Sunday, January 24, 2016

Setelah Sekian Lama Kau Ku Curangi

Assalamualaikum dan salam sayang warga terhormat

1 May 2014











24 January 2016

What a very busy-hectic-chaotic-emotion lifestyle. OK mula-mula lagi aku dah poyo. Bajet workaholic dan orang penting syarikat. Puihhhhhhh. Baiklah. Sekian lama menyepi bukan bermakna aku sudah tiada hati mencorat-coret diari elektronik ni. Tapi aku kebuntuan untuk pupuk jari-jari aku untuk bermanja ketak-ketuk kekunci komputer riba berjenama ASUS tu. Nak paksa jari, otak ketandusan ilham. Pabila idea mencurah-curah, jari mogok elergik dengan keyboard. Sudahnya, 'Cimot Punye Blog' dibiarkan sepi seperti dianaktirikan sejak Instagram menjadi bidadari. Kasihan.





Serius aku nak mula menulis. Sekian.



p/s: Akak tak kuat laaaa. hahaha. Ecehhhh tua dah akak sekarang.


Thursday, May 1, 2014

Kalau Dah Jodoh




Gambar sudah cukup untuk beritahu segalanya.



Just my 2 cents. Pertama, tahniah kawan-kawan yang sudah, bakal dan dalam perancangan mendirikan rumah tangga. Kedua, kepada yang masih lagi belum ketemu jodoh jangan 'down' plak. Bukan rezeki lagi. Jangan resah jangan gelisah jangan berserah. Tapi terus berdoa. Meminta plak jangan terlalu keterlaluan. Bukan apa, kita jangan memaksa too let it be, but just let it be. It will come the right way. 


InsyaAllah.




Monday, April 28, 2014

E-X-A-G-G-E-R-A-T-E

assalamualaikum dan salam sayang


Agak keterlaluan. Tapi nak cakap ape lagi? Memang pon. Setiap kali aku masuk sikit, nahhhh dia potong tokok tambah lagi memang terlalu keterlaluan padaku. Paling tak boleh blah, takmo kalah. I know some how anda seorang yang lebih berpengalaman dengan usia yang lebih tua. Tapi tak bermakna kau tak boleh kurang sesuatu daripada yang lain. Sometimes, there are things you're really don't know. Just say it "I don't know". Others won't care. Unless, just accept and won't blame at all. Tak perlu nak pretend and create your own story and make it like real.

Lepas tu berlagak hebat! Berlagak kaya! Berlagak laaa! Berlagak segala macam! Oh mencik sungguh!

Contohnya, kalau hidup susah, buat cara hidup orang susah. Cukup ape yang ade. Bukan rezeki lagi hendak merasa serba serbi. Tapi sebaliknya nak berlagak gaya orang kaya kalau boleh serba mewah. Bukan nak mencaci atau mengherdik. Tapi betul jugak pepatah melayu tu, "Biar ukur baju pada badan sendiri" bukannya "Biar papa asal bergaya". Padah akibatnya. Orang mampu pakai baju berjenama, takkan kau nak ikut jugak. Sedar diri cukup laa apa yang ada asal boleh diguna.

Kadang-kadang tu aku hairan laaa jugak dengan orang yang macam ni. Sebabnya nanti mengadu laaa tak cukup itu ini. Tapi kalau dengan cara kau yang ikut hawa nafsu tak menentu sampai sudah pon takkan pernah cukup tahu?

Itu satu hal. Ada yang lebih hairan lagi kekadang tu, gaya orang camni lagi over daripada orang yang kaya-raya. Perghhhhh. Orang biasa pergi pasar tani pakai t-shirt seluar track sudah memadai. Nak smart sikit pakai seluar slack or jeans. Tapi golongan ni pergi pasar tani macam pergi candle-light dinner. Make-up, lipstick merah mak ngah, floral dress lengkap skali dengan wedges. Kalu buat permohonan kat jabatan kebajikan masyarakat siapa yang percaya kalu tengok dari segi pemakaian yang macam tu? Susah nak percaya dibuatnya. Musykil!

Aku tak tujukan pada sesiapa. Ni secara general. Sebab banyak situasi sekeliling yang membuat aku terpukul untuk mengulas isu ni. Tapi kalau terasa lagi bagus! Dah tu berubah! Tak payah nak sentap! Sebab tak ade benefit nak sentap bagai. Kesimpulannya, kalau tak mampu buat lah cara tak mampu. Tak payah nak ikut orang. Masing-masing ade rezeki masing-masing yang Allah dah tentukan dan tetapkan. Bersyukur.



Sekian.





Thursday, April 17, 2014

Self confidence itu sangat penting


Pejumpaan kekeluargaan sebegini adalah wajib at least sebulan sekali. Itu lah yang cuba dipraktikkan seawal lagi. Tak kisah port nya di mana sama ada di rumah J1, rumah J2, rumah D, shopping mall mahupun pusat karaoke. Apa yang penting gossip bisa berlangsung, makan-makan tu paling wajib dan update apa-apa yang patut. Begitulah rutin setiap kali perjumpaan. Sudah acap kali.

Ada satu lagi rutin yakni Ian Dhani haruslah menjadi penghibur dengan dendangan lagu nya yang terbaru di waktu masing-masing terbuntang kekenyangan.

Untuk sesi kali ni Ian Dhani memilih untuk mendendangkan Kehilangan by Firman sempena lagu tu telah bertakhta di hatinya sekian lama.

Lagu diputarkan.

Penuh penghayatan beserta vokal yang 'boleh tahan tu'.


Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku


Tak lupa juga lengguk badan, tangan serta eye contact juga penting. Semua kena control.

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada


Ok. Part chorus ni kena masuk pada waktunya. Ya, kena tepat.

ASRAMA!!!
memisahkan kita










HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA



Nahhhhh! Apa lagi! Gelak besar bagai nak runtuh rumah semua dibuatnya. Ian Dhani ooo Ian Dhani. He'd not laugh at all! Tu lagi tak tahan kami semua pecah perut gelak sebab takde reaksi terasa bersalah.





p/s: miss that momento! bila entah dapat nak karok sesama ye?






Wednesday, April 16, 2014

Kuku panjang umpama menyimpan najis

Assalamualaikum


Setiap anggota badan ni Allah dah bagi ke kita dalam kondisi yang baik-baik, untuk dijaga baik-baik, hargai dan guna atas tujuan yang baik-baik juga. Kuku juga salah satu bahagian walau tampak kecil. Ok tak perlu nak hurai bagaimana atau apa jua spesifikasi kuku dalam komposisi badan. Aku bukan arif cukup laaa yang aku masih kenal dan tahu kuku itu apa dan di mana.

Berbalik kepada tajuk aku yakni "Kuku panjang umpama menyimpan najis". Bunyinya agak jijik. Hakikatnya benar sama sekali. Aku tertarik dengan satu kenyataan tanpa nama;

"Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala."

Aku takde laaa nak cakap yang mak-mak kuku panjang ni sebab musabab utama anak jadi degil atau bodoh. Tapi aku nak sentuh sedikit secara logik, fakta dan contoh.

Aku tak pernah untuk terfikir benda sekecil ini memberi impak yang sangat besar dan nyata. Aku akui aku pernah juga menyimpan kuku sebab cantik pada pandangan dan atas tujuan tertentu. Tapi setelah beberapa kali aku terbaca fakta yang "Menyimpan kuku yang panjang umpama memelihara sekadang babi!!!". Mahu nya aku tak potong kuku aku laa tu juga. Sanggupkah kita untuk membuat perkara yang sama sekali kita takkan buat? Ohhhh jangan laaaaa berniat sekali pun nak menyimpan kuku panjang walau 1mm hatta satu jari sekali pun. Ya, ada yang kata, "Aku tak simpan kuku panjang pon. Cuma hok kelingking ni je aku simpan sebab dia hok hujung tak ganggu pun". TAK PAYAH! Masih dalam konteks yang sama yakni menyimpan kuku panjang.

Logiknya pula, jari kita ni tanpa henti bekerja buat segala macam daripada sebersih-bersih kerja sehingga yang terkotor. Contohnya, masak, membasuh, mengemas, menyapu, mengorek hidung dan membasuh najis. Cuba bayangkan dengan kondisi kuku panjang, sama sekali tidak mustahil sisa kotoran atau kuman boleh tertinggal pada kuku dan tak nampak pada mata kasar. Sesudah itu, tangan tu digunakan untuk suap makanan yang kemudian jadi darah daging. Kemudian, ada la yang tidak sihat berikutan daripada makan makanan yang konon dikatakan tidak bersih. Bila difikirkan kebersihan yang bagaimana dimaksudkan?

Contoh yang aku nak bawak ni pulak ialah mak dan abah aku sendiri. Aku perasan mak dan abah memang menjaga kuku. Pantang panjang sikit, cepat saja potong. Abah sangat pantang kalau ade kuku anak-anak dia yang panjang. Tu memang aku ingat sampai sekarang sehingga cucu dia sendiri dia akan tegur. Katanya kuku panjang ni dah macam rimau ke hape. HAHAHAHA

Aku harap sangat kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sesiapa sahaja (secara umum) jagalah kuku dengan jangan sesekali dibiarkan panjang. Nak dapat yang sunat, setiap kali hari Jumaat mesti potong. Mungkin apa yang aku ulas ni tak terjadi pada mana-mana ahli keluarga kalian, tapi Allah dah cakap yang dia suka akan orang yang menjaga kebersihan. Tak susah pun kan. Biarlah orang cakap kuku kau pendek tak cantik ke hape ke. Lantak pi laaaa. Asalkan kau ikut cara Dia. Kepada yang bujang, nak cari bakal suami atau bakal isteri, carilah yang berkuku pendek. InsyaAllah dikurniakan keluarga yang harmoni dalam kebersihan.






p/s: just my 2cent. up to you. peace.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...