagaimana? kata-kata cinta itu perlu diluahkan. lebih advance kalau dengan perbuatan. AKU SAYANG KAMU. AKU CINTA KAMU. I LOVE YOU. seberibu kali kalau boleh. kalau sudah aku katakan sayang aku tiada sempadan, bagaimana lagi harus aku buktikan? kes-kes yang macam ni lah yang selalu membuahkan hasil perpisahan atau pembuktian seperti serahkan segala-galanya. tunggu je lah 9 bulan lagi. dada surat khabar dah rasa sebak dengan berita anak-anak tak berdosa menjadi mangsa manusia yang bernafsu serakah ini. kasihan. si bapa awal-awal lagi sudah tidak mengaku anak. si ibu pula macam binatang tak ada otak dok pi buang anak. haishhhhh.

aku juga tidak salahkan lelaki sepenuhnya. keadaan ini tidak akan jadi dengan sendirinya. pokok tak akan bergoyang kalau tiada anginnya. umpama magnet, tiada kutub utara macam mana nak ada kutub selatannya. si perempuan pon sama-samalah jaga diri sendiri. jangan mudah terjebak dengan hubungan yang tidak sihat. masa depan negara di tangan kita. masa depan ummah di tangan kita juga. kerana apa? kerana kita lah bakal ibu-ibu yang akan melahirkan anak-anak bangsa hadapan. anak yang baik datangnya dari ibubapa yang baik juga. insyallah.

say no to valentine day! lets celebrate maulidurrasul tomorrow. bukan celebrate makan kek ye! at least salawat upon him; Prophet Muhammad PBUH:

allahumma sollia'la saidina muhammad wa a'ala alihi wa sahbihin wassallim.
allahumma sollia'la saidina muhammad wa a'ala alihi wa sahbihin wassallim.
allahumma sollia'la saidina muhammad wa a'ala alihi wa sahbihin wassallim.



p/s: aku sayang orang yang sayang aku.
sekian.



Wednesday, February 9, 2011

HARI RABU ADA WORKSHOP

asal hari Rabu je workshop. asal workshop je hari Rabu. haishhhh. itulah rutin mingguan aku sebagai seorang pelajar macho dan gagah. workshop ni aku definasikan sebagai gym la. serius macam dekat gym. ok tipu. tak ada alat senaman di situ. tapi penuh dengan machine yang fuhlamak gedabak besar yang cofirm2 aku tak mampu nak alih sedikit pon. serius aku cakap. tak tipu kali ni. tenaga zahir kena kuat la. macam-macam kena buat. tenaga batin? tak perlu sama sekali ye!

ayohhhhhhh kalian semua kita pi workshop sama-sama.
nampak tak muscle berketol-ketol kat tangan aku tu?? ewahhhhh.


perkara wajib kena posing dulu.
inilah uniform ala-ala robocop!!
kasut yang amat lah berat dan bikin aku jalan kengkang macam orang dalam pantang.


ini nama dia CNC(computer numerical control) milling machine.
one of the machine yang aku dah pernah control. banyak lagi sebenarnya.
macam-macam bentuk boleh dibuat. ada skill dan creative semua boleh jadi.


time ni aku tengah buat arc welding. berbintang-bintang mata aku dibuatnya.
see, terang nak mampos!
dan sangat panas ok!


topeng tu wajib pakai.
aku suka sangat buat benda ni sebab bagi aku workshop sangat best walaupon penat.

sekian.


p/s: seronok2 juga. report kena buat ok!
aigooooo.



Monday, February 7, 2011

AKU INGAT MY PINK PANTHER JE!! METER AIR PON KALER PINK JUGAK KOTTTTT!!


teruja tengok meter air kaler PINK!
hahahahahahahahahaha
korang pernah tengok??


















Sunday, February 6, 2011

CUTI-CUTI CARIK DURIAN

mengalahkan orang cina plak aku cuti. memang aku cuti sakan la. terus senyap hilangkan diri bertapa di pergunungan bantal seEVEREST ditemani selimut gebu-gebu. hahaha. puas hati la weyh. walau bagaimanapun masih ada aktiviti bermanfaat yang tidak dapat ditinggalkan setiap kali cuti. kali ni cuti aku agak lain sikit. aku pergi kutip dan makan durian sampai boring! serius memang melantak durian tak hengat! tapi satu benda tak lengkap sebab pulut kukus takde. haishhhhhh. kalo tak memang lagi mahsyuk! feveret aku lah tu makan durian pekena sama dengan pulut kukus bersantan. yummmmmmmmm.


durian kecil molek ni memang sedap. tak padan kecil.
'kecil-kecil durian' bukan 'kecil-kecil cili padi'

kaler baju pon nak ikut matching dengan durian juga.

ni maskot durian aku.
"baek punyer" dia dok slaloo habaq mai kat kitorang.hahahaha.



p/s: ape cerita cuti korang??




Contest "Owh, So Wonderful!" by Sophie Al-Yahya




kata-kata ini memang sangat bertepatan dengan tema contest empunya blog akak manis Sophie Al-Yahya. marilah ramai-ramai meriahkan lagi contest yang lagi OWH SO WONDERFUL! gitu. ayohhhhh! tak susah dan tak susah. cepat-cepat sebelum terlambat.

Tarikh tutup:
20 Februari 2011


alangkah best nye kalo dapat father macam Adam dalam cerita Adamaya. alangkah bangga nye kalo mak hot and caring macam Hanis Zalikha. tapi bagi aku itu semua tak penting kerana apa yang lebih penting mak dan abah aku lah yang paling best, paling hot, paling caring pernah aku ada. mereka sahaja lah satu-satunya yang sentiasa bertakhta di hati aku, tak ada dua, tak ada tiga. diri ini sentiasa dilimpahi kasih sayang yang tidak bertepian. tidak jemu melayan kerenah anak-anak yang nakal penuh kesabaran. segala keinginan dan kemahuan dipenuhi mengikut kemampuan. alhamdulillah tanda kesyukuran kerana masih dikurniakan nikmat Tuhan. tanpa mereka siapalah kita. tanpa mereka tak merasa kita melihat dunia. tanpa mereka sesat arah entah ke mana. pejam celik pejam celik, sudah 40 tahun usia perkahwinan mak dan abah aku ni. inilah saat bagi aku yang OWH, SO WONDERFUL! walau perang dunia entah ke berapa sekalipun mereka tetap bertahan. adat berumah tangga. "sedangkan lidah tegigit, inikan pula suami isteri."

terima kasih Ya Allah kerana masih diberi nikmat beribu dan berbapa.
aku mohon padaMu Ya Allah semoga Kau panjangkan umur mereka serta diberikan kesihatan yang baik di hari tua.
terima kasih juga Ya Allah atas segala nikmat Mu Ya Allah kerana mereka aku bisa bangga menjadi manusia.
aku juga mohon padaMu Ya Allah semoga aku bisa berbakti kepada mereka dan dijauhi sama sekali untuk menderhaka.

I LOVE YOU SO MUCH MAK AND ABAH!!



dengan sukacitanya insan-insan ini telah ditag ye:


jom la join! boleh dapat coklat BIG BIG!!yang tidak ditag pon sila lah join untuk kemesraan sejagat. yehaaaaaa.


p/s: rindu-merindui kontes.
hihihihi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...