Tuesday, December 14, 2010

BERSENANG-SENANG DAHULU


well, the new semester just begin.there is no class starting already.introduction and some 'motivational talk' during first class.hahahaha.so so so boring.

nampaknya pepatah
"berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
tak boleh pakai buat masa ini.sekarang memang boleh relax, makan2, ronggeng2 and gosip2.tunggu la kelas dah mula nanti menggelabah tak tentu pasal.rasakan tak cukup tanah untuk dijelajah.tak cukup segala bukit nak didaki.tak cukup langit untuk memayungi diri.ohhhhh.

walau bagaimanapun, aku bersemangat sangat nak belajar dengan lebih gigih untuk semester yang baru ni.harap-harap bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam la hendaknya.come on babe!!let bygone be bygone.


p/s: nak carik 2nd hand book.
anyone?

Tuesday, December 7, 2010

KISAH MEREMPIT HAMPIR MERAGUT SPM AKU


aku dah buat keputusan nak merempit je la.merempit secara berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.kalau bosan aku naik lah basikal sambil menikmati udara segar.punya bersemangat waja la aku ni waktu form 4 aku dah ada lesen motor.tapi sebulan sekali je aku dapat merempit.almaklumlah orang duduk asrama lah katakan.sebulan or dua bulan baru dapat terjengul muka balik rumah.hahahaha.

cakap pasal merempit ni.mmmmmmemang bahaya la bunyi kedengaran di telinga.so, aku nak nasihat kat adek-adek sekalian yang belum kenal apa itu erti rempit tok sah la sibuk-sibuk nak
tahu.BAHAYA.INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.kepada yang sudah akil baligh tak
payah la aku nak membebel habaq mai "jangan merempit" berkali-kali kerana anda sudah sedia maklum boleh membezakan yang mana buruk dan yang mana baik.lu pikir la sendiri.

merempit bahaya!memang bahaya!nasib baik SPM aku tak lingkup.aku memang tak boleh lupa la kisah merempit ni.arghhhhhhh.bittersweet memory la tuk aku dan member-member.baiklah.kisahnya bermula begini....

once upon a time, ketika zaman muda mudi aku dulu.saat-saat getir menghadapi sisa-sisa saki-baki perjuangan alam sekolah menengah.bak kata orang dulu-dulu "peperiksaan besar".jiwa penuh semangat berkobar-kobar.keterujaan tamat zaman persekolahan.oh!!aku yakin korang semua rasa apa yang aku rasa.

semuanya 10 subjek.kepala aku memang saja yang kebal sebab tak botak.lalalala.8 kertas sudah aku lunasi dendam kesumatnya.tinggal lagi 2 kertas bakal ditempuh minggu berikutnya.oh!hujung minggu mesti diguna sehabis dan sebaik mungkin.jom party la!!!aku dan segerombolan buat bbq malam weekend tu sebagai jamuan perpisahan.ntah bila dapat jumpa lagi after SPM.macam biasa Pak Abu jadi mastermind.tak grand pon party nyer.buat depan aspuri je.bayar ntah berapa hengget aku pon tak ingat dah.segala rencah dan bahan Mak Cik Ita yang setelkan.aku plak tolong buatkan air asam tuk cicah dan makan.

nak tunggu ayam-ayam tu terbakar bukannya sekejap.buat air asam plak small the pieces je.keletang-keletung aku dah siap.tadaaaaaaaaa.so, kerja aku dah setel.arghhhh.nampak motor Pak Abu dah kena rembat.aku pon dah tak ada kerja.then, tunggu turn la.bagai orang disorongkan bantal.tak lama lepas tu datang sorang lagi pak cik guard dan Cekgu Azhar yang join party kitorang.secara automatik motor dah bertambah jadi tiga.yahooooooooooo!apa lagi peluang keemasan di depan mata.aku naik bertiga sebab masing-masing kecik molek.Pipah tukang bawak, aku duduk kat tengah and blakang sekali Intan.vrooooooooooooooooooooooommm.ronda-ronda pusing sekolah la.

vroom sana vroom sini.dewan.flat guru.rumah pengetua.lalalalala.memang tak ingat dunia la.siap nyanyi-nyanyi sambil diiringi lagu dari handphone.alamak!kantoi di situ membawa barang larangan.shhhhhhhuuhhhh.pusing sekali.pusing kali kedua.pusing lagi.dan tengah-tengah syiok seronok mahsyuk hendak membelok agak2 macam nak cecah lutut konon di selekoh tajam depan pondok jaga hendak ke dewan besar tetibe muncul.....opocottt!!

adoyaiiiii..penat laaa..esok la aku sambung..


Monday, December 6, 2010

I DON'T LIKE PEOPLE TALKING ABOUT DRIVING CAR



aku ni namanya ada lesen kereta tapi jarang yang amat jarang la nak sentuh stereng kereta tu.aku rasa dalam tempoh 2 tahun ni baru lima kali aku drive kereta.punya tulus suci niat aku mula-mula amek lesen kereta dulu konon nak tolong pada waktu kesusahan atau terdesak kena drive.namun, angan-angan mat jenin je la.

"pi la bawak keta tu"

nak bawak apa kejadahnya kalau dah lama tak bawak.ishk3.buat aniaya diri sendiri je.kalau aku sorang je mati takpe.kalo orang lain yang mati??haru.itu yang aku tak nak!!

"suruh ar cimot drive"

suruh drive. suruh drive. tapi tak pernah kasi drive pon.mana nak kasi, takut jahanam plak.almaklumlah dah lama tak bawak.

"biasa-biasakanlah bawak takut lupa terus"

macam mana nak biasa kalau tak pernah beri kesempatan.lagi pun bukan kereta aku sendiri nak memandai-mandai je bawak sesuka hati.

so, alternative way yang aku ada merempit je la.itu je yang aku pass.and aku memang agak menyampah dan sensitif sikit bila orang cakap pasal dialog-dialog seperti di atas.tak nak drive kereta dah and aku rasa macam memang dah tak ada mood nak bawak kereta.kecewa.harap maklum.

p/s: aku merempit secara berhemah ok!!


HAPPY BESDAY YOM!!


tak tahu nak merepek kerepek merapu kerapu apa hari ni.nak heboh pasal results aku kuar hari ni tak ada mood plak.beribu-riban kali aku try check tak boleh bukak juga.busy giler server UIA nampaknya.nak masuk daftar next sem nanti baru aku check.hahahaha.
so, apa kata aku promote member aku sorang ni la.Mohd Nor Quiyyum bin Mt Jamil nama bapak dia beri.ok siapa dia yang sebenarnya?aku tak berapa kenal sangat pon member aku ni.cuma kitorang satu kelas time form 4-5.sama-sama amek aliran sains teknikal.sama-sama tak suka biologi la kot.tapi serius aku cakap mula2 aku tak berapa nak kawan dengan budak ni because orang cakap dia budak jahat dan banyak masalah.itu la. ini la.arghhhhh.malas aku nak amek kisah sangat.tapi 2 tahun aku satu kelas dengan pak cik ni aku rasa dia ok jer cuma nakal budak membesor.hahahaha.jangan marah aaaa.sepatutnya kitorang sama-sama masuk UIA.tapi dia dapat offer pegi Germany pula.so, dia bye bye ja la kat aku sorang-sorang pi masuk UIA.namun kehidupan ibarat roda.ada kalanya berada di atas tiba masanya di bawah pula.rezeki dia kurang baik untuk sambung belajar ke German tak kesampaian kerana tak lepas sikit je.memang Malaysia nak ko duk kat sini la rasanya.tapi Allah dah tulis semua tu.sekarang member aku ni kat UNITEN meneruskan perjuangan ENGINEERING sama macam aku.dah lama tak contact budak ni sebenarnya.tapi tak sangka member aku ni pon minat blog.pegi la usha belog dia ILUSTRASI DARIPADA QUIYYUM yang ramai peminat gitu.

sebenarnya HAPPY BELATED BIRTHDAY QUIYYUM!!!mudah-mudahan penambahan umur lebih mematangkan diri ko.not just a year older but a year better.semoga panjang umur, murah rezeki, berjaya dalam mengejar cita-cita di dunia dan akhirat dan aku nak mulut aku ni masin cakap semoga ko jadi ehem ehem dengan kawan pompuan ko tu.hihihihi.nasi minyak pleasssssse.


p/s: quiyyum: birthday aku jangan lupa weyh!!

p/s: arghhhhhh
results aku macam mana ni??

Saturday, December 4, 2010

BERTUAHNYA AKU

aku ada banyak mother and father.aku ada mak dan abah.they are my biological parents.dalam masa yang sama aku ada ayahanda dan mak.mereka pula adalah ibubapa angkat aku.

seronoknya aku rasa.bertuahnya aku rasa.aku sepatutnya hargai semua nikmat yang Allah kasi kat aku.tak semua orang ada apa yang aku ada.dan tak semua yang orang lain ada aku pon ada.oleh itu, hargailah orang yang tersayang.berbaktilah kepada mereka selagi mereka ada.dan sayangilah mereka sepenuh hati.

sempena ini aku nak ucap
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE-40
kepada mak dan abah.


sedap kek carrot and almond ni..yum yum yum.


aku pon tak faham kenapa abah buat muka lagu tu.


p/s: pasni bila plak nak dapat mak and ayah mertua ea..
hehehehehe..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...