Wednesday, March 27, 2013

perigi cari timba


assalamualaikum dan salam sayang.


If you love someone, be brave enough to tell them, otherwise, be brave enough to watch them be loved by someone else.
mungkin ini yang akan aku alami! maafkan aku wahai hati kerana bertindak kejam terhadap mu. bukan aku tak sayang, tapi aku tak cukup kuat untuk kabor ke dia. untuk memegang profession sebagai 'perigi cari timba' bukan calang-calang orang yang boleh sandang. dan aku laaa antara orang yang tak beraani menggalas profession tu. I AM NOT BRAVE ENOUGH!





p/s: gigit jari laaaa.




Tuesday, March 26, 2013

hello gentleman, don't give us hope!


assalamualaikum dan salam sayang.
ape tujuan kalian sebenarnya? apa? apa? apa? jangan laaaa gini. lu dah permainkan hati kerak nasi kami. cukuplah jadi nasi jangan jadi bubur. adoiiiiii. lemah kami. sudah sebaik mungkin kami jaga hati kami untuk kalian gerangan gentleman. tapi kalian tebak hati kami dan tinggal cebisan-cebisan kelukaan. tak perlu rasa simpati pada kami kalau tak pernah ada hati untuk kami. kerana pengakhirannya begini; kami ni rasa mahu mati.

adusssssss. bukan kau tidak arif. tapi sedia maklum bahawasanya kami ni cepat saja jatuh hati. tambahan pula kalian yang indah ciptaan berserta baik budi pekerti. cuba bilang siapa yang tak jatuh hati? aku sendiri angkat tangan serah diri. hamboihhhhhh. dahsyat sekali penangan kalian ye wahai lelaki budiman sekalian.

tapi apakan daya, setelah kau ragut segala kesetiaan dan kejujuran ku. selamat tinggal gentleman. takkan aku percaya kamu untuk kesekian kalinya melainkan atas tiket pernikahan.



awak,perkhabaran demi perkhabaran tentang awak, membuatkan hilang rasa untuk terus bersatu. setiap titipan doa ku selama ini untuk kita seperti sudah tidak bermakna lagi buat diriku. benar atau tidak, sepatutnya dari awal lagi awak tak pernah untuk memberi harapan palsu pada ku. sudahlah. hati aku sepertinya sudah tawar untuk menikmati manisnya jika semua ini jadi kenyataan. aku percaya Dia sudah tetapkan siapa yang terbaik. tak kisah laaa siapa hatta bukan awak. sekian.


p/s: benci aku dengan lelaki itu!


Friday, March 22, 2013

Semoga dia merasai rindu kita padanya


assalamulaikum dan salam sayang.


walau dekat di mata namun jauh di hati,
ingin ku ungkap kata rindu namun takut tak bersambut malu sekali,
begitulah hati yang melonjak keinginan agar dia tahu isi hati ini,
sudahnya aku simpan sendiri.

macam ni rupanya bila cinta bertepuk sebelah tangan. ouchhhhh!





p/s: masih tak boleh buang perasaan ni jauh-jauh.

Thursday, March 21, 2013

SELAMAT ULANGTAHUN MAK!


assalamualaikum dan salam sayang.


adanya kamu, aku melihat dunia.
adanya kamu, aku kecap rasa selesa.
adanya kamu, aku senantiasa bahagia.
adanya kamu, aku tak pernah rasa kecewa.
adanya kamu, aku terus berusaha.
adanya kamu, aku yakin aku akan berjaya.
jika ditanya apa mahu ku pada hari istimewa ini?
hanya satu yang ku pinta pada-MU,
limpahkanlah rezeki, dikurniakan nikmat sihat serta senantiasa bahagia untukmu agar dapat terus berada di sisi ku tika susah dan senang ku.




she's my best friend ever!




p/s: i love you so much mak!




Sunday, March 17, 2013

gua jumpa ehem ehem kat USC


assalamualaikum dan salam sayang.

Alhamdulillah, berakhir lah sudah IIUM Sport Carnival 2013 [ISC'13] yang telah berlangsung selama seminggu dari 11-16 March 2013. penat tu memang penat. usah cakap tahap penat nye macam mana. gua laaa APM, gua laaa PIC, gua laaa TM dan gua jugak laaa player. dah boleh kategori gile pangkat baq angggg. tapi nak buat macam mana, tanggungjawab mesti dilaksanakan. ini baru penat pada hari kejadian. penat sebulan persediaan belum start cerita lagi. eh malas laaaa gua nak berceloteh. gua takde mood nak cerita  pasal tu. gua de cerita lagi baik punye!

dah abes semua game, malam plak ade majlis penutup. nak taknak gua cuba gigihkan diri untuk perform sebagai komiti till last. bak kata pepatah jangan lah melepaskan batuk di tangga. gua tolong mana yang termampu sebab gua ade prob kaki masa tu. gua rasa urat paha kanan gua macam lari sikit. sebelum tu urat kat belakang telapak tangan kanan gua dah lain macam je dua tiga hari lepas. gua tolong team marching and macam biasa jadi tukang tembak gambar tak bertauliah. ye laaaa nanti nak kena ada gamabar untuk buat report.
persembahan seni mempertahankan diri Aikido.
nak dijadikan cerita mase gua tembak-menembak tu, gua tetibe je ter-jadi stalker! woiiiii giler laaaa! gua tak pernah ok jadi stalker. gua memang takde cir-ciri jadik stalker. tapi tadi entah macam mana gua tertarik dengan sorang mamat tembak gambor jugak.

sila fokus yang di depan sepatutnya. adehhh
ceritanya lebih kurang gini,
masa tu gua masih duduk dalam kontinjen marching. tapi gua memang dah cop port duduk depan skali laaa sebab nak tembak gambor. gua selamber je duduk atas rumput basah dek hujan maghrib sebelum tu. tembak dua tiga das gua pon usha laaa display camera gua dan masa tu gua perasan ade mamat potograper duduk straight ngan gua. siap duduk bersila gitu. ape yang menarik minat gua? sebabnya dia sama macam gua. kitorang sama-sama duduk masa nak snap gambor. dua-dua malas nak bangun pi dekat sikit dengan performance. tak bangun or gerak sikit pon! dua-dua duduk je. padahal orang lain semua bertarabur pi dekat  nak snap gambor. so, terus gua zoom in sikit. nakal laaa gua ni ghupernye.

gua tak pasti mamat ni tangkap gambar sape sebenornya? hahaha. perasan terlebih.

last but not least gua snap lagi skali. dan masih tidak nampak muka. ok. memang gua saje kasi tak nak nampak muka. biar saspens! hahaha. tetibe gua nak tau jugak siapakah gerangan tuan hamba ni. ecececeh.

brader, ade gambor gua tak?

haaaaaaaaa. agak-agak mamat tu perasan tak gua ngah snap gambor dia sebenarnya? agak-agak gua akan jumpa lagi tak mamat ni? agak-agak dia akan jumpa tak blog gua? pastu dia akan perasan gambor dia ni? errrrrrrrrr dan apakah maksud di sebalik ini semua sebenarnya? jeng jeng jeng.



boleh mereng korang nak melayan gua punya cerita dil to pagal hai. 





p/s: dah macam abang Nara plak!



Wednesday, March 13, 2013

13.3.13; Happy Birthday Cimot!

assalamualaikum dan salam sayang.

Terima kasih mak kerana melahirkan gua!

i am still young laaaa.

mak cakap kalau tahun ni mengundi, gua nak taknak kena balik kampung untuk mengundi! dah cukup umur kot. hahahaha. itulah isu beberapa tahun lalu setiap kali sambut besday setelah layak mengundi. mak mak mak.

pastu gua balas gua cakap gua nak kawen cepat laaa mak! hahaha. gatai betei. bukan! gua taknak kawen lambat-lambat nanti rugi. gua jeles member yang muda dari gua dah kawen dan ade yang dah dapat anak. pe cer? gua dah laa berazam nak anak satu pasukan bola. oppppssss. ahhhh sudah.

di hari yang mulia ni takyah laa gua nak merapu berpanjangan macam selalu. everyone's annoying with me nanti. hahahaa

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF!




p/s: seronoknyeeeee sambut birthday dengan hari kuiz sedunia!
parok!




Friday, March 8, 2013

Ma, Ana rindu


assalamualaikum dan salam sayang.

tazkirah hari Jumaat: sampaikanlah walau sepatah


Bismillaah...

ingin aku kongsikan satu coretan seorang anak kepada mamanya yang sudah kembali ke Rahmatullah. ini kisah benar. aku harap kalian dapat mengambil pengajaran dan tidak lupa juga sebagai peringatan untuk diri sendiri ini juga.


Mama,
Ingat tak apa pesan ana pada mama selalu2 sepanjang pembaringan mama yang kaku tetapi berwajah segar di akhir2 waktu itu? Selama 22 tahun ana hidup dengan pesanan2 mama, sampai tahun yang ke 23, tiga bulan sebelum menjengah 24, Allah mentakdirkan yang sebaliknya. Lucu.


Bezanya pesan ana, pesan ana saat2 mama mahu dijemput pergi.

Ana bisikkan ke telinga mama dengan harapan mama mendengar. Perlahan tapi dengan nada yang meyakinkan ana sampaikan,

"Mama, kami dah tak mampu dengar suara mama. Allah sajalah sekarang ni tempat mengadu sakit dan perit mama. Allah maha mendengar. Mama ceritalah apa saja pada Allah. Mama mengadulah apa saja pada Allah. Mama mintalah apa saja dari Dia. Kami dah tak mampu. Kami serah mama seluruhnya pada Allah. Allah dengar ma. Mama jangan putus asa."

Ana berangan, kalau mama bangun semula bila2 dari waktu itu ana nak tanya sama ada mama dengar atau tidak pesan ana itu. Sebab orang kata, jasad yang sedang koma itu mendengar cuma tidak mampu menjawab kembali. Ana cuma nak tahu, apa benar? Tambah lagi, ana akan tanya doa apa yang mama panjatkan sampai Allah izinkan mama bangun dan buka mata semula.


Tapi nampak gayanya, nampak gayanya soalan kena tangguh sampai Allah izinkan kita bertemu semula. Sama juga dengan rindu. Rindu ana sedang digantung di langit sampai waktu Allah izinkan mama menyambutnya.

Mama,
ana nak minta izin ambil pesan ana semula ya?
Ana perlukannya waktu ini lebih daripada ana perlukan nasi.
Lebih daripada ana perlukan telefon tangan atau komputer riba.
Lebih daripada semua.

Ma,
ana rindu.



apa aku rasa? aku rasa sebak. aku rasa... oh tak dapat hendak nak diungkap dengan kata-kata. hanya saat dan tika ini aku bersyukur kerana Allah masih lagi mengurniakan nikmat seorang mak dalam hidup aku. malah aku ada kedua-duanya. Allah kau kuatkanlah Kak Ana! aku tau Kak Ana kuat. ya Kak Ana yang aku kenal.

hargailah kedua orang tua mu selagi mereka masih ada. jangan kelak kau menyesal, air mata darah sekali pun takkan mengembalikan mereka ke dunia semula.






p/s: I love you mak and abah.






Tuesday, March 5, 2013

demi masa


assalamualaikum dan salam sayang.

comey tak timetable gua? hiksss

dalam aku mengejar, aku tetap dikejar.
tika aku berhenti, aku pula ditinggalkan sendiri.
aku sambung kembali, tapi takkan dapat bersama kembali.
serupa juga bila aku berhenti sekali lagi, tetap takkan berhenti.
tiada belas ihsan mahu pun simpati, sebaliknya kejam memancung diri.

ya, masa itu tajamnya mengalahkan pedang samurai.



balik dari kelas mesti mahu baring terlentang dulu. macam ni laaa rutin aku hari-hari. penat otak itu lagi kritikal daripada penat membanting tulang. itu yang aku rasa sekarang ni. maaf lah. kecenderungan untuk berblogging lewat ini agak ke laut. nasib baik ke laut, kalau ke angkasa lepas jenuh plak baq anggggg.


dalam aku rasa serabut ni, ade jugak aku terfikir sebenarnya nak reward diri sendiri. aku nak makan banyak-banyak. makan sedap-sedap. bukan aku ni nak mati kelaparan ke hape. tapi aku craving dengan macam-macam setelah beberapa hujung minggu aku berlalu tanpa aku sedari. tup tup dah hari senin. wat da fish? hmmmmmm.




p/s: stop berkeluh-kesah ye wahai cimot!





Friday, March 1, 2013

how to spell cimot ma?

assalamulaikum dan salam sayang.

video

for a thousandth times, he'll ask his mama.

"mama, macam mana eja cimot?"

mama pon, tolong ejakan dan dia pon ikut. kadang-kadang betol, kadang-kadang tu jawapan dia CIK MOT?? cisssss.

begitulah situasinya setiap kali gua bertandang ke rumah dia ataupon pabila ketemu.

then, i ask him,

"sapa cimot tu dik?"

mulut dia yang potpet potpet tu laju ja jawab.

"cimot tu maateh laaa. sape lagi!"

ewahhhhhh. bijak sangat ko ni. gua saje nak menyakat, 

"eh, betol ke? cimot tu orang laen laa."

"betol laa maateh. ye betol."

hahahaha. sumpah kiut sangat. tambah plak dah masuk tadika ni, mulut dia fuhlamak dah mengalahkan pop corn. memang penat jugak nak berbahas dengan dia.




Ian Dhani ooooo Ian Dhani.



p/s: geram ngan mulut dia!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...